Followers Tersayang

Aczema

Assalamualaikum.
Hii.
Korang pernah tak kena aczema?Baru-baru ni saya kena aczema di kaki.Gatal sangat tak tahan,asyik menggaru punya pasal habis luka kulit kaki dan bila menggaru,kesan gatal bukan hilang malah makin bertambah pula.Lebih parah kulit kaki timbul kawasan berair dan nanah serta kawasan luka makin merebak.Nak jalan pun susah sebab dah merebak ke tapak kaki.Dah banyak ubat sapu saya cuba tapi satu pun tak berkesan.Tak ada cara lain selain jumpa doktor.Doktor bagi suntikan dan ubat serta krim sapu.Doktor tu pun senyum jer sebab dia pun baru sembuh dari aczema hehe..
Jom kita berkenalan secara ringkas apa itu aczema.
Apa itu aczema?
Aczema merupakan penyakit kulit yang biasa dialami oleh bayi namun orang dewasa juga ada menghidapi penyakit ini.Aczema juga dikenali sebagai dermatis atopik atau aczema atopik.
Aczema merupakan keradangan pada kulit seperti kemerahan,kulit kering,gatal-gatal dan boleh menyebabkan luka.Selalunya kawasan yang selalu terkena aczema ni di muka,leher,kawasan pergelangan kaki,tangan,kepala,siku dan lutut.
Aczema pada bayi.Gambar dari google.

Aczema pada orang dewasa.Gambar dari google.
Faktor
Faktor genetik.
Punca sebenar aczema ni tidak diketahui tapi faktor lain yang menyebabkan aczema berpunca dari bahan-bahan yang bersentuhan dengan kulit seperti sabun,kosmetik,pakaian,alam sekitar contohnya habuk dan sebagainya.
Tips mengubati aczema
Sentiasa pastikan persekitaran bersih terutama kawasan rumah.
Elakkan dari menggunakan sabun yang tinggi bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi kulit.
Gunakan pakaian yang longgar dan fabrik yang selesa seperti kapas.
Elakkan dari memakan makanan yang boleh menyebabkan gatal contohnya kacang,susu,telur.
Sentiasa jaga kebersihan diri contohnya,pastikan kuku sentiasa pendek ,guna selimut dan cadar yang bersih.
Elakkan dari terkena air terlalu kerap,jika perlu pakai sarung tangan dan sebagainya.

Sebenarnya aczema ni tak berjangkit,tapi mengundang ketidakselesaan terhadap pesakit.Alhamdulilah sekarang kaki dah beransur pulih,tapi kaki dah tak cantik lagi -_-'.Malu nak letak gambar.

Till then bye..
Terima kasih sudi baca.
Assalamualaikum.

6 comments:

Nuriesya Nadia said...

Bf kita pon baru je kene Aczema ni.
Kesian tengok. Asyik menggaru je.
Time dating pon garu. Ggrrrr. HAHAHA

shu said...

takut! moga cpt sembuh Dilla :)

DilaElla said...

Nuriesya >Bahaya kalau dibiarkan lama Aczema ni,nanti kulit tak cantik sebab asyik menggaru je. hehe

Shu >
Thanks Shu,:)

Sura Mohd said...

smoga cepat sembuh..makan n sapu ubat betul2..lepas ni amik Vit c..bg kulit tu cepat cantik semula.. :)

DilaElla said...

Sura Mohd >Thanks kak Sura,nanti nak cuba mkn vit c lah. :)

Mizz Aiza said...

anak sedara akak pun kena ezema ni.. alhamdulillah skrg dia dah sembuh.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain