Followers Tersayang

Silkygirl : Double Intense Duo eye shadow

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni saya nak review satu barang from Siklygirl.Mesti korang tahu brand ni kan.tengah pilih-pilih eyeshadow kat Watson,tertarik pula nak try eye shadow from Siklygirl ni,ada banyak sebenarnya tapi saya ambil satu jerr saja nak test hehe..saya pilih kod 07 golden Jade.warna eye shadow ni terang dan long-lasting.harga dalam rm 11.++.jom kita layan gambar kat bawah.




Ini merupakan contoh mekap menggunakan eye shadow ni.gambar kat atas without flash dan kat bawah guna flash.
Till then,
bye.
terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Kuih Getas-Getas

Assalamualaikum.
Hii.
Hari ni juadah minum petang kuih getas-getas.sangat suka makan kuih ni..saya nampak resepi ni dari Kak Rose.saya ikut betul-betul cara nak buat gula sira dalam resepi tersebut..Alhamdulilah menjadi thanks Kak Rose.sukanya..

Bahan-bahan:
  • 250 gm tepung pulut
  • 20 gm tepung gandum
  • 150 gm kelapa parut
  • 130-150 ml air (jangan tuang semua,tuang sikit-sikit dulu)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk menggoreng


Cara-cara:
  1. Satukan kedua-dua tepung dan kemudian masukkan kelapa parut serta garam.
  2. Tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.Pastikan ia tidak terlalu lembik sangat.biarkan sebentar selama 10 minit.
  3. Buatkan bulat-bulat kecil dan kemudian leperkan sama ada bentuk lonjong atau leper.pastikan anda sapukan minyak ditangan sebelum memegang doh dan menyapu minyak atas dulang apabila hendak meletak doh supaya tidak melekat.
  4. Panaskan minyak dengan api yang sederhana.goreng kuih  sehingga agak kekuningan.pastikan anda sentiasa balik-balikkan kuih supaya tepung tidak mengelembung dan pecah.
  5. Bila dah agak kekuningan,angkat dan toskan dengan tisu masakan.
Menyira gula kuih
Bahan-bahan:
  • 1/2 cawan gula
  • 1/2 cawan air
Cara-cara:
  • Masukkan gula dan air ke dalam periuk yang agak besar.Masak dengan api yang sederhana,bukan api yang kuat.
  • Jika anda perhatikan buih-buih itu, mula-mula ia akan memenuhi bahagian tepi dan kemudian ia akan merebak ke bahagian tengah.biarkan selama 7 minit.
  • Apabila sudah 7 minit,cuba titiskan setitik air gula atas piring dan kemudian guna jari telunjuk sentuh air gula tadi dan temukan jari telunjuk dengan ibu jari.lekat-lekatkan beberapa kali..ia dikira sudah 'menjadi' bila anda rasa melekit-melekat dijari dan akan menghasilkan ketulan-ketulan halus kat jari.Kalau tak biarkan 1 minit lagi dan kemudian tutup api.
  • Tempoh masak air gula supaya pekat adalah dalam 9-10 minit.jika lebih anda akan dapat gula hangus.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Puding Roti Marble

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi puding roti marble.mesti ramai yang tahu buat puding ni kan.bahan yang digunakan sikit jerr nak menyediakannya pun senang.puding ni sedap di makan sejuk-sejuk.resepi ni saya ambil dari HaSue.
Bahan-bahan:
  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 170 ml susu cair
  • 10 gm serbuk agar-agar @ sepeket
  • 1/2 cwn gula- boleh kurangkan
  • 2 sudu besar butter@majerin (cairkan)
  • 3 1/2 cwn air=hana guna cwn biasa 230 ml
  • 2 sudu serbuk koko @ coklat emulco

Cara-caranya:
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balance air tadi (1/2).kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
  3. Masukkan butter/majerin dan kacau rata sampai mendidih lagi.matikan api.
  4. Ambil satu senduk warna putih@plain dan tuang di tengah-tengah loyang.kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna putih@plain tadi.biarkan puding gerak sendiri ke tepi.tak payah ratakan atau kacau.ulang sehingga habis.ketika proses melapis@me'marble'kan hendaklah di lakukan dengan cepat kerana puding ni mudah sejuk@membeku.
  5. Dah siap bolehlah di simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
  6. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing-masing dan bagi yang kurang gemar berlemak,kurangkan sukatan susu pekat.
simple jerr resepi ni kan ..bolehlah cuba.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.

