Followers Tersayang

Purederm Botanical choice Ultra hydrating shea butter mask,olive oil

Assalamualaikum
hii

Korang suka tak pakai mask?mestilah kan..
Kali ni saya nak review mask yang sesuai untuk kulit kering.
saya pernah mengalami kulit kering dan mengelupas di bahagian atas dan tengah kening,tepi hidung serta pipi,tapi yang peliknya bahagian lain berminyak pula.
Tak tahu pula apa sebabnya kulit saya jadi begitu L.
Kalau pakai foundation sangatlah buruk hasilnya.bertompok2 dan tak rata.
Kemudian saya try mask ultra hydrating shea mask butter  olive oil dari purederm.
Mask ni brand dari korea.
Mask ni mengandungi shea butter,olive oil dan chamomile yang baik untuk melembabkan kulit.
Tekstur krim cair dan warna hijau serta ada wangi sikit.
Cara pakai boleh guna berus atau jari jer..biarkan selama 15-20 minit terus cuci.
Hasilnya alhamdulilah ..:) 

*pic from google

Hasil review saya:
·         Lepas pakai kulit terasa soft jer dan sejuk
·         Kulit terasa lembab dan bahagian kulit yang kering pun lembab
·         Lusanya saya pakai foundation,tak nampak bertompok2 lagi dan rata.
·         Mask ni kandungannya agak banyak dan boleh pakai sampai 2 kali (lebihan simpan kat peti ais)
saya sangat suka mask dari purederm nii.
Setakat ni saya dah try 4 jenis mask dari brand ni.
Keseluruhannya saya amat berpuas hati.
Nanti nak try pula mask dari brand lain. 

sekian saja untuk kali ini..
Bye

Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain