Followers Tersayang

Telur masak sos

Assalamualaikum..
Selamat malam semua,kat sini baru berhenti hujan, asyik hujan saja tiap petang.. Tempat korang pula macam mana? Bila cuaca sejuk cepat lapar pula hehe.. tapi tak tahu nak masak apa. Buka peti sejuk nampak telur ayam terus terfikir nak masak telur campur sos, inilah menu yang paling senang kan. Semua pun tahu masak resepi ni, takpa saya nak share juga..
RESEPI :  TELUR MASAK SOS
Bahan-bahan :
2 biji telur
1 labu bawang besar - potong 
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah -tumbuk
Sayur campur
Sos cili dan sos tomato
Garam
Serbuk pati ayam
Minyak
Cara-cara:
Panaskan minyak goreng telur, angkat dan ketepikan. Tumiskan bawang merah dan putih, bila naik bau masukkan sayur campur. Kemudian masukkan sos tomato dan sos cili serta bahan perasa. Akhir sekali masukkan bawang besar, kacau sekejap dan angkat, curahkan sos ke atas telur. 
Enak dimakan dengan nasi panas-panas.. Selamat mencuba resepi ringkas ni ^_^.

15 comments:

Fatin Wawa said...

kat rumah saya dari pagi tadi mendung dan hujan.. sedap je tgk telur tu..:D

Aqilah Azmi said...

NYUMMY HUHUHUHU
KAK DILA U'RE A GOOD COOK HUHUHU

Mizz Aiza said...

resipi yang simple, tapi sedap tu.. tiba-tiba pula rasa lapar malam-malam ni..

ezy.fia said...

kat tmpt saye ujan je mnjang..
bile ujan trase laparrrr...

Anonymous said...

sedap..

Cik Puan said...

sesuai sangat lah buat mak2 yang di serang penyakit M macam cik ni...hahhah

Unknown said...

janji sedap makan dengan nasi dan kenyang. hehe

Farra said...

lapar tibe2 dhla tgh2 mlm tgk pic ni..:O

Unknown said...

memang sodap:)

Unknown said...

wahh my fav ni.. lapar pulak tetiba.. aiyakkk.. :D

Affy Afiqah said...

sedap ni...ni nak kena stop blogging dulu ni..kne p mkn ni..ahahhahaha

Invisible Me said...

Menu simple yg senang dan cepat. Paling penting sedap. Hehe

zaiboraizer said...

Sos letak bnyk mne

Unknown said...

Assalamualaikum dear...
Assalamualaikum....
Saya adalah SHAKLEE independent distributor.
Shaklee adalah produk semulajadi tanpa bahan pengawet, kimia & mengubahan genetik. Dr Shaklee merupakan pencipta vitamin pertama dunia.. bole join team kami juga 👭 Menjana income 2,3,4 atau lebih 5 angka sebulan
Segala konsultasi sebelum dan selepas pembelian adalah percuma.
Mari kite ikhtiar bersama SHAKLEE

Konsultasi percuma adalah berkaitan

♡Kesihatan Optimum♡
♡Kesuburan Suami Isteri♡
♡Ibu Hamil♡
♡Berpantang♡
♡Menyusu♡
♡Kurus♡
♡Kecantikan♡
♡Tambah Berat Badan♡
♡Kesihatan Anak♡
♡Cadangan Supplement utk Pelbagai Penyakit♡
♡Set untuk Period Tidak Teratur♡
♡Set untuk Kaum Lelaki♡
♡Collagen♡
♡Vivix (anti aging)♡
♡Advance Joint Health tablet (Sakit sendi dan lutut)♡
♡Vitamin utk kanak2 setahun ke atas♡
♡Vitamin utk kanak2 sekolah♡
♡Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, sle, gaot♡
♡Set kanak kanak (meningkatkan selera makan, iq kanak kanak, sembelit, selsema, imunisasi)♡

Ramai testimoni berjaya boleh dijadikan rujukan.

InshaAllah dengan izin Allah



Jom JANA pendapatan bersama shaklee

012 229 3432

nurfattin ak said...

😃😃 sedap.. 😍😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain