Followers Tersayang

Gula-gula kesukaan zaman kanak-kanak

Assalamualaikum.
Masih ingatkah makanan ringan yang popular zaman kanak-kanak korang? Nak cerita sikit pasal gula-gula yang menjadi kesukaan saya masa kanak-kanak, dan rasanya masih ada dijual lagi sehingga sekarang.. Budak-budak dan makanan manis memang tak dapat dipisahkan kan.. *semua gambar dicedok dari google*
Inilah gula-gula yang paling saya suka, rasanya masih ada jual lagi. Ini digelar gula-gula susu..paling suka makan bahagian yang seperti plastik hehe. Sebiji dua memang tak cukup kalau makan gula-gula ni..
Yang ni kawan panggil gula-gula udang sebab pembalut gula-gula ni ada gambar udang..tapi tak ada rasa udang pun hehe..
Yang ni dulu harga 10 sen sekarang dah naik 20 sen. Gula-gula ni paling lama nak habis kalau makan.. Kalau beli mesti nak cari pembalut yang berlainan padahal semua sama saja.
Gula-gula yang boleh buatkan lidah jadi warna-warni, di panggil gula-gula hantu..takut woo hehe..macam-macam nama kan..
Suka makan gula-gula getah ni, kalau beli mesti cari yang banyak warna merah konon-konon nak buat gincu hehe..
Sebenarnya ada banyak lagi jenis gula-gula zaman kanak-kanak dulu, tapi tak semua pula gambar ada di google. Korang pula suka gula-gula yang mana zaman kanak-kanak? ^_^
P/S : Rindunya zaman kanak-kanak dulu..

23 comments:

nita said...

akak suke semuanya... :P

Aniq Bukhary said...

Paling sedap gula2 yg first tu.. boleh makan sekali ngn plastik.. Hehe. Skg rasanya xda sda.. Teringat zaman budak2 dulu.. :(

Niena Reen said...

semua yg sis sebut tu, semua sy suka. hehehe. zaman saya masih dengan gula-gula tu semua. budak zaman sekarang, ada lagi tak ya yg makan gula-gula macam kita makan? :)

kwn ucu said...

Dulu2 kalau mak p kedai mesti beli gula2 udang tu.

Sally Samsaiman said...

semua yg kat atas tu sally makan..tp paling suka yg rabbit tu...

Lieya Von Jay said...

semua di atas tu kegemaran kak jugak :)

shu said...

sy pun suka semua especially gula2 arnab dgn udang..aritu p kedai borong jmp lg gula2 ni..nnt nk borong..lg sy suka gula2 dlm 1 kotak bntuk love kaler oren dgn gula2 susu ada gmbar lembu depan dia..

Illya LeYa said...

semua best dan penah makan..

sinuha said...

sama-sama *angkat tangan*. Saya suka yang gula-gula arnab tuu!

Affy Afiqah said...

semua gula2 tu memang ika pernah makan, tapi ika tak minat gula2 udang haha
yang lain semua suka :)

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

semua gula-gula tu akak suka makan.. :D

farhana effa said...

salam perkenalan...
wahhh teringat zaman kanak-kanak dl!!! hehe

jemput visit my blog & follow me back :)
http://wwweffafarhana.blogspot.com/

mirza syazwina said...

alamak,sama la kite suke gula2 tu jugak! ^_^

Nao Mei said...

wah cik akak pun suka juga gula2 nie..hihi

adik sekarang pun masih ada lagi kat sarawak nie..:)

ezyra daniel said...

pernah makan semua nye..tapi paling suka yg gula2 susu tu haha

Nur Kamsinah said...

semua pernah makan :)

Fais-SKA said...

he3 =) teringat zaman kecil2 dlu..mmg gula2 ni semua tersenarai la dlam kepala utk beli..pasti akan beli juga sehari even 1 jenis je

Nur Khairiah Irwanie said...

sy suke gambr yg kedua n yg last skali tu..rindu zaman kanak2..huhu

Norhasniza Khalid said...

gula-gula zaman mama kecik..

Teena Tna said...

Aah, sume gula2 ni sy pernah makan, skang macam dah tak jumpa gula2 ni. Selepas balik sekolah mesti rasa nak kunyah2...

Hafiza AizZawa said...

fiza suke sume.. tp dulu2 nk beli jenuh mintak duit ngn mak..huhu

Time Traveller said...

teringat dulu kecik2 suka makan.. :D
mana nak dpt ek sekarang nie ..

Budak Nerd said...

suka semua gula gula tu.. but gula gula yang first tu jer tak pernah makan.. yang lain semua .. dah pernah makan... memang favourite ... but semenjak dah menjadi besar ni (walaupun tak seberapa nak besar la) ..
dah jarang nak makan gula gula ni semua.. rindu betul dengan gula gula ni semua.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain