Followers Tersayang

Resepi Kek chiffon durian

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak kongsikan resepi kek chiffon durian, dah lama buat baru sekarang nak kongsi resepi (idea menulis ke laut -_-') . Musim durian yang berlambak pun lama dah berlalu, pergi pasar malam saja sana-sini longgokan durian.. Nasib mama kurang baik masa beli durian hari tu, sebab dua longgok durian yang dibeli semuanya buruk.. melayang rm30..hmm sudah nasib.. Okey lah jom kita semak resepi.. resepi saya ambil dari blog Kak Yatie.

RESEPI : KEK CHIFFON DURIAN
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll) -saya pakai minyak sayuran
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar
Bahan C:
200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
  2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
  3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
  4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
  5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
  6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
  8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya. 
  9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
    Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.
 Kek ni lembut sangat dan cepat habis hehe.. Boleh lah cuba nanti ya.
Terima kasih sudi baca ^_^
-Auto post-

Tempahan jahitan

Assalamualaikum.
Bulan ni saya dapat tempahan jahitan daripada makcik untuk majlis perkahwinan, 5 pasang dress semuanya.. alhamdulilah rezeki.. hujung tahun ni biasanya banyak orang naik pelamin kan, di kampung ni saja pun banyak jemputan kenduri kahwin hehe. Jom jamu mata hasil jahitan saya yang tak seberapa ni.
 dress serba biru dari saiz kecil sampai lah besar
 simple design
dress kain sifon dengan satin
hiasan saya letak lace, bunga kain dengan manik pearl.. simple saja.
Alhamdulilah siap tepat pada masanya, terima kasih kepada makcik Salbiah yang sudi menempah jahitan dari saya. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar dalam ilmu jahitan ni.. moga dipermudahkan amin..
Terima kasih sudi baca ^_^.
-Auto post

Jahit baju kurung adik

Assalamualaikum.
Selamat petang semua sudah minum petang hehe.. Alhamdulilah siap juga baju kurung adik, baju kelas katanya tapi skirt tak ada sebab bajet kelas tak cukup. Dah lama sebenarnya tak menjahit baju kurung ni, ada juga yang bertanya tempahan baju kurung raya lepas tapi saya tolak, alasannya tak berapa pandai jahit baju kurung ni hihi.. 

kain 2 meter untuk baju sahaja
 jahit pun main hentam saja hihi daripada upah orang lain yang jahit baik jahit sendiri.. jimat lagi kan. 
siap dah walaupun tak berapa kemas hehe.. Insya Allah nak perbaiki lagi kemahiran jahitan ni.. Selamat berhari sabtu semua.
Terima kasih sudi baca ^_^

Kek daripada Bbwana ( Sweet red cheery)

Assalamualaikum..
Akhirnya dapat juga merasa kek daripada rakan blogger iaitu Wana (http://dapurjirankuberasap.blogspot.my). Balik kampung suami minggu lepas, saya order kek daripada Wana.. Selesai majlis berbedak adik ipar terus pergi ambil kek.. nampak sangat tak sabar kan hihi..

Kek cheese meleleh
Memang sedap kek cheese Wana ni, sekejap ja licin..en.suami pun suka, en.suami ni tak berapa  gemar sangat kek keju, tapi alhamdulilah kek ni ngam di tekak suami.. Order 1/2 kg tapi Wana bagi free 200gm, terima kasih ya.. Insya Allah ada rezeki nak cuba kek lain pula dan nak jumpa blogger Wana dan Lya.. Cuba lah kek Wana, gerenti memang sedap ^_^..

Terima kasih sudi baca ^_^

Review contact lens : Maxivue Impression

Assalamualaikum..
Saya nak buat review salah satu contact lens daripada Maxivue Impression Royal Siries. Lens ni dari Korea, felling korean kejap haha.. Lens ni saya pakai masa majlis sanding hari tue.
Banyak pilihan warna yang boleh korang pilih
 Saya pilih twinkle t brown. Nampak tak lingkaran hitam di tepi lens ni, bila pakai akan bagi efek mata besar.
 the packaging

Nama produk
Maxivue Impression (Royal siries) - Twinkle T Brown
Harga
Rm40. ++
Tempat beli
Kedai cermin mata
Kandungan
Non-Ionic PolyHema 48%
Base curve 8.60mm
Diameter 14.00mm
Tempoh penggunaan 
3 bulan
 -saya pakai sebulan saja
Keselesaan
2.5/5
-Kurang selesa terutama bila pakai keluar jalan, kejap-kejap rasa tak selesa kat mata terutama bila cuaca berangin, mula lah merah mata..
 *abaikan eyeliner yang sememeh tu..
Lens ni cantik, bila pakai macam mata patung lebih-lebih lagi kalau tepek mekap sikit.. sebab lens ni buat biji mata kelihatan besar.
okey till then..
Terima kasih sudi baca ^_^.

DIY #Hand bouquet ribbon #3

Assalamualaikum..
Entry diy kembali lagi, masa kahwin dulu kalau boleh nak save bajet sebanyak yang mampu.. mana yang dapat kita buat sendiri.. Alhamdulilah baju nikah, baju berbedak, veil, hantaran, mini photobooth dan bunga tangan semuanya diy. Insya Allah saya akan kongsikan tutorial diy tu kat blog ni moga bermanfaat terutama kepada b2b semua.
Okey saya nak kongsikan video tutorial untuk bunga tangan yang ketiga, untuk tutorial bunga tangan sebelum ini klik sini dan sini.

Saya belajar buat bunga tangan ni dari youtube.. ni videonya.
 Bunga tangan ni saya pakai masa majlis sanding
 close up sikit, saya hiaskan dengan kerongsang dan manik pearl. Hiasan tu korang boleh pelbagaikan lagi, ikut kreativiti masing-masing. Nampak ada jual kat facebook dalam rm1++.00. Bajet bunga tangan ni dalam rm50 ke bawah, nampak tak penjimatan di situ.


Terima kasih sudi baca ^_^

P/s : Kalau ada yang berminat nak sewa bunga tangan ni boleh emel kat dila_ella@ymail.com

Hadiah daripada en.suami

Assalamualaikum..
Masa balik kampung hari tu, suami bagi kejutan dengan hadiah.. Tetiba en.suami hulurkan sebuah kotak dan suruh buka.. bila buka saja terus senyum-senyum pandang en.suami hihi..


Ni lah hadiah suprise daripada en.suami iaitu Steam Q iron beli kat Astro Go Shop. Perasaan mestilah seronok sangat.. Raya puasa lalu suami yang tolong pegang baju masa menyeterika, yalah dress kembang-kembang ni memang rumit nak seterika.. Suami cakap "kalau macam ni abang mau belilah seterika go shop tu, supaya senang kerja ".. ingatkan bergurau, rupanya serius.. Bila di tanya bila beli selamba suami jawab " haha mana boleh bagi tahu " dah memang namanya suprise kan. Terima kasih en.suami ^_^.
Alhamdulilah benda ni memang memudahkan kerja menyeterika terutamanya dress yang kembang meleret..
Terima kasih sudi baca ^_^

Makan kelupis

Assalamualaikum..
Salam sabtu semua, tadi mama baru pulang dari mesyuarat KRT di Tamu Ground.. Banyak pameran jualan kraftangan, makanan, hasil tani dan sebagainya yang dipamerkan dari dalam dan luar daerah Keningau. Adalah mama beli sedikit ole-ole antaranya bakul rotan, sayur-sayuran dan kelupis.
Mama cakap ni kelupis dari Sipitang, beli kelupis free kuah kacang
Makan cicah dengan kuah kacang memang sedap, tak ingat berapa biji dah ngap hehe.. Rindu pula dengan ibu bapa mertua dekat Sipitang.. menyesal tak makan banyak kelupis hari tu haha tetiba.. Okey selamat berhujung minggu semua..
Terima kasih sudi baca ^_^

Tips bersihkan solekan tebal

Assalamualaikum..
 Hasil carian imej untuk make up
Wanita dan mekap memang tak dapat dipisahkan, even just pakai eyeliner or tepek bedak pun dah kira mekap juga kan. Saya pun memang minat bab mekap-mekap ni, selalu adik-adik lah yang jadi mangsa kena conteng muka, nasib baik diorang suka. Dah pakai mekap mesti lah kena cuci, terutama nak solat ataupun sebelum tidur. Setakat cuci dengan pencuci muka rasanya tak cukup bersih lagi, sebab ada mekap yang jenis waterproof kena cuci guna mekap remover. Okey saya nak tunjukkan step by step cara saya cuci solekan terutama sekali solekan yang tebal pada wajah..

Kuih sari ayu @ puteri ayu

Assalamualaikum..
Baru ada mood nak buka blog, hari ni tak berapa sihat kepala rasa berdenyut-denyut tak boleh mengadap skrin laptop lama sangat.. Alhamdulilah sekarang dah ok sikit. Siapa suka makan kuih sari ayu atau puteri ayu? Saya suka juga kuih ni, selalu kalau beli di pasar malam mesti tak puas makan sebab kuih ni comel kecil ja, sekali ngap habis. Kelmarin timbul pula mood nak buat kuih ni untuk kudapan petang.. pertama kali tau buat kuih ni, tak susah sangat pun.
 Alhamdulilah menjadi juga walaupun rupanya tak berapa ayu dan cantik hihi.. mama cakap dah boleh jual ni, apa lagi kembang kempis lah ni hidung haha.. Oleh sebab menjadi kuih ni saya nak share resepinya walaupun ramai yang dah tahu buat kuih ni.
RESEPI : KUIH SARI AYU @ PUTERI AYU 
SUMBER : MY RESEPI
Bahan-bahan (25-30 biji)
2 biji telur
1 cawan gula - saya kurangkan 3/4 cawan
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
1 sk ovellete
1 sk perisa pandan
pewarna hijau
kelapa putih + dgn sikit tepung gandum dan garam 
Cara-cara :
  1. pukul gula dan telur hingga kembang, masukkan ovellete dan pukul lg
  2. masukkan tepung, santan, perisa pandan dan pewarna, pukul lg hingga sebati
  3. isikan kelapa putih dlm acuan, tekan sikit supaya mampat, tuangkann adunan dan kukus lebih kurang 7 mini.- saya letak sedikit minyak kat acuan tu, supaya senang nak keluarkan kuih tu nanti. 
 Nanti kalau rajin nak cuba buat kuih lain pula.. Okey till then.
Terima kasih sudi baca ^_^



DIY #Veil kahwin

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsikan cara buat veil sendiri khas buat bakal-bakal pengantin yang ada masa terluang atau nak jimat bajet. Veil ni simple saja tak sarat sangat dengan manik, okey jom mulakan..
 Mula-mula potong kain sifon berbentuk halfmoon, panjang atau lebar ikut suka yang kita mahu. Lepas tu jahit tepi halus disekeliling tudung.

Review product : Moogoo cream untuk ezcema

Assalamualaikum..
Saya menghidapi ezcema bermula dua tahun yang lalu sehinggalah sekarang.. boleh baca kat sini, sini.  Dah dua kali inject.. lepas makan ubat baik beberapa minggu.. tapi bila kena habuk atau tersalah makan mulalah gatal-gatal, garu punya garu luka lepas tu berair dan yang lebih buruk bila mula bernanah. Suami dan keluarga pun risau sebab penyakit ni. Bapa mertua ada cadangan nak bawa berubat cara kampung, tapi belum berkesempatan lagi.. tengoklah nanti macam mana. Saya ada join satu group kat fb yang berkaitan tentang azcema ni, di sana lah saya belajar sedikit sebanyak tentang azcema ni. Rata-rata cakap tak boleh suka hati guna krim dari hospital atau yang dibeli kat farmasi sebelum kaji kandungannya sebab dikhuatiri mengandungi steroid yang berbahaya terutama kepada bayi. Dalam hati terfikir patutlah dah cuba banyak krim, tapi hampa baik sekejap lepas tu timbul semula. penyelesaian yang terbaik cari krim yang bebas daripada steroid, paraffin, pewangi dan bahan kimia lain yang berbahaya.
Ni lah eczema yang dah melarat daripada tapak kaki ke ibu jari, kalau nak masak pun kena pakai sarung tangan plastik. Hari tu masa pegawai bank nak scan cop jari pun tak dapat.. malu bila orang nampak kulit kering begini. Bila dah kering dan mengelupas akan gatal. bila garu sampai luka, senang kuman masuk.. jadi penyelesaiannya kena lembabkan kulit.

Kek buah bakar

Assalamualaikum..
Tetiba teringin nak makan kek buah bila nampak buah-buahan campuran yang masih belum terusik. Rancangan nak buat biskut cornflakes kismis tapi sayangnya kesibukan melanda, maka tak sempat buat. Entry sebelum ni saya ada kongsikan resepi kek buah klik sini ya. Okey kek buah ni lain sikit sebab ada rasa rempah gitu, jadi makan tak rasa muak dek bau telur tu.. Jom lihat resepi, saya guna resepi dari Cikmanggis..

Jahit baju nikah sendiri

Assalamualaikum..
Antara perkara penting untuk bakal pengantin ialah baju kahwin.. Pening tau kalau tak fikirkan awal-awal tentang ni.. Bagi yang memilih untuk sewa baju pengantin tu kenalah book awal-awal kalau tak orang lain yang dapat, untuk yang jahit sendiri pula kena beli awal-awal kain dan hantar ke kedai jahit kalau last minit manalah tukang jahit tu sempat siapkan.. hal ni lah yang terjadi pada saya hmm..jangan ikut ya adik-adik. Mulanya rancang nak hantar ke kedai jahit untuk baju nikah dan sanding. Baju sanding dah settle dengan kawan 2 bulan sebelumnya. Baju nikah pula jadi masalah, bayangkan hantar kain kurang sebulan daripada tarikh nikah, manalah tukang jahit tu sempat siapkan.. kalau siap pun seminggu dari tarikh nikah, mana nak pasang manik lagi fuhh! masalah.. masalah..
Nak tak nak jalan penyelesaiannya terpaksa jahit sendiri, punyalah gigih mengoogle design, cari pattern kain, cara jahit dan sebagainya.. akhirnya jumpa design yang memikat hati ini cewah.. ala-ala princess sikit.
Mula lah projek menjahit.. sebelum potong kain buat pola dulu. kain yang saya pilih sifon 8 meter, lining kain satin 4 meter dan lace 2 meter.

Kek coklat tanpa telur

Assalamualaikum.
Jumpa juga resepi kek coklat tanpa telur sebab saya tak berapa suka sangat makan telur, rasanya tak banyak beza pun dengan yang guna telur.. Saya guna resepi dari kak Dayang Jack, memang sedap.
Saya buat versi cupcake cepat sikit masak.. Kek tak berapa naik sebab terlebih masak, apa pun jom semak resepi.
RESEPI : KEK COKLAT TANPA TELUR
SUMBER : DAYANG JACK
Bahan-bahan : 
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan serbuk koko
2 sk serbuk penaik
2 sk serbuk soda bikarbonat
1/2 sk garam
2 cawan gula perang lembut / soft brown sugar
3/4 cawan susu perisa coklat
3/4 cawan kopi panas
1 cawan air panas
2 sk esen vanilla
3/4 cawan minyak jagung / minyak sayuran
2 sk jus lemon atau cuka
Cara-cara :
  1. Panaskan oven pd suhu 160C. Sediakan loyang kek yg berukuran 22 sm. Griskan dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung. Seelok2nya dialas dgn kertas minyak.
  2. Sediakan bekas yg agak besar, ayakkan tepung, serbuk koko, serbuk penaik serta soda bikarbonat di dlmnya. Kemudian masukkan gula dan garam. Kacau rata2.
  3. Masukkan air kopi, susu perisa coklat, air panas dan esen vanilla. Kacau sebati dgn menggunakan spatula atau senduk kayu.
  4. Masukkan pula minyak jagung/minyak sayuran. Kacau lagi hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel. Kalau perlu, tapiskan.
  5. Akhir sekali, masukkan jus lemon atau cuka. Terus kacau cepat2 hingga rata.
  6. Kemudian, tuangkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Kepanasan suhu bergantung pd jenis oven yg digunakan. 
  7. Setelah masak, keluarkan kek dari oven dan sejukkan. Hiaskan dgn topping/ganache mengikut citarasa sendiri. Lebih enak dimakan selepas 1 hari.
 Lembut dan moist 
Selamat mencuba ^_^.

DIY #Bunga tangan

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsikan diy bunga tangan khas buat b2b.. Masa kahwin hari tu saya buat sendiri bunga tangan, ada tiga semuanya untuk nikah, berbedak dan sanding. Bunga tangan ni saya buat ni saya pakai masa majlis berbedak.. Okey jom mulakan, bahan yang diperlukan riben satin, gam pistol, kain organza, polisterin bulat dan panjang, lidi sate, manik pearl, dan dawai bunga.
Ukur riben satin 40cm, kemudian lipat dan penitikan seperti gambar di atas.
 untuk tutorial bunga boleh tengok kat SINI
 lepas dah siap bunga, hiaskan dengan kain organza
 potong polisterin bulat kemudian susun bunga dan lekatkan dengan gam pistol. susun ikut kreativiti masing-masing ya.
 Ambil manik pearl dan pintalkan dengan dawai.
 polisterin panjang ni untuk tangkai/ pemegang bunga tangan ya.
 cucukkan lidi sate untuk kuatkan polistrin, kemudian cantumkan dengan polistrin bulat tadi guna gam pistol.
Dah siap kemaskan dengan ribon satin dan kain organza.

Untuk bagi comel sikit, korang tambahlah eksesori sikit..
Inilah hasilnya.. moga tutorial ni sedikit-sebanyak dapat membantu para b2b kat luar sana.. selamat berdiy semua ^_^.
P/s : kalau ada b2b yang berminat nak sewa bunga tangan ni, boleh emelkan kat saya ya.. dila_ella@ymail.com.

Durian belanda dan khasiatnya

Assalamualaikum..
 
Pasti ramai yang tahu buah ni kan, banyak tumbuh liar di sekitar kampung. Kalau di tempat saya di panggil buah lampun. Dulu pokok durian belanda ni banyak tumbuh di kawasan rumah, kalau tak silap ada 4 pokok. Di situlah tempat kami sekawan main, siap panjat lagi tau.
Daun buah ni kami buat duit, nilainya ikut ukuran daun tersebut makin besar maka tinggi lah nilai duit tu, manakala daun muda kami buat sayur.. oh rindunya zaman kanak-kanak..
Dulu kecil-kecil bukan main lagi suka makan buah ni, makan dengan garam + lada + kicap memang sedap.. Tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni, di rumah pun tinggal 1 pokok saja lagi.. jarang berbuah pula tu.
Durian belanda ni banyak khasiat dan keggunaannya, antaranya:
 
Kurangkan sakit gigi 
Akar pokok ni dapat kurangkan sakit @ bengkak gusi tau, caranya ambil akar, bersihkan kemudian direbus bersama garam sehingga mendidih. Bila dah suam-suam kuku barulah berkumur.. jangan telan tau. InsyAllah dapat kurangkan sakit gigi.
Melawaskan kencing
Ni memang terbukti, kat rumah mama ada beli jus durian belanda (dalam gambar), lepas minum memang akan kerap ke tandas.. maknanya sesuai untuk yang menghidapi penyakit batu karang.
Sedap di goreng.
Buah durian belanda yang masih mentah sedap kalau di celup tepung kemudian goreng, macam kuih buah sukun rasanya.
Boleh mengubati kanser.
Ni saya terbaca dalam internet, durian belanda ni dapat menyerang sel kanser secara semulajadi. Tak pasti betul atau tak, tapi tak salah cuba amalkan lagi pun buah selamat dan tiada bahan kimia.

 
Boleh buat dibuat teh
Daun durian belanda yang dah dikeringkan boleh di buat teh, dan kalau di amalkan dapat mengubati beberapa jenis penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Banyak lagi sebenarnya khasiat durian belanda ni, korang google ja.. jom amalkan makan buah-buahan, terutamanya buah-buahan tempatan..
Terima kasih sudi baca ^_^.

Review contact lens: Lofa lens

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak review lens yang saya pakai masa nikah hari tu, saya ni boleh dikatakan peminat kanta lekap sebab pertama saya ni rabun dan tak suka pakai cermin mata sebab kedua nak nampak cun haha takda lah. Agak bingung juga lah nak pilih lens yang sesuai dipakai masa nikah nanti, kalau boleh nak yang nampak cantik kat gambar nanti.. Teruslah mengoogle..terpikat pula dengan lens yang Neelofa pakai tu, nampak cantik sekali.. jeles i hehe.. terus cepat-cepat oder kat website Lofa lens. Rambang mata juga nak pilih sebab semuanya cantik-cantik..
Akhirnya glam grey lofa jadi pilihan, saja nak kelainan sikit..
 packaging

Nama produk
Lofa lens in glam grey
Harga
Rm69.00
Tempat beli
Kandungan
43% water
57% polymacon : immersed in a buffered 0.9% saline solution
diameter 14.5mm
Tempoh penggunaan 
1 bulan
 -saya sempat pakai sehari saja sebab lupa nak cuci lepas majlis,oleh tu rajin-rajinlah cuci lens tu ya.
Keselesaan
2.5/5
- kurang selesa sikit pada mata seperti ada plastik kat mata dan agak kering.. mungkin disebabkan tak cukup tidur kot. korang yang nak pakai lens mesti dapatkan tidur yang cukup, supaya mata selesa nanti takda lah merah-merah. Ramai yang selesa dengan lens ni, tapi tak sama kat semua orang kan..ini merupakan hasil pengalaman saya guna lens ni. 

Serius lens ni memang cantik dan glamour tau, rugi tak cuba.. okey till then.
Terima kasih sudi baca ^_^.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain