Followers Tersayang

Kek Oren Paling Senang Dalam Dunia

Assalamualaikum.
Hii.
Teringin sangat nak buat kek oren,google-google resepi nampak pula resepi kek oren kat SINI.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak,butter tak pakai dan hanya guna minyak canola,tapi saya guna minyak makan biasa saja,alhamdulilah menjadi juga.Cara nak buat tu yang saya tertarik,tak payah guna pun guna mixer..tapi pakai blender saja..Mula-mula terfikir juga,sama ada menjadi kek tu nanti atau tidak..Tapi ternyata menjadi!Cantik saja kembang kek tu.Sedap pun memang sedap ala-ala kek lembab gitu.Jom semak resepi.

RESEPI:KEK OREN
SUMBER:Food at Home

Bahan-bahan

1 bji buah limau (saya guna oren sunkist)
1 cawan minyak canola (saya guna minyak makan)
1 cawan gula halus
2 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

Cara-cara


Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2. Potong lagi buah limau kecil-kecil.Kulit dia ambil zest sikit untuk aroma. Masukkan ke dalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.Tuang bahan yang dikisar ke dalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.Tuangkan adunan ke dalam loyang yg beralas dan gris atau kertas kek.Bakar pada suhu 170C selama 40 minit hingga 1 jam atau sampai masak.




Senang kan..selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.

11 comments:

syahirah said...

wahh senang nya. nk try la

sudipVSsenduk said...

dah lama tak baking.
Kalau dapat kek oren free sebakul 2 mesti best

Normi Nieza said...

senang tp malas nk buat..:)

Mime MF said...

yummy~

Cik JariManis said...

klu buat kek ni time raya nnti..kompom budak2 mesti suka punya...p/s: buatlah tuto utk pavlova pulak dilaa..hehe =)

mirza syazwina said...

lama dah tak makan kek oren,sedap sedap sedap^^

Nana Liena said...

rajinnya masak..sedap kot kek oren..hehe

.:ifti aeman:. said...

kalau pakai oren sunkist berapa banyak nak letak

.:ifti aeman:. said...

klu guna oren sunkist berapa banyak nak letak??

Kathy R'bain said...

Sedap..

Anonymous said...

Kalo bkr dlm acuan cupcke bleh x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain