Assalamualaikum.
Siapa yang tak suka barang free kan, walaupun barang tu hanyalah free sample. Saya memang suka isi mana-mana yang tawarkan sample free ni, tapi satu ja masalah iaitu peti surat, kan barang sample free tu dihantar guna pos biasa.. kalau guna alamat kampung ni sikit kadang-kadang barang tu tak sampai, kalau sampai pun dah dibuka hmm.
Nasib baik Mr.F sudi pinjamkan alamat, kumpul banyak-banyak barang sample free lepas tu pos sekali guna pos laju hehe terima kasih ya. Ni lah harta karun yang saya dapat kelmarin hehe.. dalam kotak ni ada sample free, pemberian rakan blogger dan coklat hehe.
Sample free yang dah dikumpul setakat ni, susu anmum tu tak tahu nak bagi siapa, saya paling suka kalau dapat beauty stuff. Korang yang nak sample free boleh ke website ni Only beauty , Malaysia freebies, Hokangtao. ^_^


