Followers Tersayang

DIY # Skirt chiffon A line

Assalamualaikum.
Sekarang ni saya lebih suka pakai skirt berbanding jeans kalau nak keluar shopping ke atau ke mana-mana, sebabnya selain selesa masa nak bersiap pun kejap ja. Ok lah petang ni saya nak kongsikan cara nak buat skirt sendiri, selama ni asyik beli ja kan.. apa salahnya cuba buat sendiri. Skirt ni jenis A cut, maknanya taklah kembang sangat macam circle skirt tu. Okey jom mulakan..
Pastikan sediakan bahan jahitan terlebih dahulu:

  • kain sifon 2.5 meter, 
  • Benang biasa
  • Benang elastik
  • Pembaris
  • Kapur jahit
  • Pita pengukur
Pola skirt ni lebih kurang macam ni..


Mula-mula ukur labuh dan lebar skirt korang kemudian tandakan dengan kapur.
Lipat kain menjadi dua bahagian kemudian lipat sekali lagi *err..harap korang faham ye. Ini bertujuan bagi memudahkan proses menggunting nanti. lepas tu boleh lah gunting..
Bila dibuka akan dapat bentuk macam ni untuk dua bahagian, oh ya jangan lupa kain untuk bahagian pinggang ya. Garisan yang berwarna hijau tu cantum dan jahitkan.. manakala garisan putih tu bahagian bawah skirt kena jahit secara berasingan,
Untuk bahagian pinggang pula saya jahit guna benang elastik, kalau nak gantikan dengan getah pun boleh juga. Selesai jahit cantumkan bahagian pinggang dengan skirt.
Dah siap pun skirt kita..
Dah boleh dah pakai jalan-jalan.. Selamat mencuba korang, harap korang dapat faham tutorial ni ya ^_^.










12 comments:

Kathy R'bain said...

wah..cantikla sis...

Khamsi Abdullah said...

Simplenya.. Boleh bukak kedai ni.. jom kritik blog saya - stanzaku

Dilaella Ella said...

@Kathy R'bain tq sis :)

Dilaella Ella said...

@Khamsi Abdullah terima kasih, baru nak belajar menjahit hehe..

ika zulkefli said...

cantik, simple, ika brminat jgak jhit-2 ni tp skirt tak pernah buat lg..:)

Ayu Zan said...

rjin betul awak..bagus ni. baby bump da mula nampak. bole buat skirt yg ssuai,ehehe

Dilaella Ella said...

@Ayu Zan wah mesti comel kan, selamat mencuba ayu :)

Dilaella Ella said...

@ika zulkefli yang penting minat tu, mana tahu nanti ika pandai jahit skirt :)

mirza syazwina said...

tak payah nak beli skirt dah.
seronoknya lahai kalau pandai jahit ni..

ibubahia said...

Assalam..ni guna kain chiffon ape ye? nampak best material dia? xperlu guna lining ke sis?

Anonymous said...

Thanks! Sy dah try buat.... Cantik... Hehe

jirus air said...

thanks share cara buat skirt A line..Saya sekeluarga ambil yg haq sahaja.Dulu kini dan selamanya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain