Followers Tersayang

Kek puding karamel pelangi

Assalamualaikum..
Hii.
Akhirnya tercapai juga hasrat nak buat kek puding karamel ni..sudah lama nak buat tapi asyik tertangguh saja.resepi kredit to E-NA LOVELY KITCHEN..beliau tunjukkan step by step lagi cara nak buat kek tersebut. jom layan gambar kat bawah..

*sebelum di potong.


p/s:hati-hati masa nak karamelkan gula ,kalau kena kat tangan boleh luka..
bye
Assalamualaikum..

Moonlight Seduction_Michelle phan

Assalamualaikum..
Hii.
Main mekap-mekap lagi yer..:).Kali ni mekap michelle phan juga iaitu moonlight seduction.

.moonlight seduction make up
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


make up by me
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
*me with make up moonlight seduction

bye.
Assalamualaikum



kek pisang marble

Assalamualaikum.
Hii
Kali ini saya nak kongsikan resepi kek pisang marble.sebenarnya saya dah banyak kali cuba buat kek pisang,tapi banyak yang tak menjadi..al maklumlah baru nak belajar hehe :).tapi bak kata orang usaha tangga kejayaan kan.Alhamdulilah akhirnya menjadi juga kek ni.resepi kredit to Intan Hidayat.
Resepi kek pisang marble:
Bahan-bahan:
2 cwn tepung gandum (boleh ganti 1 3/4 cwn tepung gandum + 1/4 tepung jagung)*
1 s/k baking powder*
1s/k soda bikarbonat*
1cwn gula (saya guna 3/4 cwn)
4 biji pisang berangan @ emas
1/2 cwn minyak
1 s/k esen vanilla
2 biji telur gred B
secubit garam(saya tambah)
ovallete(saya tambah)
pewarna coklat (saya tambah)
Cara-cara:
Panaskan oven 180 darjah
Sapukan acuan kek dengan majerin
Ayakkan bahan yang bertanda *
Putar telur dan gula hingga kembang
Masukkan esen vanilla,garam dan ovallete.putar lagi.
Kemudian masukkan pisang dan putar.
Masukkan bahan yang diayak sedikit demi sedikit,kaup balikkan guna senduk.
Akhir sekali tuangkan minyak dan kacau sebati.
Bahagikan adunan kepada dua bahagian,satu warna coklat dan satu lagi warna asal.
tuang secara berselang-seli di acuan kek sampai habis.
Bakar selama 45 minit @1 jam.
Setelah masak sejukkan dulu baru potong.
Jom layan gambar kat bawah..



Till then bye..
Assalamualaikum.

Cyber ghotic make up _ Michelle phan

Assalamualaikum..
Hii
Siapa tak kenal make up guru Michelle Phan yang sangat popular kat youtube kan.beliau antara make up guru yang paling saya minati.banyak tutorial mekap dan tips kecantikan yang beliau kongsikan kat youtube.
Antara banyak2 tutorial beliau saya minat dengan cyber ghotic make up.mekap ni ala2 animasi,cantik tau boleh buat mata kita jadi besar.sila lihat gambar cik michelle phan yang gojes kat bawah,dan gambar saya yang tak seberapa..

beliau sangat cantik dengan mekap cyber ghotic nii..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

tadaa..nii versi saya yang tak berapa nak jadi..hehe
P/s;versi budak baru belajar mekap.
till then bye
Assalamualaikum

Smokey purple make up

Assalamualaikum..
Hii

Jom main mekap-mekap.kali ni nak tunjukkan mekap smokey purple,tapi tak lah terang sangat.jom kita start..

saya guna mekap pallete yang murahan jer..

*sapukan e/shadow no 1
*sapukan e/shadow no 2 di hujung mata
*e/shadow no 3 & 4 pada hujung mata membentuk bulan sabit dan blend bagi soft
*sapu bahagian bawah mata dengan e/shadow no2&4

*pakai eyeliner atas dan bawah mata
*pakai maskara 
*tadaa hasilnya..

good luck!
Bye.
Assalamualaikum..

Bingka ubi kayu

Assalamualaikum..
Hii
Kali ini saya nak kongsikan satu resepi kuih yang mudah iaitu bingka ubi. Kuih ni merupakan kuih tradisional.mesti semua tahu kuih ini kan.Hari tue mak saya ambil banyak ubi kayu..tak nak membazir punya pasal maka saya buatlah bingka..saya suka bingka ubi ni tapi tak pernah pun buat,beli kat warung jer hehe.jadi saya cubalah buat.resepi boleh ambil kat sini.

 Sila lah layan gambar bingka ubi saya yang tak berapa nak menjadi ini.. 


till then..
bye 
Assalamualaikum.

Dorayaki

Assalamualaikum..
hii 
Hari tuu saya ada buat pankek tapi versi jepun lah hehe..kenapa saya cakap versi jepun,sebab pankek ni favorite Doraemon hehe..saya ambil resepi kat youtube jer..
jom layan resepi dorayaki ni..
Bahan-bahan:
1 cwn tepung gandum
1/2 cwn gula halus
2 biji telur
3-4 sudu air
1/2 sudu teh bikarbonate soda
1 sudu madu
minyak masak
kacang merah ( saya guna coklat masakan jer)
Cara buat:
_pukul gula dengan telur sehingga sebati
_larutkan bikarbonate soda dengan air kemudian tuangkan dlm adunan gula tadi
_tuangkan juga madu.pukul lagi..
_masukkan tepung dan pukul sehingga sebati
_rehatkan selama 30 minit
_kemudian bolehlah di masak..masak dengan minyak yang sikit yer..
_biarkan sejuk dahulu sebelum di isikan inti..

kat bawah ni gambar dorayaki yang saya buat..maaflah sebab tak cantik..

see tak cantik kan?

sampai sini saja untuk kali ni..
bye..

Assalamualaikum..




Kek coklat moist

Assalamualaikum.
hii
korang semua mesti suka makan kek kan..hari tue saya belajar buat kek coklat moist.saya ambil resepi dari internet jer.ambil resepi kat Intan berlian87..
kek ni agak mudah nak buat dan bahan2nya taklah susah nak cari.
okey jom kita start..
 Bahan-bahan:
3/4 cwn serbuk koko*
1 3/4 cwn tepung gandum*
1 1/2 sudu teh baking powder*
1 1/2 sudu teh soda bikarbonate*
1 cwn gula(resepi asal guna 1 3/4 cwn)
1 sudu teh garam
2 biji telur
1 cwn susu cair @ segar
1/2 cwn minyak masak
2 sudu teh esen vanilla
1 cwn air panas (saya guna 1/2 cwn jer)
cara membuat:
_ayak bahan kering yang di tandakan *.
_pukul telur sampai kembang guna mixer dengan kelajuan medium
_kemudian masukkan gula
_masukkan susu,esen vanilla,minyak sayur dan adunan kering pukul sehingga sebati dengan kelajuan medium selama 2 minit.
_kemudian masukkan air panas kacau guna sudu kayu sehingga sebati.
_tuang adunan ke dalam loyang 9" yang telah di sapukan mentega dan tabur sedikit tepung.
_masukkan ke dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu.suhu 177-180 celcius.
_bakar selama 30-40 minit.
_sejukkan dahulu sebelum hias. 
bahan krim kek:
shortening
mentega
gula aising
pukul semua bahan sehingga gebu dan warnakan mengikut kesukaan.
 jom layan gambar kek yang tak seberapa..


 Nyum2..
selamat mencuba..good luck!
sekian saja untuk kali ini..bye

Assalamualaikum.

Purederm,Botanical choice skin soothing moisture mask ' aloe'

Assalamualaikum..
hii
 Hari tue saya dah buat review satu mask brand purederm kan,kali ni review dari brand yang sama juga iaitu
 skin soothing moisture mask 'aloe'.mask ni berfungsi untuk melembabkan kulit dan mengandungi lidah buaya .
lidah buaya mempunyai banyak manfaat untuk kulit antaranya,mengandungi lignin yang berperanan untuk menjaga kelembapan dan mencegah kulit dari kering.
 saya suka mask ni..:)
Hasil review saya:
_kulit jadi soft dan sejuk lepas pakai
_kulit jadi lembut dan lembab
_ada bau wangi sikit 
_senang pakai dan cuci

jom layan gambar di bawah..

  Rupa dan tekstur mask 

sekian untuk kali ni..bye.

Assalamualaikum..



Simple soft brown make up

Assalamualaikum..
hii

Kali ni saya nak buat tutorial mekap yang simple dan mudah,khas untuk yang baru nak belajar mekap2 macam saya.mekap ni taklah heavy pun dan sangat sesuai untuk
waktu siang.
okey jom kita start.. 

saya hanya gunakan mekap palette yang murah jer
korang boleh ikut berdasarkan nombor yang saya tandakan

1_sapukan eyeshadow no1 ke seluruh kelopak mata
2_next eyeshadow no2 di hujung kelopak dan separuh lipatan mata dan blendkan dengan eyeshadow no3
3_sapukan eyeshadow no4 di hujung kelopak mata.blend bagi soft
4_e/shadow no3 di bawah mata dan blend soft 

_masa ni boleh pakai bulu mata palsu @ maskara
_pakai pensel liner hitam di atas dan bawah mata


Tadaa ni lah hasil mekap yang tak seberapa..
simple dan sesuai untuk mekap waktu siang.
selamat mencuba ...:)

sekian bye..

Assalamualaikum..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain