Assalamualaikum.
Femes maskara relian ni kan, sana-sini jual maskara ni.. Saya ja yang ketinggalan, bukan apa saya tak berminat sangat nak cuba mascara relian ni, sebab setia dengan maskara Maybelline. Kalau tak kerana sepupu ( Wani), tak merasalah relian maskara ni.
The packaging, agak elegan pink-pink gitu.
Satu maskara dan yang satu fiber. Fiber ni yang buatkan bulu mata jadi panjang dan lebat.
Dapat lihat perbezaan sebelum dan selepas pakai maskara kan, bulu mata jadi lebat dan panjang. Abaikan lens yang tak sama warna tu.. tak tahu kenapa jadi macam tu, order lens sepasang dan berlainan power tapi warna pula tak sama **.
Sebelah kiri maskara relian, kanan maskara Maybelline.
Hasil review:
Bulu mata jadi panjang dan lebat lepas pakai.
Senang di cuci
Tak tahan lama, terutama fiber tu cepat jatuh, habis hitam bawah mata -_-'
Lebih suka kalau tak letak fiber.. just mascara ja.
Fiber tu bila kena air cepat tanggal.
Kesimpulannya tetap setia pada mascara Maybelline.. Apa pula pendapat korang tentang maskara ni?
Okey till then ^_^.