Pau Gebu (water roux)

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi pau yang lembut dan gebu.tetiba rajin pula nak mengepau sebab tergoda pau dari kak Sally Rashid yang sangat menyelerakan dan gebu hehe..Alhamdulilah pau menjadi walaupun tak segebu pau beliau.pau ni sangat lembut tau,jom sama-sama kita try..
Bahan-bahan:
  • 500 gm tepung pau (low protien flour)
  • 3 sudu besaar shortening (lemak sayur)
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar water roux
  • inti sesuka hati

Resepi water roux
  • 25 gm tepung gandum
  • 125ml air
cara-cara nak buat water roux:
-masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan.angkat dan sejukkan sebelum di gunakan.
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan (nak guna BM pun boleh)pastikan doh elastik.kemudian perap dalam 40 minit atau satu jam.tumbuk-tumbukkan  doh keluarkan angin.
  2. Bahagikan doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu inti dan tutup kemas.buat sampai habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih.kukus pau dengan api yang sederhana,tak perlu api yang terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja bergantung pada saiz pau.

selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum..

Biore cleansing strips Pore Pack

Assalamualaikum.
Hii..
Macam mana nak hilangkan bintik hitam dekat muka terutama kat bahagian hidung?picit??jangan kerana akan menyebabkan masalah kulit lebih buruk lagi.kita tak tahu tangan kita benar-benar bersih ke atau tak.ini kerana bakteria senang merebak melalui tangan.sebenarnya ada banyak cara  nak selesaikan masalah blackhead ni.kali ini saya nak share cara mudah nak buang bintik hitam terutamanya kat hidung.saya guna Biore pore pack jerr.beli kat Watson harga dalam Rm 9.++.ada 10 keping  kat dalam.jom tengok.

saya pilih black colour
cara  pakai basahkan hidung kemudian lekatkan.wait until 10 -20 minit dah boleh buka.
hasilnya..nampak tak??tak nampak kan hehe.
cuba scroll lagi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ewww...banyak yang keluar -_-"


sekian ..
bye 
Assalamualaikum..

Donut @ Kuih Gelang

Assalamualaikum.
Hii.
Tetiba pula teringin nak makan kuih gelang @ donut ni..bahan nak buat kuih ini taklah banyak dan proses membuatnya pun tak susah.resepi saya ambil kat Dapur Suzi.jom kita start..


Bahan-bahan:
  • 6 gm dry yeast
  • 25 gm butter-cairkan (saya guna minyak masak)
  • 125 ml susu segar suam
  • 2 biji kuning telur
  • 2 sudu besar gula kastor
  • secubit garam (saya tambah)
  • gula halus untuk tabur atas kuih
Cara-cara:
  1. Campurkan yeast dengan susu.masukkan butter,kuning telur dan gula.kacau sebati.
  2. Sediakan mangkuk,masukkan tepung dan campuran susu tadi,uli sehingga sebati dan licin.kemudian tutup dan rehatkan 1 jam.
  3. Uli semula untuk keluarkan angin.bentukkan.biarkan 20-30 minit.
  4. Goreng dan hias mengikut kesukaan. 

*Donut*
selamat mencuba.
Assalamualaikum.






Kuih Lenggang @ Ketayap

Assalamualaikum.
Hii.
Resepi kali ini ialah kuih lenggang ataupun orang biasa panggil kuih ketayap.kat tempat saya panggil kuih lenggang.agaknya nama kuih ni diambil sempena cara memasaknya kot hehe.resepi nii sangat simple dan mudah disediakan.pada yang tercari-cari  kuih apa yang nak dibuat juadah minum petang,bolehlah buat kuih ni..resepi kredit to Amie's Little Kitchen.
 Bahan-bahan:
Untuk intinya,
  • 2 cwn kelapa parut - buang kulit dan airnya
  • 150 gm gula melaka -larutkan dengan 60 ml air
  • gula pasir secukupnya
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara-cara:
masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana.kacau hingga melekit dan sebati.

Untuk kulitnya,
  • 2 cwn tepung gandum
  • 400ml susu segar (saya guna air biasa)
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 3 sudu minyak
  • beberapa titik pewarna hijau
Cara -cara:
  1. masukkan tepung ke dalam mangkuk,tuangkan air @ susu segar
  2. masukkan secubit garam,telur dan beberapa titik pewarna hijau.
  3. kacau sehingga sebati atau pun untuk lebih mudah blendkan dengan pengisar.
  4. panaskan kuali (guna kuali non-stick),letak sedikit minyak dan tuangkan satu sudu adunan ke dalam kuali dan layang-layangkan kuali supaya menjadi bulat.
  5. biarkan masak 1-2 minit dengan api yang perlahan.jangan masak terlalu lama nanti akan mempengaruhi warna kulit kuih.
  6. angkat dan terus bubuh inti.lipat kedua-dua belah tepi dan gulung.

*Kuih lenggang @ ketayap*
selamat mencuba.
Assalamualaikum.

Gold and Black Make Up

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak buat tutorial mekap gold and black,mekap ni ala-ala arabic sikit sebab ada double liner kat hujung mata.mekap ni simple jer dan tak gunakan banyak warna,sesuai untuk mekap malam.jom kita start.
  1. Sapukan warna gold 1/2 di kawasan depan kelopak mata.
  2. Warna hitam di sapukan 1/2 di kawasan hujung kelopak mata.
  3. Blendkan kedua-dua warna tersebut agar nampak soft.
  4. Pakai liquid eye liner hitam.

  1. Buat double wing kat hujung mata.
  2. Kemaskan kening dengan pensel kening.
  3. Pakai bulu mata palsu.
  4. Sapukan eye shadow putih kat tulang kening.


The final look :)
Good luck.
Assalamualaikum..

Kek Pelangi

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat Tahun Baru Cina.meriah sana-sini bunyi mercun.hari ni saya nak kongsikan resepi kek,iaitu kek pelangi.resepi ni saya ambil dari Kurniaanmu.saya tertarik tengok kek pelangi beliau yang cantik.percubaan pertama membuat kek tak menjadi..saya guna resepi lain,tak ingat pula dari mana.kek agak keras,kering dan bantat..agaknya kurang minyak kot.Alhamdulilah percubaan kedua menjadi.
*kek tak menjadi *
Resepi Kek Pelangi 
Bahan-bahan: 
  • 250 gm mentega (saya guna majerin pelangi)
  • 220 gm tepung kek(saya guna tepung blue key)*
  • 1 s/k serbuk penaik* (bahan * diayak)
  • 200 gm gula kastor 
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu (saya guna susu cair)
  • sedikit pewarna hijau,kuning dan merah


Cara-caranya:
  1. Griskan acuan dan panaskan oven 180c.
  2. Pukul mentega/majerin bersama gula dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji.pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan esen vanila.kacau menggunakan sudu dengan kaedah kaup balik.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  6. Sendukkan adunan kuning di tengah acuan,kemudian adunan hijau di atas kuning.akhir sekali adunan merah di atas hijau.buat sehingga habis.
  7. Bakar selama 1 jam.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong.





*Alhamdulilah menjadi walaupun tak cantik*
Selamat mencuba.
Good Luck!!  
Assalamualaikum..

Bun Manis

Assalamualaikum..
Hii.
Selalu kalau teringin nak makan bun beli kat kedai jer,macam-macam jenis bun yang di jual,just pilih jer mana yang berkenan.teringin juga nak buat bun sendiri.cari-cari resepi dekat internet,terjumpa pula resepi  dari Jintan Manis.lepas tue try buat,mula-mula tak menjadi lupa letak majerin hasilnya bun jadi keras hehe.percubaan kedua Alhamdulilah menjadi..Jom layan gambar kat bawah.. 





taada hasilnya :)
kalau nak letak inti pun boleh..
 selamat mencuba..
bye
Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain