Followers Tersayang

Vaseline pertoleum jelly

Assalamualaikum..
hii
Korang semua mesti tahu apa itu vaseline petroleum jelly kan?
Vaseline merupakan campuran dari minyak mineral,parafin dan lilin mikrokristalin.
seperti yang kita sedia maklum Vaseline peroleum jelly mempunyai banyak manfaat
tak kira lah untuk wanita mahupun lelaki..

*dalam botol besar tue untuk kat rumah dan yang dlm tube untuk bawa jalan2

kali ini saya nak share tentang 10 kebaikan vaseline yang saya sendiri dah cuba.. 
  • Melebat dan memanjangkan buku mata - sapukan sebelum tidur               
  • Membantu mengatasi bibir kering
  • Sebagai pelembab jerawat - ia tidak menyebabkan liang pori tersumbat
  • Gunakan dibahagian siku,lutut,kulit kepala bagi mengekalkan kelembaban
  • Gunakan sebagai lip gloss
  • Makeup remover
  • Mencantikkan kuku
  • Gunakan pada hujung rambut untuk menyembunyikan rambut bercabang
  • Sebagai pelembab untuk kulit kering
  • Sebagai eye primer - sapukan dengan eyeshadow supaya tahan lama

Sebenarnya banyak lagi manfaat vaseline ni,korang boleh search kat youtube @ google..
till then bye :)
Assalamualaikum..

Tudung bawal bersulam

Assalamualaikum.. 
hii 

Cantikkan tudung bawal bersulam.harganya lebih kurang rm20 lebih kot..
Tapi bagi saya,saya lebih suka buat sendiri,boleh design sendiri lagi corak yang kita nak..
hari tue saya ada buat sulaman pada tudung bawal.
saya belajar dari youtube jer..
saya sulam guna teknik bullion stitch untuk bunga dan daun teknik fern leaf. 
jom layan proses menyulam.. 

Bahan2 yang di perlukan

 Start melakar kat kertas dulu

kemudian lukis kat tudung guna water erasable pen

proses menyulam

tadaa nii lah hasilnya yang tak seberapa

sekarang dah ada tudung bawal sulam sendiri
sekian entry untuk kali nii.
bye

Assalamualaikum.

Purederm Botanical choice Ultra hydrating shea butter mask,olive oil

Assalamualaikum
hii

Korang suka tak pakai mask?mestilah kan..
Kali ni saya nak review mask yang sesuai untuk kulit kering.
saya pernah mengalami kulit kering dan mengelupas di bahagian atas dan tengah kening,tepi hidung serta pipi,tapi yang peliknya bahagian lain berminyak pula.
Tak tahu pula apa sebabnya kulit saya jadi begitu L.
Kalau pakai foundation sangatlah buruk hasilnya.bertompok2 dan tak rata.
Kemudian saya try mask ultra hydrating shea mask butter  olive oil dari purederm.
Mask ni brand dari korea.
Mask ni mengandungi shea butter,olive oil dan chamomile yang baik untuk melembabkan kulit.
Tekstur krim cair dan warna hijau serta ada wangi sikit.
Cara pakai boleh guna berus atau jari jer..biarkan selama 15-20 minit terus cuci.
Hasilnya alhamdulilah ..:) 

*pic from google

Hasil review saya:
·         Lepas pakai kulit terasa soft jer dan sejuk
·         Kulit terasa lembab dan bahagian kulit yang kering pun lembab
·         Lusanya saya pakai foundation,tak nampak bertompok2 lagi dan rata.
·         Mask ni kandungannya agak banyak dan boleh pakai sampai 2 kali (lebihan simpan kat peti ais)
saya sangat suka mask dari purederm nii.
Setakat ni saya dah try 4 jenis mask dari brand ni.
Keseluruhannya saya amat berpuas hati.
Nanti nak try pula mask dari brand lain. 

sekian saja untuk kali ini..
Bye

Assalamualaikum.

Lima jenis kulit

Assalamualaikum..
hii
Ada 5 jenis kulit antaranya ;

Kulit normal
_Kulit jenis ini mempnyai tekstur halus,embut dan licin.
_Liang kulit normal
_Kulit tidak terlalu kering dan tidak terlalu berminyak

Kulit berminyak
_Kulit jenis ini berkilat terutama di bahagian zon T(dahi turun ke hidung ke dagu)
_Mempunyai liang pori yang terbuka,besar dan tersumbat
_Kulit ini di sebabkan oleh kelenjar yang menghasilkan sebum yang terlalu banyak
_Lebih cenderung kepada pertumbuhan jerawat

Kulit kering
_Kulit yang cenderung kepada pengelupasan kulit 
_Terdedah kepada kedutan dan garis-garis halus
_Berpunca dari ketidakupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit
_Kekurangan pengeluaran sebum dan kelenjar sebum

Kulit kombinasi
_Kulit yang normal di sesetengah kawasan dan berminyak di kawasan lain (zon T)
_biasanya zon T  berkilat dan kawasan pipi kering
_Kulit yang lebih terdedah kepada bintik hitam

Kulit sensitif
_Kulit yang peka terhadap kemerahan,gatal atau ruam
_Kulit ini cenderung untuk menjadi nipis dan halus dengan liang halus
_Alahan kepada sinaran matahari dan produk kosmetik tertentu
  
kulit korang jenis yang mana satu?
Sekian saja untuk kali ni..

Assalamualaikum..

Penjagaan asas kulit wajah

Assalamualaikum..
hii 

Kecantikan dan wanita memang tak dapat di pisahkan.Wanita mana yang tak suka akan kecantikan,samaada dalaman atau luaran.Info kecantikan yang saya nak kongsikan kali ni ialah dari segi penjagaan asas kulit wajah.
Antara benda2 asas penjagaan kulit wajah ialah:
__pencuci muka
__toner
__krim siang/pelembab
__Krim malam
__skrub


Sure lah kan korang ada benda tue semua..:).Pastikan korang cuci muka dengan cleanser sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengelakkan masalah kulit yang lain timbul,contohnya jerawat,liang pori tersumbat dan sebagainya.pilhlah pencuci muka yang sesuai dengan kulit masing-masing.

 lepas cuci muka,pakai toner.Ramai yang cakap toner tue tak penting,pentinglah korang..toner bertujuan menyempurnakan proses pembersihan wajah yang tak dapat di sempurnakn oleh cleanser.contohnya dekat liang pori-pori tue..kot2 ada yang tersumbat ker.sebaiknya pilihlah toner yang bebas alkohol bagi mengelakkan masalah kulit yang lain timbul.


  Pakai krim  pelembab supaya kulit korang tak kering dan gebu selalu..kalau kulit korang jenis berminyak,perlu pakai pelembab juga tau..carilah pelembab yang oil free.


 Krim malam pula bertujuan mengekalkan kecantikan  kulit,memperbaharui sel2 kulit rosak dan meeremajakan kulit dari dalam.



guna skrub sekali seminggu untuk buang sisa-sisa kulit mati..



 *sumber gambar dari google*

Sekian saja untuk kali ni..
P/s: jangan malas2 jaga kulit wajah yer.. 
bye..

Assalamualaikum..

Cara saya merawat kulit berjerawat

Assalamualaikum..
Hii
Kali ni saya nak berkongsi tentang cara bagaimana saya merawat kulit wajah berjerawat.
Sebelum tuu,saya nak bagi tahu yang saya ni bukan lah perunding kecantikan.sebab saya pun masih lagi tercari2 cara nak mencantikan diri sendiri.Tapi apa pun saya hanya sekadar berkongsi berdasarkan pengalaman saya.
Saya pernah mengalami masalah jerawat yang agak teruk terutama dibahagian pipi masa form 5 dulu.mungkin penyebabnya stress sebab nak spm dan sebab yang pasti sebab selalu tukar produk wajah.saya kerap tukar2 produk wajah,kalau bad result,simpan dan tukar produk lain lagi.Akibatnya muka saya naik jerawat aiyoo..
Nasib baik bukan jerawat batu.Muka saya jadi merah2 terutamanya di bahagian pipi.Maaflah saya takda gambar.Malunya bila nak keluar dengan kawan2,even pakai bedak tebal2 pon tak dapat cover.
Sehinggalah satu hari kawan saya memperkenalkan satu produk yang best.Produk ni bagi saya best sebab dapat mengecutkan jerawat dengan cepat dan mengurangkan parut jerawat. 

                                       *ni lah produk tuu

Berikut adalah tips2 yang saya amalkan;
·         Cuci muka dengan pembersih muka 3 kali sehari (pagi,tengah hari dan malam)
·         Cuci muka dengan air bersih,seelok2nya air bertapis
·         Pilih pencuci muka yang bersifat lembut dan bebas pewangi serta bebas sabun
·         Lap muka guna tuala yang bersih
·         Sentiasa rajin jaga kebersihan contohnya pada cadar,sarung bantal,selimut dan tuala muka.cuci 3 kali seminggu.ini bertujuan supaya mencegah bakteria merebak ke muka.
·         Sentiasa pastikan tangan kita bersih kalau nak sentuh kulit wajah.
·         Tak perlu pakai banyak pelembab,pilih pelembab yang oil free.kadang2 saya hanya pakai krim gamat jer..
·         Sebelah malam saya sapu krim gamat terutama pada jerawat.
·         Kurangkan makanan berminyak.
Sebenarnya ada banyak tips lagi yang lebih menarik dan lebih berkesan bagi menangani masalah jerawat.Tapi tips di atas adalah berdasarkan pengalaman saya jer..harap dapat membantu..:)
Till then bye.

Assalamualaikum..

Shine Up Lipstik Elianto

Shine Up Lipstick from Elianto

Assalamualaikum..
Hii


Kali ini saya nak review satu produk dari Elianto iaitu Shine up lipstick.shine up lipstik ni ada 10 jenis warna.



lipstick ni mengandungi collagen,anti-oxidant,moisturising dan sfp15.hari tu pergi Elianto nak beli warna earthy brown sebab nampak fyna here buat review cantik sangat dan natural gituu..tapi terbeli pula warna cherry blossom. 



Akak elianto tu yang yakinkan saya warna tersebut lagi cantik.sapu kat tangan dan bandingkan kedua warna,cherry blossom nampak lagi terang.akak elianto yang cantik tu yakinkan lagi dan kata kalau sapu kat bibir nampak lebih cantik dan natural.



Oleh kerana 'hasutan' akak tu maka saya pon belilah..hehe.sampai rumah terus try.

Hasil review saya
>warna cantik dan natural bila sapu kat bibir
>ada bau wangi sikit
>tak mengeringkan bibir


jom layan gambar2 ..




*Rupa lipstik



Gambar atas:sebelum pakai
Gambar tengah:selepas pakai
Gambar bawah:selepas pakai with flash
Cantik tak?korang try lah :)


Sampai sini dulu bye.. 



Assalamualaikum..

Kek cawan

Assalamualaikum..
Hii

Korang suka tak kek cawan?opkosslah kan. :p
kek cawan comel kan,dahlah kecil,di tambah pula dengan hiasan krim,fondant dan sebagainya menambahkan lagi kecomelannya.
hari tuu saya ada buat kek cawan,baru belajarlah katakan hehe.cari resepi kat internet jer..nak cari bahan buat kek senang tapi yang susah cari bahan hiasan untuk kek.kat tempat saya ni takda  kedai khusus jual bahan2 kek ni,hmm..:( takpa kita buat jer apa yang ada ngeh ngeh ngeh (pujuk diri sendiri :p)
saya ni taklah pandai sebab tak ada pengalaman buat kek..apa pun silalah layan gambar2 kek cawan hasil kerja saya yang tak seberapa ni..

Elmo

Katak

Sun flower

 nak kena perbaiki lagi skill mendecorate kek ni
tangan pun masi keras lagi nak hias aising ni hehe..
Till then bye..

Assalamualaikum..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain