Followers Tersayang

WW #Egg Roll mudah

Assalamualaikum.

Jumpa cara menarik masak telur dadar di youtube.. hidangkan kat budak-budak pasti mereka suka ^_^
Senang ja kan ^_^

SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.

~ ✿*゚ Assalamualaikum,Salam 2014 ✿*゚ ~
 
http://kathyrbain.blogspot.com/2014/11/segmen-saya-nak-template-bloglist.html
 
SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST' | Setelah sekian lama tanpa sebarang segmen akhirnya kathyrbain.blogspot.com ingin mengajak rakan blogger semua agar join segmen kathy ini yang menawarkan dua hadiah berupa Template Bloglist dan satu hadiah misteri.

Syarat untuk menyertai segmen ini:-
  • terbuka kepada semua blogger.
  • letakkan banner ini dalam entri dan buat tajuk  SEGMEN 'SAYA NAK TEMPLATE BLOGLIST'.
  • wajib Follow belog Coretan Hati Kathy dan belog Kathy Rbain Diari Resipi .
  • sila lengkapkan slogan "Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana ............. (tidak melebihi 20 patah perkataan) - wajib di lakukan oleh semua peserta untuk melayakkan diri dalam segmen ini.
  • hantar penyertaan sebelum atau pada 30 November 2014 di ruangan komen entri ini sahaja.
  • tarikh tutup penyertaan pada 30 November 2014 jam 11.30 tengah malam dan keputusan hanya akan di umumkan setelah 3 Disember 2014 (setelah owner segmen balik bercuti dari Tawau,Sabah).
Hadiah yang di tawarkan:-
  • 2 Template Bloglist untuk 2 pemenang dengan slogan paling kreatif.
  • hadiah misteri ole² dari Sabah untuk seorang Top Referral segmen.
Saya nak Template Bloglist By Kathyrbain.blogspot.com kerana saya suka hasil editan sis Kathy yang menarik, simple dan loading cepat, blog ni pun sis yang edit.
SELAMAT BERSEGMEN ^_*
 

1st Segmen Blogwalking By Cik Ash

Assalamualaikum.
 http://cikash.blogspot.com/2014/11/1st-segmen-blogwalking-by-cik-ash.html
Jom ramai-ramai memeriahkan segmen dari blogger Cik Ash, boleh merapatkan silaturahim sesama blogger ^_^.

Makan coklat

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang dah sarapan? Pagi ni sarapan coklat ja, makan coklat sambil blogwalking.. seharian tak blogwalking kelmarin sebab sibuk menjahit, maaf ya :). Waktu pagi memang berselera makan coklat, kalau waktu tu lain kurang sikit.
Ini antara coklat kegemaran saya, cloud 9 tu kesukaan sejak kecil lagi sampai lah sekarang.. kalau makan banyak pun tak muak hehe. Korang pula suka makan coklat apa?
^_^

Kek buah bakar

Assalamualaikum.

Kek buah ni saya buat untuk jamuan kelas adik, tiada idea nak bawa apa last-last kek buah jadi pilihan.. Alhamdulilah habis licin. Kek ni agak lembab kalau simpan semalaman dalam peti ais lagi tambah sedap. Memandangkan baki buah campuran tinggal sedikit, kek tu nampak tak berapa cantik, lagi satu buah campuran banyak jatuh ke bawah.. sebab tak ikut resepi betul-betul hmm.. kena perbaiki lagi nanti. Resepi saya ambil di sini, terima kasih dengan resepinya yang memang sedap. Okey jom semak resepi.

RESEPI : KEK BUAH BAKAR
SUMBER : ZUR HERITAGE
Bahan-Bahan :
250 gm Mentega
250gm Buah-buahan campuran- perap semalaman dengan 1/2 cawan jus orange- kata kak sal lagi lama perap lagi sedap. -ini saya skip
4 biji Telur Gred A
220 Gula Perang-  Aku letak 200 gm je
260 Tepung Kek- Aku guna 180 gm Tepung Naik sendiri dan 80 gm Tepung Gandum - saya guna 260gm tepung blue key
1 sudu kecil esen vanila
2 camca besar susu pekat

Cara-cara:
1.Pukul mentega dan gula  perang sehingga kembang
2.Masukkan Telur sebiji demi sebiji dengan hadlaju yang sederhana sehingga kembang.
3.Masukkan esen vanila dan susu pekat.
4.Kemudian gaulkan tepung ke dalam adunan tepung dan gaulkan dengan kaedah kaup balik.
5.Masukan buah-buahan dan gaulkan perlahan-lahan.
6. Lapik Spring Foam dengan baking paper, dan bolehlah dituangkan  adunan ke dalam bekas spring foam tersebut. - saya guna dulang biasa 4 segi
7. Bakar pada suhu 160c selama 1 jam. Terpulang kepada suhu oven masing-masing.


Selamat mencuba ^_^.

Tetamu malam

Assalamualaikum.
Malam kelmarin bising bunyi kucing mengiau di luar rumah.. bunyi macam bukan kucing kat rumah ni. Malas nak pergi tengok, tak lama lepas tu riuh adik bising-bising dengan bunyi kucing sekali dalam rumah. Sekali tengok ada seekor kucing berbulu panjang datang, comel..
 Adik cakap kucing ni ikut dia balik rumah sejak dari restoran R&R..
 Ni dia kucing tu, muka nampak garang tapi sebenarnya manja sangat dan tak suka di dukung. Kasihan tak terjaga, telinga dia berkurap..
 Lembut ja bulu kucing ni.. Kalau lah ada seekor kucing spesis ni habis rumah penuh bulu kucing hihi..
Siapa ada kucing macam ni?
^_^

Sambal kering cornflakes ikan bilis

Assalamualaikum.
Sedap pula cornflakes yang dimasak ala-ala sambal kering ni, krupp krapp laju ja masuk mulut. Sebelum ni tak pernah pun terfikir cornflakes boleh di buat macam keropok ubi pedas, nampak sangat ketinggalan.. selalunya lepas ja raya baki cornflakes memang tak terusik pun sampai mama pun bising, sebab membazir. Bila google eh boleh pula buat macam ni..hmm, terus selongkar almari cari cornflakes..
 Ini lah hasilnya, adik-adik suka makan.. jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL KERING CORNFLAKES IKAN BILIS
SUMBER : CIK MANGGIS
Bahan-bahan :
3 cawan Cornflakes.
1 cawan ikan bilis-goreng garing.
15 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih.
1 cawan badam-goreng sekejap.(boleh ganti dgn kacang tanah) -saya guna kacang tanah
10 tangkai cili kering-jika suka pedas boleh tambah lagi.
Sedikit belacan.
1/2 cawan bijan-tabur di atasnya.(Cm tak letak sb tak ada)
1 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.
Minyak untuk menumis.
Cara-cara :
  1. Bawang merah, bawang putih,belacan dan cili kering di kisar halus.
  2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga betul-betul masak..
  3. Masukkan gula merah(Lebihkan kerana lebih sedap jika agak manis), garam dan asam keping.
  4. Masukkan ikan bilis, cornflakes serta badam.gaul hingga rata.
  5. Untuk peringatan:guna minyak yang agak banyak semasa menumis agar sambal betul-betul kering dan masak.
Selamat mencuba ^_^.

Liebster award

Assalamualaikum.
Di tag kali kedua kali ni dari cik Flawless Sakura, 11 soalan juga.. saya jawab eh..

1. Bila nak ada kereta sendiri?
- Tak tahu bila, sebab lesen pun belum dapat.. kalau ada rezeki insyaAllah dua tahun akan datang
2. Kalau keluar p mana-mana tempek make up dak?
- Ikut keadaan, kalau setakat jenjalan di kampung pakai pelembab dan bedak dah cukup. Kalau ke bandar atau mana-mana saya pakai BB krim, bedak, eyeliner, blusher dan lip balm.
3. Apa perasaan kalau kena tegur kalau kita salah?
- Rasa insaf, malu dan tak mahu ulang kesalahan tersebut.
4. Paling teror masak apa? lauk ke, kuih-muih ke?
- Saya taklah teror sangat, tapi suka masak kuih @ benda yang manis-manis.
5. Dalam sehari berapa kali online?
- Tak menentu
6. Kalau time cuti selalu hang out ke, duk kat rumah je?
- Duduk di rumah ja
7. Kata-kata motivasi untuk diri sendiri
nak berjaya kena usaha sekuat daya, yakin pada diri sendiri.
8.  Siapa yang awak paling rapat, mak/ayah?
- Lebih rapat dengan mak.
9. Apa yang awak dapat bila berblogging?
- Macam-macam, paling best dapat kenal ramai blogger dari serata negeri, dapat banyak ilmu..
10. Kalau tetiba dapat pergi overseas, nak ke mana?
- Jepun, korea
11. Pakai handphone jenis apa?
-  Nokia.
Done ^_^.

Aktiviti hujung minggu

Assalamualaikum.
Tetiba teringin mahu makan pizza, ni sebab tergoogle resepi pizza.. buat terliur ja nampak pizza yang sedap-sedap. Terus ajak adik-adik turun dapur gotong-royong buat pizza, nasib baik diorang nak tolong, apa tidak kalau dah cakap "Siapa ndak tolong tidak kena bagi" hehe..
Toping pizza saya letak sosej, crabstik, cendawan butang, nenas, sayur campur, keju mozarella, puri tomato dan lada hitam..
Kejap ja masak, sedap makan panas-panas. Puas hati dapat makan pizza buatan sendiri.

Pizza hasil kitaorang adik-beradik. Habis makan pizza, tanya adik "kamu mahu buat pizza lagi ka?" serentak jawab, mahu!!!. amboi nanti ja lah ya hihi..

Apa aktiviti korang hujung minggu?

DIY lengan bercuff

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak buat tutorial cara senang nak jahit lengan bercuff. Ini cara orang yang tak ada basic dalam ilmu jahitan ya.. Ini kesinambungan entry baju raya lalu okey jom mula..
Saya guna ni, tak pasti apa pula namanya, kertas gam kot
Mula-mula ukur pergelangan tangan, jangan ketat sangat. Kemudian potong kertas gam tadi, kalau suka lebar boleh besarkan.

Kemudian lekatkan kertas gam tadi pada kain dengan seterika. Jahit separuh ja, bahagian atas tu biarkan untuk cantumkan kain nanti

 Jahit macam ni
Jahit kedut bawah lengan dengan jarum tangan dahulu.
Cantumkan bahagian kertas gam tadi, jahit dengan jarum tangan dahulu baru jahit mesin.. kalau yang dah pro tak ada buat pun macam ni.
Jahit butang

Dah siap pun, harap korang faham lah ya.. Maaf kalau ada tersalah, maklum baru belajar.. Selamat menjahit ^_^.
-Auto publish-





Review Vitamin Shaklee

Assalamualaikum.
Hadiah giveaway hari tu..
Alhamdulilah rezeki saya menang Vita-C Plus Shaklee, tapi belum buka lagi sebab stok vitamin C belum habis makan.
Hari ni saya nak review produk yang dah memang dikenali lama oleh semua iaitu SHAKLEE. Pasti ramai yang tahu kehebatan suplement shaklee kan. Sebelum menang giveaway ni saya dah amalkan set kecantikan Shaklee, saya beli dari pengedar sah daerah Keningau iaitu Kak Nadrah Amat yang sangat mesra orangnya.

 Set kecantikan Shaklee vitamin C, vitamin E dan B-Complex
Saya dah lama tercari-cari suplement apa yang terbaik, sekarang ni memang banyak pilihan produk kecantikan iklan sana-sini kemain.. sampai rambang mata mahu pilih mana satu. Bila dah baca banyak feedback positif tentang produk Shaklee ni hati terus tertarik mahu cuba.. so far Alhamdulilah..
Hasil review setelah 3 minggu amalkan set kecantikan Shaklee:
  • Badan rasa bertenaga biar pun tidur lambat dan bangun awal esok pagi.. tak macam sebelum ni bila bangun ja badan letih, mengantuk dan mata berpasir.
  • Kulit lembab biarpun kurang pakai pelembab.
  • Kulit yang kena aczema pun cepat sembuh
  • bibir lembab dan kurang mengelupas
  • parut jerawat ada kurang sedikit- tengok gambar bawah
sebelum dan selepas 
*sila abaikan tahi lalat yang banyak tu ya..
InsyaAllah akan tetap setia dengan Shaklee ^_^. 






Donut Ball untuk minum petang

Assalamualaikum.
Dah minum petang? Saya sudah, makan donut ball dengan air milo.. Kuih donut ball ni sedap dan lembut, bila makan sampai tak sedar berapa biji masuk dalam mulut hehe.. Resepi saya ambil dari Dayang Jack, terima kasih untuk resepi donut ni..
Makan masa panas-panas lagi sedap, nak resepi scroll bawah.
RESEPI : DONUT BALL
SUMBER : DAYANG JACK
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
2  1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung - tak letak 
1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 cawan air suam (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovallette
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air / susu segar (-/+)
gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung) - saya guna susu cair

Cara-cara :
  1. Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  2. Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  3. Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  4. Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  5. Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.
Lembut dan kurang berminyak.
Selamat mencuba ^_^.

Libster Award - Cik Pelangi

Assalamualaikum..
Cik Pelangi tag saya untuk Libster Award, saya cuba jawab eh..

1. Bantal kesayangan korang warna ape?
- warna pink
2. Kalau hamster kesayangan korang hilang, apa korang buat?
- cari sampai dapat dulu.. kalau tak jumpa beli hamster baru
3. Telefon bimbit impian?
- Samsung Note 3
4.  Korang suka makan petai ke tak?
- suka, sedap buat sambal
5. Subjek kesukaan korang
- dulu masa sekolah suka subjek seni dan geografi
6. Antara ayam, itik dan lembu mana korang suka?*pilih satu je
- lembu
7. Korang teringin benda apa yang akan datang dalam angan-angan korang?
- nak berjaya dan ada bisnes sendiri
8. Benda korang tak suka bila disuruh buat?
- dipaksa buat benda yang kita sendiri tak tahu buat. eh?
9. Kalau korang nampak orang gila, korang buat apa?
- biarkan saja, jangan dikacau.
10. Korang takut cacing atau tak?
 - tak, tapi tak suka bau cacing
11. Makanan kegemaran
- banyak terutama pastri, kek dan makanan bersup.
 done ^_^

Kucing mencuri

Assalamualaikum..
Ni dia kucing mencuri tu, entah bila masa dia ada kat dalam tu.. kasihan lapar. Bila disuruh keluar dan makan semula nasi tu dia tak mahu pula, merajuk lah tu..
 Sayang pula tengok nasi tu, mahu buat apa ya supaya kucing habiskan nasi..
 Terus teringatkan whiskas hehe.. guna whiskas jenis basah yang dalam pek tu kemudian gaul-gaulkan dengan nasi sampai sebati. Letak banyak-banyak sikit bagi sedap.
Bila dah buat macam ni pasti kucing berselera makan.. ^_^.

Hadiah giveaway

Assalamualaikum.

Alhamdulilah rezeki GA kali ni dapat hadiah Cheeable Vita-C Plus Shaklee daripada Giveaway Saya Nak Vitamin Shaklee RM 500. Lama juga lah tak menang hadiah giveaway atau segmen ni.. Rindu pula nak ke pos laju ambil hadiah hehehe.. Apa pun terima kasih banyak-banyak kepada penganjur giveaway dan sponsor hadiah.. moga kalian sentiasa murah rezeki.. Amin.. Vitamin Shaklee ni sangat bagus tau, nanti saya buat review tentang vitamin ni ^_^.

Puding Oreo Lapis Milo

Assalamualaikum.
Panas-panas macam ni tekak pasti mengidam benda-benda yang sejuk dan menyegarkan.. terus terbayangkan jus fresh oren yang ada ais hoho.. Kalau makan puding sejuk pun ok juga, so kali ni saya nak share resepi puding yang dah lama saya nak try tapi asyik tertangguh ja iaitu puding milo lapis oreo..Siapa suka makan oreo angkat tangan.
macam ni lah rupa puding tu, kalau letak banyak oreo lagi sedap tau. Nak tahu resepi jom..
RESEPI : PUDING MILO LAPIS OREO
SUMBER : YATIE MEMORIS
Bahan-bahan : ( Saiz: 8" persegi )
  • 1 bungkus @ 10g Jelly Powder - Serbuk Agar-Agar
  • 750ml Air
  • 160g Gula - Mas ikut Ayu 140g gula
  • 1 tin @ 400g Susu Cair
  • 3/4 cup Serbuk Milo
  • 1 bungkus (137g) Oreo Cookies - patah2kan tp biarkan sandwich 2 lapis
Cara-cara :
  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut.
    Masukkan gula dan masak sehingga gula larut.
    Masukkan susu, kacau sebati sehingga mendidih.
  2. Asingkan 2 cwn ke dlm periuk yg lain dan campurkan milo sehingga sebati.
  3. Tuangkan 1 cwn campuran milo ke dlm acuan.
    Panaskan campuran milo yg separuh lagi dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan kesemua adunan putih tadi.
    Taburkan biskut oreo.
    Apabila permukaan nya mengeras sedikit, tuangkan baki adunan milo tadi.
  4. Biarkan membeku di suhu bilik sebelum masukkan ke dlm petisejuk.
TIPS UNTUK MELAPIS:
  • Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
    Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
  • Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik.
Sekejap ja licin.. 
Selamat mencuba ^_^



Review produk # Relian Mascara

Assalamualaikum.
Femes maskara relian ni kan, sana-sini jual maskara ni.. Saya ja yang ketinggalan, bukan apa saya tak berminat sangat nak cuba mascara relian ni, sebab setia dengan maskara Maybelline. Kalau tak kerana sepupu ( Wani), tak merasalah relian maskara ni.
 The packaging, agak elegan pink-pink gitu.

 Satu maskara dan yang satu fiber. Fiber ni yang buatkan bulu mata jadi panjang dan lebat.
 Dapat lihat perbezaan sebelum dan selepas pakai maskara kan, bulu mata jadi lebat dan panjang. Abaikan lens yang tak sama warna tu.. tak tahu kenapa jadi macam tu, order lens sepasang dan berlainan power tapi warna pula tak sama **.
Sebelah kiri maskara relian, kanan maskara Maybelline.
Hasil review:
Bulu mata jadi panjang dan lebat lepas pakai.
Senang di cuci
Tak tahan lama, terutama fiber tu cepat jatuh, habis hitam bawah mata -_-'
Lebih suka kalau tak letak fiber.. just mascara ja.
Fiber tu bila kena air cepat tanggal.
Kesimpulannya tetap setia pada mascara Maybelline.. Apa pula pendapat korang tentang maskara ni?
Okey till then ^_^.



DIY Kotak serbaguna

Assalamualaikum.
Hari ni mood berDIY pula, saya nak kongsikan cara mudah nak ubahsuai kotak terbuang jadi tempat simpan barang. Banyak kotak kat rumah tu yang timbul mood rajin berDIY, rimas pula tengok sana-sini kotak hehe. Bahan-bahan yang di perlukan sangat lah mudah didapati..(eh macam main masak-masak pula ).

Antara bahan yang diperlukan.. Okey jom mulakan..
 Ukur besar mana kotak yang korang nak kemudian potong dan cantum. Saya buat ala-ala laci dua tingkat, supaya dapat simpan banyak barang.
Lepas siap cantum, bolehlah cantikkan dengan kertas pembalut. Kemudian kemaskan dengan gam plastik pada keseluruhan kotak, ini untuk bagi kotak kita tu tahan jadi kalau kena air atau kotoran senang nak bersihkan.
Peneman merangkap pengacau projek DIY, sibuk ja mau masuk dalam kotak..
Ini pula untuk bahagian laci, ikut kreativiti masing-masing ya.
Dah siap pun boleh lah susun barang-barang korang.. Mudah bukan? Selamat mencuba ^_^.


WW # Jeruk Mangga Asam boi

Assalamualaikum.

Femes jeruk mangga asam boi ni kan, sana-sini gambar jeruk ni, buat orang terliur ja.. Selalu juga buat jeruk mangga campur asam boi ni tapi guna yang dalam serbuk tu macam kat sini .
 1 biji mangga ni tak cukup makan sorang hehe..
 Letak banyak asam boi @ amoi-amoi lagi sedap.. 
Selamat petang ^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain