Followers Tersayang

Kek Gulung Pandan

Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi kek gulung pandan yang saya ambil daripada laman My Resepi.com. Dah lama teringin nak buat kek gulung, tetapi loyang pula tiada. Bila dah beli loyang swiss roll ni, teruja sangat nak buat, percubaan pertama agak mengecewakan sebab tersalah saiz loyang, besar sangat hmm.. Tak putus asa saya cuba buat lagi dengan loyang yang saiznya agak kecil sedikit.. Alhamdulilah menjadi walaupun tak lah cantik mana pun, bak kata orang putih "practise make perfect". Jom semak resepi..
RESEPI : KEK GULUNG PANDAN
SUMBER : MYRESEPI
Bahan (A)
250 gm telur
13 gm emulsifier
Bahan (B)
125 gm tepung gandum
Esen vanila
Bahan (C)
60 gm melted butter
Sedikit pewarna hijau dan perasa pandan
Aising mentega
230 gm gula aising
130 gm mentega tanpa garam
Boleh tambahkan sedikit perasa dalam aising mentega jika suka.
*Untuk corak coklat ambil satu sudu adunan yang belum diwarnakan kemudian warnakan dengan coklat emulco. - saya tambah
*saya buat cara terbalik (corak coklat bahagian dalam )
Cara-cara:

  1. Pukul adunan A hingga betul-betul kembang.
  2. Masukkan ke dalam loyang yang disapu dengan mentega dan kertas minyak. Ratakan keseluruh loyang.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 15 minit.
  4. pastikan permukaan atas keperang-perangan baru angkat.
  5. Terbalikkan di atas kertas minyak yang kain (biarkan sejuk) dan buat sapuan dengan aising dan di gulung kemas menjadi swiss roll.
  6. *aising mentega dicampur kedua-duanya dan putar sehingga kembang dan gebu.

Selamat mencuba ^^.
*auto publish

9 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

mirza syazwina said...

nampak lembut je kak dila,sedapnye!

Shiro Usagi said...

pastilah sedap ni wangi pandan :3

tiey smilez said...

Wah sedap tu. Leh try buat ni :)

My recent post : Homemade Inai Berbahaya!

Cik Itah@RRP said...

salam. betul..practice make perfect..
macam menjadi jugak tu dear..tahniah hihi

white lily said...

bookmark! okayy nak cuba nak cuba nak cuba. macam senang jeee.. hehe

Aina Akmal said...

woahh sedapnyaa~
salam kenal. ^^

fina~chan said...

wahhh.. sukasuka.. rasa lapar la tgk kek nih. suka sgt tgk :D

Sya Mimie said...

Waaaa.. Rajinnya buat kek.. Terliur tgk..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain