Followers Tersayang

Sardin Roll Bun untuk sarapan

Assalamualaikum.
Alhamdulilah pagi ni cuaca elok, korang dah sarapan? tetiba pula hihi.. bagi yang tak tahu nak sarapan apa meh cuba buat bun sardin.. senang ja, cuma nak tunggu doh tu kembang yang perlu kesabaran sikit.. buat petang, paginya boleh makan untuk sarapan.. budak-budak pasti suka. 
Ni lah rupa bun gulung sardin tu, sama ja dengan tuna roll bun tapi saya tukar dengan inti sardin. Jom semak resepi.
RESEPI : SARDIN TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

bahan inti sardin :
1 tin kecil sardin
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
daun bawang
minyak
garam
cara-cara :
Untuk doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. Kaedah lain : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Untuk roll sardin sandwich:  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masukkan sardin dan kacau, masukkan bawang besar dan perasakan. Masak sehingga sardin agak kering sedikit. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti sardin dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam.... ( saya tak tambah keju dan lada hitam ) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 Selamat mencuba ^_^.


WW # Lukisan..

Assalamualaikum.
 Hasil lukisan adik, jom layan lukisan adik..
 One piece.. minat kartun ni..
 Naruto ni pun minat tengok..
Datuk Shah Rukh Khan kot sebab kening tu hehe..
yang ni tak tahu pula siapa.. agak-agak korang siapa ya? 
Adik memang minat melukis, kalau ada masa lapang ni lah kerja dia.. Saya pun minat melukis juga tapi dulu lah sekarang tangan dah keras nak melukis hehe..

Red Velvet Cupcake

Assalamualaikum.
Petang semua, hari ni saya nak kongsikan resepi kek yang saya pasti ramai menggemarinya iaitu si baldu merah a.k.a red velvet tapi versi kek cawan.. sebab nak cepat masak hihi. Terpikat tengok kek ni, ramai yang kata sedap..

Alhamdulilah percubaan pertama membuat kek ni menjadi.. sedap tu boleh tahan juga lah. Nak tahu resepi tengok kat bawah ni yang saya ambil dari Azie Kitchen..
RESEPI : RED VELVET CUPCAKE
SUMBER : AZIE KITCHEN
Bahan A:
3 1/2 cawan superfine flour -ayak
Bahan B:
170gm unsalted butter- lembut
2 cawan gula kaster
3 biji telur - saiz besar suhu bilik
Bahan C:
6 sb red food colouring (saya guna 4sb)
3 sb high quality cocoa poeder
1  1/2 sk vanilla essence
Bahan D :
1  1/2 sk garam
1  1/2 cawan buttermilk
Bahan E :
1  1/2 sk cider vinegar (guna cuka biasa )
1  1/2 sk baking soda
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan 2 atau 3 loyang bersaiz 9 inci (23cm) dan griskan dengan butter pada dasar loyang. Kemudian alaskan dengan kertas minyak.
  2. Pukul butter dan gula dari bahan B hingga kembang dan gebu. Masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam mangkuk yang lain, satukan bahan-bahan C dan masukkan ke dalam adunan yang dipukul tadi. Pukul hingga sebati.
  4. Dalam measuring cup, satukan bahan D iaitu garam dan buttermilk.
  5. Masukkan berselang-seli bahan buttermilk dan tepung dalam 3 bahagian mula dan akhir dengan tepung hingga habis. Pukul sebati tapi jagan terlebih pukul.
  6. Kemudian, dalam mangkuk yang lebih kecil, satukan bahan-bahan E iaitu cuka dan baking soda dan biarkan berbuih. Dengan cepat, tuang kek dalam adunan tadi dan gaul sebati.
  7.  Tuang dalam 2 sudu besar adunan ke dalam cawan kertas. kalau kek tuang dalam loyang yang telah di sediakan.
  8. Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau sehingga masak. Kalaiu kek dalam 30 - 40 minit atau hingga kek masak. Biarkan kek sejuk dalam loyang selama 10 minit sebelum diterbalikkan atas wire rack.
Nota : Bila kek telah sejuk sepenuhnya, balut kek dengan pembungkus plastik dan sejukkan sekurang-kurangnya 1 jam/semalaman supaya mudah untuk menyapu inti dan krim.
 
Cream Cheese Frosting :
bahan-bahan:
500 gm cream cheese - suhu bilik
1 sk vanilla essence
115 gm icing sugar - ayak
360 ml cold heavy cream
cara-cara :
Pukul cream cheese hingga lembut dan licin. Masukkan vanilla dan gula, pukul lagi hingga lembut. masukkan heavy cream sedikit demi sedikit dan pukul hingga pekat dan capai kepekatan yang sesuai untuk di spread.
nota : Kalau tak cukup pekat, ianya akan melt. kalau terlebih pekat susah nak spread, boleh masukkan sedikit lagi fresh cream dan pukul semula.
Untuk resepi lengkap pergi ke blog Azie Kitchen.
 selamat mencuba ^_^.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain