Followers Tersayang

Resepi Kek chiffon durian

Assalamualaikum..
Entry kali ni saya nak kongsikan resepi kek chiffon durian, dah lama buat baru sekarang nak kongsi resepi (idea menulis ke laut -_-') . Musim durian yang berlambak pun lama dah berlalu, pergi pasar malam saja sana-sini longgokan durian.. Nasib mama kurang baik masa beli durian hari tu, sebab dua longgok durian yang dibeli semuanya buruk.. melayang rm30..hmm sudah nasib.. Okey lah jom kita semak resepi.. resepi saya ambil dari blog Kak Yatie.

RESEPI : KEK CHIFFON DURIAN
SUMBER : YATIE MEMORIES
Bahan A:
150 gram tepung gandum
4 gram baking powder - (ayak tepung bersama baking powder & garam)
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis-Yatie letak 60gm je
6 biji kuning telur - gred B (jika gred A gunakan 4 biji sahaja)
40 gram minyak (jagung / canola / bunga matahari / zaitun dll) -saya pakai minyak sayuran
20ml susu segar
1/2 sudu teh garam

Bahan B:
6 biji putih telur
100 gram gula kastor - boleh kurangkan jika tidak suka manis
1 sudu teh krim tartar
Bahan C:
200 gram isi durian yang dihancurkan / dihaluskan / dikisar
Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175'-180'C.
  2. Pukul telur kuning bersama, gula kastor dan tepung (yang telah diayak) hingga sebati. (Boleh putar pada kelajuan minima selama 1 minit.) Kemudian masukkan minyak dan gaul seketika hingga minyak sebati.
  3. Gunakan bekas lain untuk memutar putih telur, gula kastor dan krim tartar. Putar pada kelajuan maksima dan pastikan bahan menjadi kental.
  4. Masukkan Bahan B yang telah diputar tadi sebanyak 1/3 bahagian dan gaul dengan Bahan A hingga sebati. Kemudian tambahkan lagi 2/3 bahagian selebihnya dan terus gaul hingga sekata.
  5. Jangan lupa masukkan dan gaul sebati Bahan C , isi durian yang telah dihancurkan ke dalam adunan tadi.
  6. Tin pembakar chiffon (chiffon cake mould) tidak perlu dilenser (ungreased) dengan minyak atau dialas dengan kertas. Tuangkan sahaja bahan adunan ke dalamnya.
  7. Bakar di dalam ketuhar bersuhu 175' - 180'C selama 30-35 minit. (Tahap kepanasan sesebuah oven / ketuhar biasanya bergantung kepada jenis, penggunaan bahan api samasa gas atau elektrik)
  8. Untuk mengetahui isi kek telah masak atau sebaliknya, gunakan penyucuk (oleh kerana kek chiffon naik menggebu), eloklah gunakan penyucuk yang panjang seperti penyucuk lidi sate untuk memastikan keadaan sebenar kek. Jika lidi dalam keadaan bersih bermakna kek telah masak sepenuhnya. 
  9. Keluarkan kek dari oven dan telungkupkan tin pembakar chiffon (bersama isinya) sehingga sejuk.
    Gunakan spatula untuk menyisip bahagian tepi tin pembakar untuk memudahkan kek tanggal dengan sempurna.
 Kek ni lembut sangat dan cepat habis hehe.. Boleh lah cuba nanti ya.
Terima kasih sudi baca ^_^
-Auto post-

Tempahan jahitan

Assalamualaikum.
Bulan ni saya dapat tempahan jahitan daripada makcik untuk majlis perkahwinan, 5 pasang dress semuanya.. alhamdulilah rezeki.. hujung tahun ni biasanya banyak orang naik pelamin kan, di kampung ni saja pun banyak jemputan kenduri kahwin hehe. Jom jamu mata hasil jahitan saya yang tak seberapa ni.
 dress serba biru dari saiz kecil sampai lah besar
 simple design
dress kain sifon dengan satin
hiasan saya letak lace, bunga kain dengan manik pearl.. simple saja.
Alhamdulilah siap tepat pada masanya, terima kasih kepada makcik Salbiah yang sudi menempah jahitan dari saya. Nampaknya banyak lagi yang saya kena belajar dalam ilmu jahitan ni.. moga dipermudahkan amin..
Terima kasih sudi baca ^_^.
-Auto post

Majlis bersanding Armi & Nadia

Assalamualaikum.
Part kedua untuk majlis perkahwinan adik ipar. Majlis bersanding diadakan pada 26.9.2015, seminggu sebelum tu majlis nikah dah diadakan di tempat pengantin perempuan di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan bersanding di dewan Wisma Pertanian pada 20.9.2015.. saya dan en.suami tak sempat pergi sebab suami tak dapat cuti. Majlis bermula seawal jam 8 pagi dan bersanding jam 11.
Serba kuning mustard kami suami isteri.. dress dan shawl tu jahit sendiri..
Jom tengok gambar sekitar majlis
Serba peach pink (tak pasti pink apa sebenarnya hehe) pengantin

 antara tetamu yang datang memeriahkan majlis, kami dating di meja hujung sambil makan langsat
sebelah pengantin tu bucuk (adik bongus mak mertua ) en.suami
Pengantin baru diapit oleh pengantin lama.. perasan sekejap bila ada beberapa tetamu yang menyangka kami ni pengantin haha..
Apapun buat moga kedua pengantin kekal bahagia hingga ke jannah insya Allah..
Terima kasih sudi baca ^_^
P/s : mood berblog ke laut..-_-' 
     - auto post
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain