Followers Tersayang

Karipap Kentang

Assalamualaikum.
Hii.
Sudah minum petang?kalau minum teh tarik dengan karipap mesti sedap kan..kuih ni merupakan salah satu kuih kegemaran saya..pasti ramai yang suka karipap juga kan ^_^.karipap ni kita boleh pelbagaikan inti sama ada nak letak ayam, daging, sardin atau kelapa dan sebagainya.kali ni saya nak share resepi karipap inti kentang yang sangat mudah disediakan..bolehlah masak untuk hidangan minum petang nanti..
RESEPI : KARIPAP KENTANG 
Bahan-bahan: untuk doh
1/2 kg tepung gandum
sedikit majerin
2 sudu minyak masak
air - dicampur sedikit garam dan gula 
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan,air tu agak-agak ya jangan terlebih pula..uli sampai jadi doh.
Untuk inti:
Kentang -dipotong dadu
Sedikit isi ayam tanpa tulang 
Bawang merah *
Bawang putih *
Bawang besar * (*dihiris)
Serbuk rempah kari - dicampur sedikit air
Garam & gula
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara;
Panaskan minyak,tumiskan semua bawang hingga naik bau kemudian masukkan serbuk rempah kari..gaulkan hingga pecah minyak.masukkan isi ayam..selepas itu masukkan kentang dan bahan perasa, gaul sehingga kentang masak.
Biarkan kentang sejuk sedikit baru intikan dalam doh..guna acuan je supaya cepat^^.
 Dah siap boleh lah goreng
Karipap enak dimakan panas-panas.Selamat mencuba ^_^
Assalamualaikum

16 comments:

Murni Amir said...

terliur ~ shedapynyeee ~ :D

Norhasniza Khalid said...

mama memang hampeh bab buat kuih.. tapi, dah ada tutorial ni, boleh cuba nampaknya..

dilaella Ella said...

@Murni Amir bolehlah Murni cuba buat nanti :)

Nana Liena said...

cantik dila buat tu walaupun pakai benda tu..ktia buat selalu kulitnya tak letak..banyak inti sangat..heee..~

dilaella Ella said...

@Norhasniza Khalid selamat mencuba mama :)

dilaella Ella said...

@Norhasniza Khalid selamat mencuba mama :)

dilaella Ella said...

@Nana Liena wah nana pun pandai buat karipap :)

Mizz Aiza said...

sedapnya jika dibuat untuk berbuka puasa di bulan ramadhan nanti..

Normi Nieza said...

wah..sdap..:)

boni kacak said...

wah...agak menarik juga ni.ehehe

Nao Mei said...

wah nak juga dik...hihi

mirza syazwina said...

kalau karipap yang buat sendiri ni memang puas la makan,panas panas pulak tu.peerrgghh!

Nana Liena said...

@dilaella Ella eh..salah taip.. -___-
kita buat selalu kulit tak lekat..huhu.. ^^

.::: Princess MOMOY :::. said...

urm..sedapnya. tengok je pun dah terliur. haiss
mintak cikit

Mime MF said...

karipap kentang..fav sy ni!!hehe

Aida Ismail said...

Pehhh..memang sangat2 suka makan karipap. Panas2 lagi. Sedap gila.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain