Followers Tersayang

DIY Masquerade mask

Assalamualaikum.
DIY kali ni saya nak kongsikan cara buat topeng dengan menggunakan gam panas. Alkisahnya adik ada dinner untuk tingkatan 6, tema mereka adalah topeng.. mulanya nak beli ja tapi nanti tersama pula dengan kawan-kawan adik yang lain tak bestlah pula kan.. gigih lah menggoogle dan buka youtube akhirnya jumpa tutorial yang senang lagipun semua bahan dah ada. Okey tak mau panjang-panjang kan cerita jom kita mulakan.
Pertama sekali kena lukis dulu design topeng yang kita mahu..
Lepas tu lapiskan dengan plastik di atas kertas lukisan tadi diikuti dengan kain net di atas plastik. (err faham tak?) Kemudian bolehlah corakkan dengan gam panas mengikut lukisan tadi tu. Hati-hati tau sebab panas. Agak mencabar juga melakar dengan gam panas ni, sampai dua kali tukar design sebab tersalah saiz.
Dah siap perlahan-lahan pisahkan kain net daripada plastik.
Dah siap warnakan dengan cat spray, saya pilih warna hitam. Kalau korang nak lebih cantik boleh tambahkan batu bling-bling. Tali kan dengan riben..
Ini lah hasilnya bila dah siap.. gembira si adik bila topengnya dah siap hehe.. Alhamdulilah..Selamat mencuba .
Terima kasih sudi baca ^_^

4 comments:

Bbwana adienia said...

wow...cantik betul dan kreatif pula kan bila buat sendiri..jadi unik sikit..lain dari yang lain..tapi, memang lawa la topeng tu..

Mizz Aiza said...

Wah.. Kreatifnya dila..

Kathy R'bain said...

kreatif la sis..

ieyra h. said...

creative nye awak! never thought of doing a mask from hot glue. Ada masa nak buat jugak la. Hehe
ieyra h. | blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain