Followers Tersayang

DIY #Bunga tangan

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsikan diy bunga tangan khas buat b2b.. Masa kahwin hari tu saya buat sendiri bunga tangan, ada tiga semuanya untuk nikah, berbedak dan sanding. Bunga tangan ni saya buat ni saya pakai masa majlis berbedak.. Okey jom mulakan, bahan yang diperlukan riben satin, gam pistol, kain organza, polisterin bulat dan panjang, lidi sate, manik pearl, dan dawai bunga.
Ukur riben satin 40cm, kemudian lipat dan penitikan seperti gambar di atas.
 untuk tutorial bunga boleh tengok kat SINI
 lepas dah siap bunga, hiaskan dengan kain organza
 potong polisterin bulat kemudian susun bunga dan lekatkan dengan gam pistol. susun ikut kreativiti masing-masing ya.
 Ambil manik pearl dan pintalkan dengan dawai.
 polisterin panjang ni untuk tangkai/ pemegang bunga tangan ya.
 cucukkan lidi sate untuk kuatkan polistrin, kemudian cantumkan dengan polistrin bulat tadi guna gam pistol.
Dah siap kemaskan dengan ribon satin dan kain organza.

Untuk bagi comel sikit, korang tambahlah eksesori sikit..
Inilah hasilnya.. moga tutorial ni sedikit-sebanyak dapat membantu para b2b kat luar sana.. selamat berdiy semua ^_^.
P/s : kalau ada b2b yang berminat nak sewa bunga tangan ni, boleh emelkan kat saya ya.. dila_ella@ymail.com.

Durian belanda dan khasiatnya

Assalamualaikum..
 
Pasti ramai yang tahu buah ni kan, banyak tumbuh liar di sekitar kampung. Kalau di tempat saya di panggil buah lampun. Dulu pokok durian belanda ni banyak tumbuh di kawasan rumah, kalau tak silap ada 4 pokok. Di situlah tempat kami sekawan main, siap panjat lagi tau.
Daun buah ni kami buat duit, nilainya ikut ukuran daun tersebut makin besar maka tinggi lah nilai duit tu, manakala daun muda kami buat sayur.. oh rindunya zaman kanak-kanak..
Dulu kecil-kecil bukan main lagi suka makan buah ni, makan dengan garam + lada + kicap memang sedap.. Tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni, di rumah pun tinggal 1 pokok saja lagi.. jarang berbuah pula tu.
Durian belanda ni banyak khasiat dan keggunaannya, antaranya:
 
Kurangkan sakit gigi 
Akar pokok ni dapat kurangkan sakit @ bengkak gusi tau, caranya ambil akar, bersihkan kemudian direbus bersama garam sehingga mendidih. Bila dah suam-suam kuku barulah berkumur.. jangan telan tau. InsyAllah dapat kurangkan sakit gigi.
Melawaskan kencing
Ni memang terbukti, kat rumah mama ada beli jus durian belanda (dalam gambar), lepas minum memang akan kerap ke tandas.. maknanya sesuai untuk yang menghidapi penyakit batu karang.
Sedap di goreng.
Buah durian belanda yang masih mentah sedap kalau di celup tepung kemudian goreng, macam kuih buah sukun rasanya.
Boleh mengubati kanser.
Ni saya terbaca dalam internet, durian belanda ni dapat menyerang sel kanser secara semulajadi. Tak pasti betul atau tak, tapi tak salah cuba amalkan lagi pun buah selamat dan tiada bahan kimia.

 
Boleh buat dibuat teh
Daun durian belanda yang dah dikeringkan boleh di buat teh, dan kalau di amalkan dapat mengubati beberapa jenis penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Banyak lagi sebenarnya khasiat durian belanda ni, korang google ja.. jom amalkan makan buah-buahan, terutamanya buah-buahan tempatan..
Terima kasih sudi baca ^_^.

Tempahan baju pengantin

Assalamualaikum..
Bulan Mei lepas saya dapat tempahan menjahit baju kahwin untuk sepupu secara paksaan..tak ada lah paksa sangat hehe.. alhamdulilah rezeki lepas kahwin, tapi nak terima tu teragak-agak sikit yalah saya ni bukannya pandai menjahit maklum kursus asas jahitan pun tiada, jahit untuk sendiri dan adik beradik boleh lah sikit-sikit. Kalau nak terima tempahan orang tu saya belum berani lagi, yalah takut rosak kain ka apa kan.. tapi tak salah mencuba kan.. maka dengan gigihnya bertungkus-lumus menyiapkan baju tu alhamdulilah siap sebelum tarikh nikah..
Request fesyen baju pengantin ala-ala macam ni, aduh terus pening kepala hoho..
 Hijau emerland, 3 jenis kain lace, satin dan sifon
 proses menjahit yang agak rumit bagi yang tak ada ilmu basic macam saya ni.. terpaksa berulang balik ke pekan untuk jahit tepi dan minta sedikit tunjuk ajar dari kawan untuk baju ni. Terima kasih pada Ely atas tunjuk ajar sampai berjaya siapkan baju ni..
Hampir 80% siap
 Gigih menjahit dan menyusun kepingan lace kat pinggang baju..
 Alhamdulilah siap akhirnya, ni pandangan depan baju
belakang baju
ala-ala princess gitu
 me dengan pengantin menggayakan hasil jahitan ku hehe
Alhamdulilah sepupu puas hati dengan hasil kerja saya.. nilai upah tu tak penting, yang paling berharga adalah pengalaman.. Insya Allah kalau ada rezeki nak kembangkan ilmu jahit-menjahit ni.. Apapun buat kedua pengantin moga kekal berbahagia ya.
Terima kasih sudi baca ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain