Followers Tersayang

DIY Sarung Tangan Ketuhar

Assalamualaikum.
Hii. 
DIY kali ni adalah sarung tangan ketuhar.Teringat pula masa form 3 dulu,cikgu KH suruh jahit sarung tangan..tapi suruh mama kita yang buat sebab tak pandai guna mesin jahit lagi..kang terjahit tangan pula ish ish..
Okey berbalik pula pada cerita DIY kita,sebenarnya tak susah pun nak buat.Memandangkan sarung tangan di dapur dah koyak maka timbullah idea dan kerajinan nak berDIY ni..jimat lah juga sikit hehe..Jom mulakan..
 Bahan-bahan yang diperlukan..
Sebelum memulakan proses jahitan,susun kain dengan span seperti gambar di atas,lepas tu penitikan supaya kain tak lari.saya buat dua pasang sarung tangan jadi dapat 4 keping.
Lukis garisan seperti di atas,terpulang nak buat corak macam mana pun zig zag ke bulat-buat pun boleh.Lepas siap lukis barulah jahit.
Ambil dua keping span yang telah kita jahit tadi tekapkan pola tangan korang. dan lukis..pola tu buat saiz besar sikit dari tangan,takut tak muat nanti...penitikan kemudian jahit ikut garisan tangan tu..akhir sekali jahit bias tape untuk lebih kemas.
.
.
.
.
.
.
.
.
 Tadaa dah siap..senang kan ^_^.Selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca ^_^.
Assalamualaikum.

Wordless Wednesday #02 kucing

Assalamualaikum.
Hii.
Cari-cari anak kucing,rupanya sembunyi dalam sabut kelapa..^_^
yang seekor ni pula mengantuk..
^_^

DIY Peplum

Assalamualaikum.
Hii.
Hari tu saya ada bagi tahu nak buat tutorial baju peplum kan..hari ni saya tunjukkan..Saya guna kain lyrca,sebab kain ni senang nak jahit dan tak payah letak zip.okey jom start..
Beginilah cara budak baru belajar menyukat dan potong baju,sila jangan ikut hehe kalau nak gunting lebihkan sedikit untuk basi..kalau boleh buat pola dulu baru senang..
Selesai ukur dan gunting,beginilah hasilnya..Untuk skirt tu,saya buat bahagian belakang panjang sedikit dari depan..saja nak cuba-cuba sebab peplum yang saya buat sebelum ni full circle..
Mulakan proses menjahit dengan jahit bahagian leher dulu,guna jarum peniti untuk memudahkan proses menjahit..untuk bahagian lengan dekat bahu tu saya jahit guna benang elastik dahulu untuk bagi kembung dekat bahu.kemudian jahit bahagian bawah lengan dan tepi badan baju dulu..baru cantumkan.
Dah siap bahagian baju,lepas tu cantumkan skirt pula..sebelum tu jahit bahagian tepi skirt dulu ya.Kemaskan mana-mana yang patut,jahit tepi ka..
Dah siap..Maaflah kalau ada yang tak faham tuto saya ni,sebab saya memang takda basic dalam jahitan..:( Belajar pun dari internet ja..tak salah kan saya kongsikan ilmu yang saya dapat.. :)
Terima kasih sudi baca ^_^
Assalamualaikum.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain