Followers Tersayang

SEGMEN:RAMAIKAN FOLLOWER BLOG 2013 BY NurulFHMT!"

Assalamualaikum.
Hii.
Saya join segmen ni.Jom join ramai-ramai.
Klik sini kalau nak join.
Segmen tamat pada 31/12/2013 jika keadaan mengizinkan.
Assalamualaikum.

Kek Batik Biskut Marie

Assalamualaikum.
Hii.
Dalam banyak-banyak kek,kek batik lah yang paling senang nak buat,budak-budak pun pandai buat. First time buat dan rasa kek batik ni ,walaupun simple tapi sedap.. Kali ni saya nak kongsikan resepi kek batik yang saya ambil dari Mat Gebu.Jom tengok resepi...

Bahan-bahan:
  • 250 gm biskut marie,dipatah 4 (Mat guna jenama Munchies)
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A,dipukul sedikit
  • 3/4 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan milo 
  • 1 1/2 camca besar penuh serbuk koko
  • 1/4 cawan air
  • 3/4 camca teh esen vanilla

Cara-cara:
  1. Satukan semua bahan-bahan diatas kecuali biskut marie dan mentega,dalam satu bekas,kacau dengan whisk hingga semua sebati,tuang dalam kuali,masukkan mentega dan pasang api pada kadar sederhana.
  2. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga pekat.Masukkan biskut marie,gaul rata-rata sehingga kesemua bahagian biskut bersalut dengan bancuhan.Matikan api.
  3. Tuang dalam tin berukuran 4 inci x 8 inci yang telah dialas dengan plastik cling,tekan adunan tadi padat-padat,bungkus dengan plastik cling dan biar hingga hilang wap panas.Simpan dalam peti sejuk 1 jam atau sehingga boleh dipotong.Hidangkan.
Selamat mencuba..
Till then.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Review Mask:Multi-step Intensive Whitening Program Purederm.

Assalamualaikum.
Hii.
Dah lama tak buat review produk,kali ni nak review mask dari Purederm iaitu Multi-step Intensive Whitening Program,panjang juga nama mask ni kan.Saya beli mask ni dua keping,sebab excited nak hilangkan bekas-bekas jerawat dan nak putih hehe.Tengok dari segi packaging nampak menarik tambah tak sabar-sabar nak cuba.

The packaging.
Dalam dia ada sekeping mask dan dua keping essential melting film (yang bulat kecil tue).Mask ni berfungsi untuk memutihkan wajah dan pudarkan kawasan gelap seperti bekas jerawat.Essential melting film mengandungi arbutin dan adenosine.Mask pula mengandungi niacinamide dan white flower complex.

Sesi memakai mask -_-'
Hasil review saya:
  • Susah nak pakai essential melting film tu,silap sikit boleh koyak -_-'.
  • Essential melting film tu macam bau kopi.
  • Lepas pakai kulit muka terasa lembut sangat.
  • Lepas pakai terus cuci muka,sebab kalau dibiarkan lama muka akan terasa panas sikit.
  • Tak nampak putih pun lepas pakai,even dah dua kali pakai.Mungkin kena pakai banyak kali kot baru jadi putih.
  • Kawasan hitam pun tak nampak sangat pudar.
Till then,bye..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Kek Kukus Asam Manis

Assalamualaikum.
Hii.
Cuaca di luar hujan,kat tempat saya selalu hujan masa malam.Tempat korang pula macam mana?Entry kali ni tak ada kaitan pun dengan cuaca hehe.Petang tadi saya buat kek asam manis,dah lama teringin nak makan.Selalu buat kek bakar dalam oven,tapi kali ni berbeza sedikit iaitu cara kukus.Alhamdulilah kek menjadi.Resepi saya ambil dari Azlita..yang memang pakar dalam bidang masakan.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Jom tengok resepi..
Bahan-bahan:
  • 325 gm mentega
  • 250 gm gula kastor
  • 300 gm tepung naik sendiri
  • 6 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 100 gm kepingan asam manis ~ dipotong halus

Cara-cara:
  1. Sediakan loyang berukuran 8 inci.Sapukan mentega pada loyang dan alas dasar loyang dengan kertas kek.Panaskan kukusan dengan api yang besar.
  2. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
  3. Masukkan telur satu persatu dan terus memukul hingga rata.
  4. Tambahkan esen vanila dan teruskan memukul.
  5. Akhir sekali masukkan tepung dan kepingan asam manis.
  6. Tuangkan adunan yang telah siap ke dalam loyang,kemudian tutup loyang dengan kepingan aluminium foil.
  7. Kukus kek selama 1 jam dengan api yang besar atau sehingga kek dimasak dengan sempurna.
  8. Sejukkan kek sepenuhnya di atas redai setelah masak sebelum di potong dan dihidangkan.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.



Bun Lembut Osaka

Assalamualaikum.
Hii.
Pagi tadi sarapan bun,bun semalam tapi sampai ke pagi tetap lembut,tak rugi buat.Cicah dengan sambal ikan bilis memang sedap..Cara buat pun tak susah.Resepi bun ini menggunakan water roux.Resepi dari Jintan Manis.Jom tengok resepi..

Bahan-bahan:
  • 300 gm tepung roti
  • 80 gm tepung roti
  • 2 sudu besar water roux
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 160 ml air suam

* untuk gliss*
baki telur + 2 sudu besar susu
resepi water roux,buat separuh adunan ,adunan penuh di blog MamaFami.
25 gm tepung gandum
125 ml air
Cara-cara untuk membuat water roux
Masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan,setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, (bahagi dua kuantiti water roux tadi,dan boleh digunakan untuk 2 adunan roti). 

Cara-cara: ( Doh roti)
  1. Buat doh roti,Kaedah 1,penggunaan Bread Maker (BM),masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan start,tunggu sampai siap di uli dan boleh  terus ke langkah no.4 di bawah.
  2. Kaedah 2,jika uli tangan,masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan.Tips untuk dapat doh yang lembut,ambil plastik bersih dan letakkan doh di dalam plastik tu,ramas-ramas beberapa minit,lebih kurang 8 hingga 10 minit,keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan.anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
  4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil,dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau acuan bulat 18 cm.Boleh juga susun dalam acuan petak.Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan majerin.
  5. Setelah bun naik dua kali ganda,gliss permukaan bun dengan baki telur + susu tadi, akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar,sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. 

Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Bye.
Assalamualaikum.

DIY Poket Dinding Simple

Assalamualaikum.
Hii.
Jom berDIY..Kali ini kita buat poket dinding pula.Saya guna kain perca baki langsir hari tu,daripada dibuang begitu saja,baik cari idea kreatif untuk kitar semula kain perca tu..Lagi jimat kan :).Kalau kita kreatif, banyak sebenarnya yang kita boleh hasilkan dengan kain perca ni.Okey jom start..
Antara bahan yang diperlukan.
Jahit bahagian tepi yang ditandakan.kain hitam ni saja saya letak untuk bagi tebal poket dinding tu nanti.

Proses membuat poket.

Proses menjahit poket.

Inilah hasilnya.Senang kan :).
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.


Aczema

Assalamualaikum.
Hii.
Korang pernah tak kena aczema?Baru-baru ni saya kena aczema di kaki.Gatal sangat tak tahan,asyik menggaru punya pasal habis luka kulit kaki dan bila menggaru,kesan gatal bukan hilang malah makin bertambah pula.Lebih parah kulit kaki timbul kawasan berair dan nanah serta kawasan luka makin merebak.Nak jalan pun susah sebab dah merebak ke tapak kaki.Dah banyak ubat sapu saya cuba tapi satu pun tak berkesan.Tak ada cara lain selain jumpa doktor.Doktor bagi suntikan dan ubat serta krim sapu.Doktor tu pun senyum jer sebab dia pun baru sembuh dari aczema hehe..
Jom kita berkenalan secara ringkas apa itu aczema.
Apa itu aczema?
Aczema merupakan penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi namun orang dewasa juga ada menghidapi penyakit ini.Aczema juga dikenali sebagai dermatis atopik atau aczema atopik.
Aczema merupakan keradangan pada kulit seperti kemerahan,kulit kering,gatal-gatal dan boleh menyebabkan luka.Selalunya kawasan yang selalu terkena aczema ni di muka,leher,kawasan pergelangan kaki,tangan,kepala,siku dan lutut.
Aczema pada bayi.Gambar dari google.

Aczema pada orang dewasa.Gambar dari google.
Faktor
Faktor genetik.
Punca sebenar aczema ni tidak diketahui tapi faktor lain yang menyebabkan aczema berpunca dari bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit seperti sabun,kosmetik,pakaian,alam sekitar contohnya habuk dan sebagainya.
Tips mengubati aczema
Sentiasa pastikan persekitaran bersih terutama kawasan rumah.
Elakkan dari menggunakan sabun yang tinggi bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.
Gunakan pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang,susu,telur.
Sentiasa jaga kebersihan diri contohnya,pastikan kuku sentiasa pendek ,guna selimut dan cadar yang bersih.
Elakkan dari terkena air terlalu kerap,jika perlu pakai sarung tangan dan sebagainya.

Sebenarnya aczema ni tak berjangkit,tapi mengundang ketidakselesaan terhadap pesakit.Alhamdulilah sekarang kaki dah beransur pulih,tapi kaki dah tak cantik lagi -_-'.Malu nak letak gambar.

Till then bye..
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

Popia Goreng

Assalamualaikum.
Hii.
Korang sudah minum petang?Saya baru nak minum petang,menu minum petang hari ni ringkas sahaja iaitu popia goreng dan teh tarik.Nak buat popia goreng ni senang sangat..Inti popia ni korang boleh pelbagaikan,mengikut citarasa masing-masingJom tengok resepi popia.
Bahan-bahan:

  • Kepingan kulit popia secukupnya
  • Sayur kobis > potong halus
  • Mix vegetable
  • Bawang merah >hiris halus
  • Bawang putih >hiris halus
  • Sosej > dipotong dadu
  • Garam secukupnya
  • Perencah cukup rasa Maggi
  • Minyak untuk menggoreng
  • Sedikit air atau putih telur untuk melekatkan popia
  • Sos cili 
Cara-cara:

  • Panaskan minyak,tumis bawang hingga naik bau kemudian goreng semua bahan-bahan kecuali sos hingga masak.Kemudian angkat,tos dan sejukkan.
  • Sediakan kulit popia,letak inti dan gulung.Lekatkan guna putih telur atau air.Cara lipat popia ikut gambar kat atas.
  • Panaskan minyak dan goreng popia tadi.Pastikan api jangan terlalu kuat sebab popia mudah hangus.
  • Angkat dan toskan dengan tisu.Sedia untuk dihidangkan.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Jus Tembikai Susu

Assalamualaikum.
Hii.
Panas sungguh cuaca hari ini.Apa kata kita minum jus honey dew,yang senang lagi cepat nak buat.Jom tengok resepi dari My Small Kitchen.

Bahan-bahan:
2 potong honeydew (1 potong anggaran lebar 2 inci)
2 sudu makan susu pekat @ secukup rasa
2 gelas air
ais secukupnya
Cara-cara:
Kisar semua bahan kecuali ais.Pastikan semua bahan kisar benar-benar halus.Tuang ke dalam gelas dan letakkan ais secukupnya. 

Jemput minum :)
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Kek Epal Kurma/Kismis

Assalamualaikum.
Hii.
Resepi kali ini ialah kek epal kismis..resepi ni dari Dapurku Sayang.Dalam resepi kek, beliau menggunakan kurma tapi memandangkan tak ada kurma maka saya gantikan dengan kismis.Jom kita start masak.

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung gandum+ 1 sk baking powder(diayak)>saya guna tepung naik sendiri
  • 250 gm gula perang>saya guna 200 gm gula biasa
  • 250 gm mentega (pada suhu bilik)
  • 5 biji telur gred B (pada susu bilik)
  • 50 ml susu segar
  • 1 biji epal hijau (dikupas kulit dan dipotong kiub kecil)
  • 1 biji epal (dikupas kulit dan dihiris nipis)
  • 100 gm kurma (dihiris/dicincang halus)>saya gantikan dengan kismis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.Lengserkan loyang dengan mentega dan alaskan dengan kertas serap minyak/baking paper.sapukan lagi dengan sedikit mentega dan taburkan sedikit tepung.
  2. Epal yang sudah dipotong kiub serta hirisan buah kurma hendaklah digaulkan bersama dengan 1/2 cawan tepung daripada sukatan tepung tadi.
  3. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan perlahan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diselang-selikan dengan susu segar.Kemudian masukkan esen vanilla.Putar lagi sehingga sebati.
  6. Masukkan epal dan kurma perlahan-lahan dengan cara kaup balik.
  7. Susunkan hirisan epal pada dasar loyang dan tuangkan adunan di atasnya.
  8. Bakar selama 45 minit.(bergantung pada oven masing-masing)
  9. Setelah masak,keluarkan kek.Biarkan ia sejuk telebih dahulu.Kemudian terbalikkan kek sebelum dipotong.
Nota tambahan dari DJ:
>>>Oleh kerana oven DJ cepat panas dan bermasalah,pada 20 minit pertama DJ guna suhu 180C ,kemudian diturunkan pada 160C sehinggalah kek masak.
>>>Buah kurma boleh juga direndamkan terlebih dahulu dengan susu segar selama 1 jam dan kemudian ditoskan sebelum digaul dengan tepung.
>>>Kek ini sangat sedap dimakan setelah dibiarkan 1 hari.Tapi pastikan loyang/bekas kek ditutup kemas untuk mengekalkan kelembapannya.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

DIY Shawl Half Moon Manik

Assalamualaikum.
Hii.
Jom berDIY shawl half moon manik.shawl ini begitu popular dulu,sekarang dah kurang,agaknya sebab banyak fesyen tudung yang baru sekarang ni.harga shawl ni pun dah turun..shawl ni dah lama saya buat,kalau buat sendiri lagi jimat kan.jom kita start..
Saya guna kain jenis chiffon.potong bentuk half moon.start melakar,saya guna pensel dahulu kemudian guna pen erasable.
Proses menjahit manik bunga sakura.
Proses menjahit ranting.
Selesai proses menjahit manik.
Tepi shawl jahit biasa jer malas nak hantar kedai nak jahit tepi hehe.
Inilah hasilnya^^
Saya buat empat helai shawl half moon^^
Till then bye..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Gyaru Make Up

Assalamualaikum.
Hii.
Jom main mekap-mekap,kali ni mekap gyaru pula.mesti ramai yang tahu mekap ni kan.mekap ni sangat comel dan boleh buatkan mata yang kecil jadi besar macam anak patung.cari jer kat youtube berlambak orang buat tutorial mekap gyaru ni.kat bawah ni contoh cara mekap gyaru saya ambil kat youtube..

Cantik kan..^^
Ni pula gambar dari google..
Mekap macam ni tak guna banyak pembayang mata,just natural colour jer.paling penting mesti ada eyeliner hitam dan putih,bulu mata atas bawah,nude lipstik,maskara dan kanta lekap..senang jer kan..jom layan gambar kat bawah..^^ 

Before and after make up ^^
see boleh buatkan mata jadi besar..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Till then..bye 
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Kek Pisang Coklat Urai

Assalamualaikum.
Hii.
Hari tu saya ada kongsikan resepi kek pisang marble dari Intan Hidayat,kali ni resepi kek pisang juga tapi dari CMGebu,resepi asal dari Kak Ummi Kuantan.Kek yang saya buat tak cantik sebab tak cukup bahan seperti gula perang dan kacang gajus.Coklat urai pun tinggal sikit jer.Tapi apa pun rasa kek ni tetap enak :).
Okey jom kita start masak..
Bahan-bahan:
  • 150 gm mentega atau majerin (kalau guna majerin rasa lain sikit)
  • 200 gm tepung kek @ tepung naik sendiri
  • 100 gm gula perang (resepi asal 150 gm gula kastor)>saya guna 100 gm gula biasa
  • 3 biji telur
  • 100 ml susu segar
  • beberapa titik esen pisang
  • 50 gm coklat urai 
  • 1/3 cwn pisang yang didadu besar
  • 1/4 cwn cincangan kacang gajus secukupnya >saya gantikan dengan badam hiris
Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 170C,lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega,alas dadar tin dengan kertas minyak,lenser juga kertas tadi.Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati,masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim.Pada kelajuan perlahan,masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis,putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula.Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi,gaul hingga rata.Tuang dalam tin tadi,ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau sehingga kek masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

Enak untuk hidangan minum petang.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :).
Assalamualaikum.

Kek Sarang Semut/Kek Gula Hangus

Assalamualaikum.
Hii.
Resepi kali ni ialah kek sarang semut ataupun kek gula hangus,ada juga yang panggil kek sarang lebah macam-macam nama kek ni.seingat saya kali terakhir makan kek ni masa sekolah rendah itu pun makan masa raya,tak ingat pula rasa kek ni macam mana.mak saya kata sedap,maka berkobar-kobar lah semangat nak mencuba buat kek ni hehe..saya guna resepi dari HaSue resepi asal dari  Kak Nor.saya ambil resepi yang dah di edit.
Bahan-bahan:
  • 125 gm butter
  • 4 biji telur >Hasue guna 5 biji telur
  • 1/4 cwn susu pekat manis
  • 1 cwn tepung gandum
  • 1 cwn air>saya guna 1 1/2 cawan 
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • Hasue tambah esen vanila
Cara-cara:
  1. Cairkan butter dan biarkan sejuk.
  2. Goreng gula hingga hancur dan masukkan 2 cawan air.kacau sehingga sebati dan cair,biarkan sejuk.
  3. Masukkan butter cair,tepung gandum (yang diayak bersama dengan soda bikarbonat) dan gula hangus ke dalam adunan telur.
  4. Kacau sebati dan tapiskan.
  5. Peram selama 3-4 jam (lagi lama lagi elok untuk menghasilkan lubang-lubang yang lebih banyak)
  6. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan 170-180C lebih kurang 40-45 minit atau sehingga masak.

* perlu berhati-hati masa menuang air ke dalam gula yang tengah panas dan nasa mengacaunya ya..bubbling tu boleh mencederakan kalau tak berhati-hati. 
Nota tambahan dari K.Nor:
Berdasarkan pada eksperimen yang dah berjaya CMGebu buat,kek ni perlu dibakar dengan menggunakan api bawah sahaja untuk tempoh 35 minit pertama,lepas tu baru lah di on kan api atas dan teruskan proses membakar lebih kurang 10 minit lagi.Test dengan lidi,untuk pastikan kek telah pun cukup masak.suhu yang di gunakan  165-175C.
Kek ni lembut dan sedap..^^

Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.


Bamboo Charcoal + Volcano Mud Extract Pore Minimizing Mask

Assalamualaikum.
Hii.
Amboi panjangnya nama mask ni kan..mungkin ada yang dah pernah cuba mask ni.saya yang dah ketinggalan baru nak cuba hehe.mask ni saya beli kat Waston harga dalam rm 6.++ gitu,buatan negara Taiwan.agak mahal sedikit berbanding mask Purederm.
Tulis kat situ mask ni dapat mengawal dan balanceskan minyak kat muka dan ketatkan pori,dan melembutkan kulit seperti bayi. 
My review:
*kulit rasa sejuk dan lembut lepas pakai
*lepas buka mask ni tak rasa melekit pun kat kulit walaupun tak basuh.
*kulit jadi agak cerah sedikit (sikit jer)
*liang pori mengecil sedikit (tengok pic bawah)
Gambar atas sebelum
Gambar bawah selepas
Ada apa-apa perbezaan tak??hehe

Till then bye..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum..

Puding Roti Mudah

Assalamualaikum.
Hii.
Saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu puding roti.resepi kredit to Potret Kasih.puding roti ni tak mengunakan serbuk agar-agar.jom start..
Bahan-bahan:

  • 6 keping roti 
  • 2 biji telur
  • 1 1/4 cawan susu cair
  • 1 sudu makan butter
  • 3 sudu makan gula
  • 1/2 sudu makan esen vanila
  • sedikit kismis untuk tabur
Cara-cara:
  1. Kacau sebati telur,esen vanilla,gula dan susu cair.
  2. Roti di potong dadu termasuk kulitnya kemudian di susun dalam acuan pembakar.
  3. Kemudian tuang adunan susu ke dalam roti yang telah di susun.
  4. Tabur kismis dan butter ke dalam adunan roti tadi.
  5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit.
Enak di makan sejuk ..
Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca :).
Assalamualaikum.

Kuih Wajik

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ni saya nak share satu resepi kuih tradisional orang dulu-dulu iaitu kuih wajik,mesti semua tahu kan.kuih ni tak guna banyak bahan.saya ambil resepi ni dari Resepi Citarasawan.
Bahan-bahan:
  • 500 gm beras pulut (rendam 2 jam)
  • 300 gm gula merah @ gula melaka 
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 500 ml santan pekat
  • 1/2 sudu kecil bunga cengkih (saya tak letak)
  • 1/4 sudu teh garam

Cara-cara:
  1. Kukus beras pulut selama 45 minit.angkat dan ketepikan.
  2. Masak santan,garam,bunga dan bunga cengkih hingga santan mendidih.masukkan gula merah dan gula pasir.gaul rata hingga gula larut.kemudian tapis untuk membuang kotoran gula merah.
  3. Masukkan ke dalam periuk bersama beras pulut yang di kukus.kacau di atas api hingga pulut bergumpal dan tidak melekat di tepi periuk.
  4. Angkat dan ratakan di dalam bekas/loyang yang di alaskan daun pisang.sejukkan dahulu sebelum di potong.
**** jika menggunakan gula melaka tidak perlu di tapis.warna kuih agak cerah sedikit dari gula merah.
selamat mencuba :)
Terima kasih sudi baca :)
Bye..
Assalamualaikum.

Kek Cawan Vanila Berkismis Mudah

Assalamualaikum.
Hii.
Jom main masak-masak,kali ni saya nak share resepi kek cawan yang sangat mudah.kejap jer nak buat.resepi ni saya tak ingat ambil kat mana,sebab dah lama salin..maaf ya.kek walaupun nampak simple tapi sedap.jom kita start.
kosong jer cup cake ni kan..kalau rajin,nak letak krim pun boleh :)

Bahan-bahan:
  • 113 gm tepung naik sendiri *
  • 1 sudu teh baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 90 gm gula kastor 
  • 2 biji telur
  • 90 gm mentega/majerin
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 1 sudu teh esen vanila
  • buah-buahan campuran secukupnya
cara-cara:
  1. Pukul mentega bersama gula kastor hingga putih.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder,esen vanila dan susu tepung..pukul sebati.
  4. Masukkan buah-buahan campuran dan gaul guna senduk.
  5. Isikan ke dalam cawan kertas dan bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan dengan suhu 170 celcius selama 25 minit. 


 selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
bye.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain