Followers Tersayang

Sambal terung ala peranakan

Assalamualaikum.
Saya memang suka makan semua jenis sambal, tak kisah lah sambal petai ka, sambal bilis, sambal sotong dan sebagainya. Kalau makan nasi dengan sambal mesti siap tambah nasi sepinggan hihi. Jadi kali ni saya nak kongsikan satu resepi kegemaran iaitu sambal terung, siapa suka makan sambal terung kita geng hihi.. 
 Selalu masak campak-campak ja, kali ni cuba resepi dari  CMG pula, memang sedap ala peranakan baba nyonya gitu.. Okey jom semak resepi.
RESEPI : SAMBAL TERUNG ALA PERANAKAN
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
2 biji terung biru panjang
1 batang serai, dititik
1/4 cawan jus asam jawa
Gula dan garam secukup rasa

Bahan tumbuk halus :
6 biji cili merah
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1 camca besar, udang kering, rendam dan toskan
1/2 inci belacan
1/3 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Terung dibuang sedikit kulitnya, hiris serong dan rendam dalam air bergaram. Serai dititik. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam, terung tadi ditoskan dan lap kering dengan paper towel, tabur sedikit garam gaul rata dan goreng hingga lembut sedikit, angkat, tos dan susun atas beberapa helai paper towel. Biar minyak terserap.
  3. Cedok keluar minyak dan tinggalkan untuk memasak sambal. Masukkan bahan tumbuk halus dan serai titik, tumis hingga garing, masuk jus asam jawa kacau dan tambah garam secukup rasa serta gula. Masak dengan api sederhana hingga sambal terbit minyak. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  4. Sususn terung tadi dalam pinggan sesuai, sudukan sambal atas terung dan ratakan. Hidangkan segera bersama nasi hangat...hmm i likeee!!... - saya gaulkan terus terung dengan sambal tu.
Selamat mencuba ^_^.

Cpuv lagi..

Assalamualaikum..
Nuffnang sekarang memang baik hati, ramai yang dapat BE/CPUV bertingkat-tingkat bestnya kan..
Alhamdulilah.. saya pun ada juga lah dapat sikit, tulah siapa suruh jarang update blog hihi.. Sekarang ni kesihatan tak berapa ok, mood berblog pun kurang, doakan saya cepat sembuh ya.. Mana-mana blog yang saya tak sempat blogwalking minta maaf ya, nanti bila semuanya ok InsyaAllah saya akan terjah kat blog korang ya.. 
^_^ 

Cashout Nuffnang

Assalamualaikum.
Baru ada masa buka blog kesayangan ni, korang yang masih sudi jenguk blog ni terima kasih di ucapkan ^_^. Sekarang ni agak sibuk buat dengan kerja membiskut, buat sikit-sikit ja.. ni pun sebab ada yang nak hehe.. Berbalik pada tajuk entry saya dah cashout nuffnang, gatal ja tangan nak tekan butang cashout tu hihi..


Jumlah tak lah banyak  mana pun, alhamdulilah dengan rezeki yang diberikan dapat juga merasa hasil berblog ni. 8 share pun dah cashout baru-baru ni, churpchurp nanti-nanti ja lah tunggu sampai cecah ribu-ribu hehe tak ada lah.. ^_^.
 Sedih bila tengok baki tinggal rm0.00, tapi jadi gembira balik sebab nampak 4 CPUV baru tengah on going.. Alhamdulilah terima kasih Nuffnang yang baik hati, pasti korang pun dapat juga kan ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain