Followers Tersayang

DIY #Bunga tangan

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsikan diy bunga tangan khas buat b2b.. Masa kahwin hari tu saya buat sendiri bunga tangan, ada tiga semuanya untuk nikah, berbedak dan sanding. Bunga tangan ni saya buat ni saya pakai masa majlis berbedak.. Okey jom mulakan, bahan yang diperlukan riben satin, gam pistol, kain organza, polisterin bulat dan panjang, lidi sate, manik pearl, dan dawai bunga.
Ukur riben satin 40cm, kemudian lipat dan penitikan seperti gambar di atas.
 untuk tutorial bunga boleh tengok kat SINI
 lepas dah siap bunga, hiaskan dengan kain organza
 potong polisterin bulat kemudian susun bunga dan lekatkan dengan gam pistol. susun ikut kreativiti masing-masing ya.
 Ambil manik pearl dan pintalkan dengan dawai.
 polisterin panjang ni untuk tangkai/ pemegang bunga tangan ya.
 cucukkan lidi sate untuk kuatkan polistrin, kemudian cantumkan dengan polistrin bulat tadi guna gam pistol.
Dah siap kemaskan dengan ribon satin dan kain organza.

Untuk bagi comel sikit, korang tambahlah eksesori sikit..
Inilah hasilnya.. moga tutorial ni sedikit-sebanyak dapat membantu para b2b kat luar sana.. selamat berdiy semua ^_^.
P/s : kalau ada b2b yang berminat nak sewa bunga tangan ni, boleh emelkan kat saya ya.. dila_ella@ymail.com.

7 comments:

Normi Nieza said...

kreatifnya dila..:)

PeRdU cINta said...

Jimatkan...

Mardiah Diana said...

salam singgah sini dik...cantiknya...


Selamat Hari Raya dari akak....Maaf zahir batin..

Cik Kumbang said...

Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ni kalau nak ber DIY hehe

Cik Kumbang said...

Memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ni kalau nak ber DIY hehe

Bbwana adienia said...

wah..comelnya dilla buat..cantik betul oh..kreatif..bleh ni nanti kalau wana kawen..wink..wink..hihi

aeinna Musa said...

Cantekkkknya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain