Assalamualaikum.
Hii.
Saya nak kongsikan satu resepi yang sangat mudah iaitu puding roti.resepi kredit to Potret Kasih.puding roti ni tak mengunakan serbuk agar-agar.jom start..
Bahan-bahan:
- 6 keping roti
- 2 biji telur
- 1 1/4 cawan susu cair
- 1 sudu makan butter
- 3 sudu makan gula
- 1/2 sudu makan esen vanila
- sedikit kismis untuk tabur
Cara-cara:
- Kacau sebati telur,esen vanilla,gula dan susu cair.
- Roti di potong dadu termasuk kulitnya kemudian di susun dalam acuan pembakar.
- Kemudian tuang adunan susu ke dalam roti yang telah di susun.
- Tabur kismis dan butter ke dalam adunan roti tadi.
- Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit.
Enak di makan sejuk ..
Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca :).
Assalamualaikum.
11 comments:
simplenya! saya pun tgh planning nak buat bread pudding! ;)
Bestnyaa.. lama nina tak buat puding roti nie.. kt sini xd pembakar. Pengukus jea ada. Huuu
simple je kan,try lah buat nti :)
resepi ni kalau kukus pun boleh :)
Wa.. weeend ni takde kelas, bolehla buat. Thanks konsi resepi yg yummy ni. Pasti anak2 n suami suka :)
Bolehlah cuba nanti utk family :)
nanti nak try buat lah. hehehe.
nanti nak try buat lah. hehehe.
nyummm mcm sedap. tp rupa dia lebih kurg puding caramel. erk tak masuk tekak hahaa
ini resep makanan yg bagus yah
ijin save yag
terima kasih
mak hana pernah buat.. sedap. tapi xda plak krim2 susu tu.huhu
Post a Comment