Followers Tersayang

Resepi Ayam percik kelantan simple

Assalamualaikum..
Bila mood memasak datang macam-macam lah resepi yang nak di cuba. Sekarang ni dah senang cuma google ja berderet resepi keluar.. Kali ni saya cuba resepi ayam percik kelantan, bahan-bahan pun ringkas saja.. rasanya pun boleh tahan juga cuma ayam tu tak berapa masak, lain kali kena masak lama sedikit. Okey jom semak resepi..

Bahan-bahan:
2 ketul paha ayam -

Bahan kisar untuk perapan ayam
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci halia
bahan perasa

Bahan kuah
Santan secukupnya
cili kering -kisar
1 batang serai - kisar
Asam keping
bahan perasa

Cara-cara:
 Kisar bahan perapan, gaulkan bahan perapan bersama ayam dan perap 1 jam.

 Kemudian panggang dalam pan dengan api sederhana sehingga masak. Masak bahan kuah dengan api yang sederhana, terpulang nak pekat atau cair kuah tu ya.. saya suka pekat.
Ambil ayam tadi dan masak sebentar bersama kuah kemudian bolehlah hidangkan. 
Senang ja kan, selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^.

 

Review contact lens : Tutti Circle Beskon

Assalamualaikum..
Kali ni nak review contact lens pula, beli tahun lalu sekarang baru nak buat review hehe. Sebenarnya tak ingat berapa jenis dah lens yang saya telah cuba, asyik gambar bila dah pakai ja sampai lupa nak snap packaging lens tu, Kali ni beli ja lens terus snap. Okey lens kali ni dari Bescon, tak pernah dengar pun sebelum ni (nampak sangat ketinggalan hihi). Apek kedai jam tu cakap lens ni ok daripada kebanyakan lens murah sebab original dari Korea dan jenama pun agak terkenal, maka saya pun beli lah dengan harapan mata jadi cantik macam Korean haha.. Jom berkenalan dengan lens ni
the packaging
oleh kerana saya ni rabun maka ambilah yang ada power.

 

 saya pilih hitam sebab ni ja yang ada power.

Nama produk 
 Bescon Tutti Circle lens in black
Harga
 Normal rm128.00 after discount rm70.00
Tempat beli 
Kedai cermin mata
Kandungan 
 Two steril color contact lenses (Polymacon 62%, 38% water) immased in saline.
Tempoh penggunaan
 3 bulan.
Keselesaan 
3/5
- agak selesa juga 
-lepas pakai 3 jam mata akan rasa kering so kena pakai water drop khas untuk lens.
- suka lens ni sebab nampak cantik dan comel bila bergambar.
-keseluruhannya ok juga lah cuma agak mahal sedikit.
 
lens ni tak lah nampak macam alein seperti kebanyakkan lens hitam yang saya pernah pakai hehe.. sebab diameter cuma 14mm, ngam-ngam besar biji mata.
Ok till then..
Terima kasih sudi baca ^_^

Balik kampung..

Assalamualaikum..
Cuti tahun baru cina kali ni balik kampung suami di Sipitang.. Cuti beberapa hari ja, takpa lah yang penting dapat luangkan masa bersama suami, bukannya selalu dapat jumpa, sedihnya tinggal berjauhan  :'(. Lama juga tak balik kampung, last bulan sembilan hari tu.. Rindu pula suasana kat kampung di sini..
jom tengok gambar-gambar di kawasan rumah.
Masa balik ni rumah tengah di ubah suai, dan belum siap sepenuhnya, nampak banyak perubahan rumah ni..
Jalan-jalan di sekitar rumah tertarik tengok hasil tanaman ibu mertua, bertuahnya tinggal di sini sebab tanah subur boleh tanam pelbagai tanaman.. Saya pun minat berkebun juga, tak rugi berbudi dengan tanah.. bila dapat hasilnya nanti boleh makan atau dijual.

Kelulut bapa mertua, rasanya masih baru lagi.. pertama kali tengok benda ni hehe.. Ada malam tu ikut pergi beli sarang kelulut di Merapok. 
  


Sehari sebelum balik suami bawa jalan-jalan di pantai Marintaman, agak ramai juga orang masa ni. Angin bertiup mendamaikan suasana, felling hindustan kejap sambil nanyi lagu dilwale hehe..


Lepas tu kitaorang jalan-jalan keliling kawasan samur, di sini pun ramai orang juga. Tengok orang mandi dari atas ja.. suami tak bagi turun.

Paling best bila dapat makan sate.. sate Sipitang memang sedap ntah berapa cucuk saya makan.. Insha Allah cuti-cuti pasti balik sini lagi.. Korang pula pergi mana cuti CNY lepas?
 Terima kasih sudi baca ^_^



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain