Followers Tersayang

Churpchurp

Assalamualaikum.
Hii.
Pasti ramai yang join churpchurp kan.Alhamdulilah setelah 4 bulan join churpchurp ni,sampai juga target dah boleh cashout,walaupun tak banyak mana pun yang saya dapat..terima kasih pada yang sudi klik iklan saya..
berfikir nak cahsout ke tak ataupun biarkan dahulu..
Bagi yang belum daftar churpchurp bolehlah daftar kat sini.kalau korang klik iklan saya nanti tinggalkan jejak kat c.box nanti saya akan klik balik iklan korang..sama-samalah tolong-menolong menambah earning ^_^.Assalamualaikum..


Karipap Kentang

Assalamualaikum.
Hii.
Sudah minum petang?kalau minum teh tarik dengan karipap mesti sedap kan..kuih ni merupakan salah satu kuih kegemaran saya..pasti ramai yang suka karipap juga kan ^_^.karipap ni kita boleh pelbagaikan inti sama ada nak letak ayam, daging, sardin atau kelapa dan sebagainya.kali ni saya nak share resepi karipap inti kentang yang sangat mudah disediakan..bolehlah masak untuk hidangan minum petang nanti..
RESEPI : KARIPAP KENTANG 
Bahan-bahan: untuk doh
1/2 kg tepung gandum
sedikit majerin
2 sudu minyak masak
air - dicampur sedikit garam dan gula 
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan,air tu agak-agak ya jangan terlebih pula..uli sampai jadi doh.
Untuk inti:
Kentang -dipotong dadu
Sedikit isi ayam tanpa tulang 
Bawang merah *
Bawang putih *
Bawang besar * (*dihiris)
Serbuk rempah kari - dicampur sedikit air
Garam & gula
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara;
Panaskan minyak,tumiskan semua bawang hingga naik bau kemudian masukkan serbuk rempah kari..gaulkan hingga pecah minyak.masukkan isi ayam..selepas itu masukkan kentang dan bahan perasa, gaul sehingga kentang masak.
Biarkan kentang sejuk sedikit baru intikan dalam doh..guna acuan je supaya cepat^^.
 Dah siap boleh lah goreng
Karipap enak dimakan panas-panas.Selamat mencuba ^_^
Assalamualaikum

Khasiat Barli

Assalamualaikum.
Hii.
 pokok barli google
Hari ni kita nak kaji sikit tentang khasiat-khasiat barli.Pasti ramai yang suka barli kan,barli boleh di buat minuman,bubur dan sebagainya.Pokok barli seakan-akan pokok gandum.Barli ni kaya dengan pelbagai khasiat pemakanan seperti fiber , vitamin dan mineral penting (Vitamin B3), thiamine ( Vitamin B1), selenium, iron, magnesium, zinc, phosphorus, copper dan niacin) serta sedikit lemak dan tidak mengandungi kolesterol seperti lain-lain bijirin.--->google
Antara khasiat barli untuk kesihatan ialah:--->sumber google
  • Asid propionik dan beta glukan dari serat yang tak larut membantu mengurangkan kolesterol dan menghalang pembentukan batu karang.
  • Dengan meminum air barli dikatakan dapat menyejukkan badan.
  • Barli mampu mencegah penyakit kanser kulit dan payudara serta menjaga kesihatan jantung kerana barli kaya dengan anti oksidan dan vitamin E.
  • barli juga dikesan boleh membantu merendahkan kolesterol, meredakan sembelit dan mencegah penyakit kanser.
  • Barli juga baik untuk kesihatan usus kita.

Banyak rupanya khasiat barli ni kan..jom minum air barli ^_^

barli segera saja hehe.
Assalamualaikum.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain