Followers Tersayang

Durian belanda dan khasiatnya

Assalamualaikum..
 
Pasti ramai yang tahu buah ni kan, banyak tumbuh liar di sekitar kampung. Kalau di tempat saya di panggil buah lampun. Dulu pokok durian belanda ni banyak tumbuh di kawasan rumah, kalau tak silap ada 4 pokok. Di situlah tempat kami sekawan main, siap panjat lagi tau.
Daun buah ni kami buat duit, nilainya ikut ukuran daun tersebut makin besar maka tinggi lah nilai duit tu, manakala daun muda kami buat sayur.. oh rindunya zaman kanak-kanak..
Dulu kecil-kecil bukan main lagi suka makan buah ni, makan dengan garam + lada + kicap memang sedap.. Tapi sekarang jarang dah nampak pokok ni, di rumah pun tinggal 1 pokok saja lagi.. jarang berbuah pula tu.
Durian belanda ni banyak khasiat dan keggunaannya, antaranya:
 
Kurangkan sakit gigi 
Akar pokok ni dapat kurangkan sakit @ bengkak gusi tau, caranya ambil akar, bersihkan kemudian direbus bersama garam sehingga mendidih. Bila dah suam-suam kuku barulah berkumur.. jangan telan tau. InsyAllah dapat kurangkan sakit gigi.
Melawaskan kencing
Ni memang terbukti, kat rumah mama ada beli jus durian belanda (dalam gambar), lepas minum memang akan kerap ke tandas.. maknanya sesuai untuk yang menghidapi penyakit batu karang.
Sedap di goreng.
Buah durian belanda yang masih mentah sedap kalau di celup tepung kemudian goreng, macam kuih buah sukun rasanya.
Boleh mengubati kanser.
Ni saya terbaca dalam internet, durian belanda ni dapat menyerang sel kanser secara semulajadi. Tak pasti betul atau tak, tapi tak salah cuba amalkan lagi pun buah selamat dan tiada bahan kimia.

 
Boleh buat dibuat teh
Daun durian belanda yang dah dikeringkan boleh di buat teh, dan kalau di amalkan dapat mengubati beberapa jenis penyakit seperti kencing manis dan sebagainya.
Banyak lagi sebenarnya khasiat durian belanda ni, korang google ja.. jom amalkan makan buah-buahan, terutamanya buah-buahan tempatan..
Terima kasih sudi baca ^_^.

5 comments:

Murniwati Awang said...

ms akak kecik2 dlu pon gtu..ada 2 pokok tepi rumah..pokok kecik jer tp rajin berbuah dan besar2 buahnya..kami jarang makan sebab bnyak sgt..selalu gugur mcm tu jer..loni pokok dah takda..baru terliur nak mkn..huhuhu..baru tahu rupanya buah ni byk khasiat & anti kanser..(maaf pjg lebar komennyer)

PeRdU cINta said...

Wah banyak manfaatnya..selalu beli jus saja..

Normi Nieza said...

good sharing

YUS said...

Assalamualaikum Dila,

Dulu kat rumah, buahnya smpai busuk2 tak termakan.. tapi skang mmg susah nak dapat.

Teena Tna said...

masa puasa haritu saya suka mkn jus durian belanda. soodap!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain