Followers Tersayang

Kek Gulung Pandan

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi kek gulung pandan yang saya ambil daripada laman My Resepi.com. Dah lama teringin nak buat kek gulung, tetapi loyang pula tiada. Bila dah beli loyang swiss roll ni, teruja sangat nak buat, percubaan pertama agak mengecewakan sebab tersalah saiz loyang, besar sangat hmm.. Tak putus asa saya cuba buat lagi dengan loyang yang saiznya agak kecil sedikit.. Alhamdulilah menjadi walaupun tak lah cantik mana pun, bak kata orang putih "practise make perfect". Jom semak resepi..
RESEPI : KEK GULUNG PANDAN
SUMBER : MYRESEPI
Bahan (A)
250 gm telur
13 gm emulsifier
Bahan (B)
125 gm tepung gandum
Esen vanila
Bahan (C)
60 gm melted butter
Sedikit pewarna hijau dan perasa pandan
Aising mentega
230 gm gula aising
130 gm mentega tanpa garam
Boleh tambahkan sedikit perasa dalam aising mentega jika suka.
*Untuk corak coklat ambil satu sudu adunan yang belum diwarnakan kemudian warnakan dengan coklat emulco. - saya tambah
*saya buat cara terbalik (corak coklat bahagian dalam )
Cara-cara:

  1. Pukul adunan A hingga betul-betul kembang.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega dan kertas minyak. Ratakan keseluruh loyang.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
  4. pastikan permukaan atas keperang-perangan baru angkat.
  5. Terbalikkan di atas kertas minyak yang kain (biarkan sejuk) dan buat sapuan dengan aising dan di gulung kemas menjadi swiss roll.
  6. *aising mentega dicampur kedua-duanya dan putar sehingga kembang dan gebu.

Selamat mencuba ^^.
*auto publish

WW #Pisang goreng

Assalamualaikum.
Banyak pisang masak kat rumah, ni baru gambar separuh. Pisang ni dikenali sebagai pisang sabah atau pisang rebus, kalau buat pisang goreng atau apam pisang memang sedap, nak buat kek tak sesuai kot. Hari-hari buat pisang goreng sampai jemu nak makan hehe.. apa pun jom layan gambar pisang goreng yang saya buat tadi.


Pisang goreng cicah dengan sambal kacang memang sedap tau.. ^^

Resepi Rendang Ayam Nogori

Assalmualaikum.
Masih belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri buat sahabat semua. Macam mana dengan raya tahun ni? Alhamdulilah kat sini raya disambut secara sederhana tetapi meriah, sana-sini kedengaran bunyi mercun, kadang-kadang takut juga yelah banyak kes mercun ni.. issh ngeri. Kali ni saya nak kongsi resepi rendang ayam nogori yang saya masak untuk hidangan tetamu pada raya pertama. Resepi daripada blog kak Azie Kitchen memang sedap.. makan dengan nasi impit atau nasi panas-panas fuhh! memang menyelerakan. Okey jom semak resepi..
RESEPI : RENDANG AYAM NOGORI
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan-bahan :
1 ekor ayam - potong & goreng seketika
2 pek santan pekat - dari 2 biji kelapa
1 sudu besar kerisik
Serbuk kunyit 
Garam
Gula
Beberapa helai daun limau purut

Bahan  kisar:
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 batang serai
Sedikit lengkuas
1 inci halia
Segenggam cili padi - ikut pedas disukai

Cara cara:


Panaskan minyak dan goreng ayam seketika. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan ayam dan kacau sehingga ayam kecut.
Masukkan santan pekat dan biarkan sehingga pecah minyak. Masukkan kerisik, garam dan gula. Sesuaikan rasa.
Akhir sekali, masukkan daun limau purut. Bolehlah ditutup api mengikut kepekatan yang disukai. Jika mahu rendang yang kering, panaskan lama lama dengan api perlahan sehingga kering.


Selamat mencuba ^_^.
-*auto publish-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain