Assalamualaikum.
Ini merupakan entry pertama saya dalam bulan Mac ni, tak sedar cepat betul masa berlalu kan. Maaf sebab lama tak update blog bukannya apa, sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan pelbagai urusan, sampai blog pun terabai. Dalam sibuk-sibuk, dapat pula berita gembira Alhamdulilah duit BR1M dah dapat kelmarin syukur alhamdulilah.. walaupun proses nak ambil baucer tu agak leceh sedikit.. Mana tidaknya bilik pejabat daerah penuh sesak dengan orang, tak kira tua muda, lelaki dan perempuan semua bersesak-sesak sibuk nak cek nama. rasa menyesal tak letak no akaun bank dulu. Dapat saja baucer terus ke bank, masa dalam bank tu ada seorang atuk dia pun nak uruskan BR1M, kasihan pula tengok atuk tu terpinga-pinga tak tahu nak isi borang. Pekerja bank tu pun satu kalau ya pun apa salahnya tolong isi, lagipun orang tak ramai ini tak, bagi borang macam tu saja, manalah atuk tu tahu menulis. Kebetulan saya pun nak mengisi borang, saya isikan sekali atuk tu punya.. Alhamdulilah semua selesai.
Tengah fikir nak beli apa dengan duit ni, rasanya nak simpan untuk kegunaan nanti, korang pula dah dapat BR1M? ^_^
p/s : nanti saya blogwalking kat blog korang ya ^_^.
14 comments:
alhamdulillah..boleh beli keperluan dapur..hehe
alhamdulillah dpt juga kan rezki..lya dah dpt dah masuk bnk hari tu..masih trsimpan rapi :)
wahhh...dah dapat dah. :D
Sally dapat voucher buku je dila..hehe :D
alhamdulillah...spend wisely
untunglah dapar br1m..
alhamdulilah ^_^
muni tak dapat lagi . . waaaaaa :(
untung la.. Fiza tak dpt brim..
Salam Dila,
nak tya BR1M tu kalau x isi no akaun amik kat pejabat daerah ke?
alamak..camane nie...
Mila
belum dapat...bukan rezeki kot...^_^
bestnya akak,
miza tak cukup umur g..kalau tak merasa gak dapat..huhuu
tahniah dila..bolehlah belanja eh..
alhamdulillah.. rezeki.. akak dapat melalui bank dila..
Post a Comment