Followers Tersayang

Sambal tumis telur rebus

Assalamualaikum.
Selamat bercuti pada yang tengah bercuti dan selamat hari Deepavali pada yang meraihkan. Cuti ni korang buat apa? entry kali ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah.. Saja masak sambal telur ni sebab nak habiskan baki telur, takut jadi busuk.. membazir pula kan. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL TUMIS TELUR REBUS
Bahan-bahan:
Telur 4-5 biji -direbus dan digoreng bulat-bulat
1 batang  Serai -dititik
Air asam jawa
Gula, garam
Minyak
Bahan kisar
Cili kering -direbus
1 labu bawang besar
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Sedikit air
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga pecah minyak.
  2. Masukkan serai yang dah dititik dan air asam jawa.
  3. Tambahkan bahan perasa.. Biarkan sehingga pekat sedikit, kemudian barulah masukkan telur. Gaul sekejap, angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ^_^.

Terima kasih

Assalamualaikum.
Cepat betul masa berlalu, pejam celik  dah masuk bulan November. Saya nak senaraikan 10 top komen untuk bulan Oktober lalu..
  1. Mizz Aiza
  2. Kathy Rbain
  3. Mirza Syazwina
  4. Norhasniza Khalid
  5. Sally Samsiaman
  6. Hafiza AizZawa
  7. Cik Itah@RRP
  8. Affy Afiqah
  9. Adrianna syaz
  10. Aniq Bukhary
Jom terjah blog mereka, sememangnya mereka semua sangat peramah dan sporting ^_^. Terima kasih pada semua yang tersenarai sebagai top komen Oktober dan semua yang sudi berkunjung blog saya.. ^_^

Jus mangga hari panas

Assalamualaikum.
Panas sungguh cuaca hari ini, dah beberapa hari hujan tak turun, sayur yang ditanam pun dah layu.. Cuaca panas begini tekak pula selalu kering, jadi kena banyakkan minum air putih.
Sedikit tips untuk cuaca panas ni
  • Banyakkan minum air masak kerana air penting untuk elakkan dehidrasi.
  • Hadkan aktiviti luar rumah, kalau nak keluar pun pakailah sunblock , payung atau topi.
  • Pakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh.
  • Banyakkan rehat di rumah sambil berkipas hehe..

Di rumah saya ada banyak mangga masak, jiran yang rajin bagi.. sebab pokok mangga tak ada ditanam di rumah hehe. Selain enak dimakan begitu saja, kalau buat jus pun sedap..tambah ais batu sikit memang menyegarkan tekak. 
Senang saja nak buat jus mangga ni cuma perlukan :
Mangga masak
Ketulan ais
Gula
Sedikit air
Blendkan kesemua bahan kecuali ais, dah siap barulah tambah ketulan ais.. Memang menyegarkan tekak.
Selamat mencuba ^_^.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain