Followers Tersayang

Sardin Roll Bun untuk sarapan

Assalamualaikum.
Alhamdulilah pagi ni cuaca elok, korang dah sarapan? tetiba pula hihi.. bagi yang tak tahu nak sarapan apa meh cuba buat bun sardin.. senang ja, cuma nak tunggu doh tu kembang yang perlu kesabaran sikit.. buat petang, paginya boleh makan untuk sarapan.. budak-budak pasti suka. 
Ni lah rupa bun gulung sardin tu, sama ja dengan tuna roll bun tapi saya tukar dengan inti sardin. Jom semak resepi.
RESEPI : SARDIN TUNA ROLL
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan doh :
250 gram tepung roti (high protein flour)
50 gram gula halus @ gula kastor
1/2 camca teh garam halus
10 g susu tepung (mat guna susu "everyday")
1/4 camca teh bread improver
1/4 camca teh bread softerner
30 g telur (pecahkan 1 biji, kacau sedikit dan timbang)
6 gram instant yeast
20 gram mentega
125 ml air suam (kalau guna Breadmaker guna air biasa)

bahan inti sardin :
1 tin kecil sardin
1 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
daun bawang
minyak
garam
cara-cara :
Untuk doh : Larutkan yis dalam air suam, biar berbuih. Satukan semua bahan lain kecuali mentega, masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan anjal (kurang lebih 20 minit). Bulat2kan doh, letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih, biarkan 45 minit hingga naik. Kaedah lain : Satukan semua bahan2 untuk doh dalam breadmaker, pilih setting untuk "DOH" dan tekan "ON", tunggu hingga siap (selalunya BM mengambil masa 30 minit menguli dan 1 jam memerap, ikut jenis BM masing2).
Untuk roll sardin sandwich:  Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah kemudian masukkan sardin dan kacau, masukkan bawang besar dan perasakan. Masak sehingga sardin agak kering sedikit. Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, tabur sedikit tepung pada meja kerja, dan canai menjadi 4 persegi. Sapu permukaan doh tadi dengan mentega cair rata2. Tuang inti sardin dan ratakan dan tabur juga parutan keju (tinggalkan sedikit untuk ditabur nanti). Tinggalkan sedikit ruang di hujung doh.
Gulung seperti swissroll dan ketatkan. Kemas kan bahagian kiri dan kanan gulungan doh dan kerat kepada 10 bahagian sama besar.
Susun dalam paper cup jenis bersiaz 4 inci. Tekan sedikit biar rata. Buat hingga siap. Perap 45 minit hingga kembang. Sapu telur (baki dari 30 g tadi), tabur baki hirisan daun bawang (mat guna daun kuchai), parutan keju cheddar dan lada hitam.... ( saya tak tambah keju dan lada hitam ) Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya..
 Selamat mencuba ^_^.


11 comments:

Sally Samsaiman said...

belum sarapan lagi...nak! hahahaha

Asha Lya said...

Mcm yg jual kat bakeri ni pandai dilla buat

Kathy R'bain said...

Sedapnyer..bread maker tu mcm ne dila? Akak xtau.. Huhu..

siti zawiah said...

sedapnya ..

zeera lily said...

nmpk sedap... nk cuba..nk cuba...

ika zulkefli said...

sedapnya, bila pndai buat sndiri ni senang, xpyh susahx2 gi beli.. nanti bleh cuba..:)

Weena said...

sedapnya...best pandai buat roti nie... :)

Kathy R'bain said...

Kathy dah tukar link blog CHK.. Jemput singgah....

kathyrbain.blogspot.com

Chot said...

nmpk sedap tuh..teringt mat gebu terus..hehe
tak berapa rajin lagi nk meroti.. tp kalau nk bg sy sikit apa salahnya..wuuhu

ros_reeza said...

sedap tu.. nak jugak...

Teja Evalea said...

Fuyooo.. boleh try ni nnt. Nmpk sedap.
Klu rajin huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain