Followers Tersayang

Tanam sayur

Assalamualaikum.
Selalunya beli sayur di pasar atau di gerai saja, tapi sayur yang selalu dibeli tu kita tak tahu cara penanamannya mungkin mereka guna racun serangga atau baja kimia yang berbahaya secara berlebihan..jadi kena hati-hati. Teringin juga nak tanam sayur sendiri, tanam sendiri lebih menjimatkan disamping tu dapat mengelakkan daripada penggunaan racun serangga berbahaya. 
*Halaman belakang rumah yang tak sesuai untuk tanaman sayur berdaun.
Nak tanam sayur tapi tak ada tempat di tambah pula tanah di halaman rumah saya ni tak subur untuk tanam sayur jenis berdaun ni. Kalau tanam bunga atau tanaman lain subur pula. Tapi semua tu tak mematahkan semangat saya untuk bercucuk tanam hehe. 
*tanaman dalam bakul terbuang
Nak tanam di atas tanah tapi sayur tak hidup subur sebab banyak binatang perosak seperti siput dan ulat daun. Sudahnya tanam dalam bakul plastik terbuang alas dengan bekas cat. Gambar tanaman masa ni dah masuk sebulan, nampak sangat tak subur kan.. Kena sentiasa pastikan tanah lembab sebab tanah cepat kering dan akan menyebabkan daun layu. 
*daun yang dimakan ulat
Tanam dalam raga plastik pun masih ada juga binatang perosak dapat naik dan makan daun-daun sayur. Hmm.. Inilah kekurangannya kalau tak pakai racun tanaman. Nanti bila sayur dah besar sedikit boleh dipindahkan dalam pasu. ^_^
P/s : Sayur mempunyai banyak khasiat yang penting untuk tubuh badan, jadi amalkan makan sayur setiap hari. ^_^

12 comments:

adrianna syaz said...

Wah..suka berkebun jugak eh..ada geng cmni...best2..subur elok je tu.dila dpt benih dari mana?

Kathy Rbain said...

best juga dapat tanam sayur..

Norhasniza Khalid said...

mama takde tempat nak tanam sayur ni, tapi kat kampung, ayah mama suka tanam....

Hafiza AizZawa said...

rajinnye.. best kalu duk rumah bawah ader tanah.. boleh la bercucuk tanam..

dilaella Ella said...

@adrianna syaz adrianna pun suka berkebun juga? best berkebun ni. benih beli di pasar :)

dilaella Ella said...

@Kathy Rbain betul tu sis, dapat jimat duit belanja :)

dilaella Ella said...

@Norhasniza Khalid mesti luas kan kawasan tanaman ayah mama di kampung, bestnya :)

dilaella Ella said...

@Hafiza AizZawa betul tu fiza, tapi tanah di kawasan rumah saya tak subur..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mak akak rajin tanam sayur..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

mak akak rajin tanam sayur..

Normi Nieza said...

rajinya dila..:)

Pedasdanmanis said...

Tanam sayur kepuasan dpt dirasai time nk petik sayur tue best

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain