Followers Tersayang

Kek Span Keemasan @ Golden Sponge Cake

Assalamualaikum.
Beberapa hari lepas nampak CMG post gambar kek kat facebook, nampak sangat menyelerakan.. Orang yang tengok hanya mampu telan air liur saja hehe, dalam hati dah nekad nak buat kek macam tu juga. Puas hati bila dah cuba buat sendiri, kek ni memang lembut dan seakan-akan kek keju, cara buat pun agak lain. 
Ada satu bahan yang saya skip sebab tepung jagung habis, pasal tu kek nampak tak berapa cantik. Jom semak resepi.
RESEPI : KEK SPAN KEEMASAN @ GOLDEN SPONGE CAKE
Bahan A :
50 gram mentega
50 gram tepung kek
3 kuning telur (gred A)
55 gram susu segar
1/2 camca teh esen vanilla (che mat tambah)
Bahan B :
3 putih telur (gred A)
50 gram gula kastor
6 gram tepung jagung
Cara-cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 140C, sediakan tin bulat bersaiz 6.3 inci atau 7 inci yang bahagian bawahnya boleh ditanggalkan, tak perlu disapu dengan mentega. (che mat guna loaf tin dan sebab tin tu bahagian bawahnya tak boleh ditanggalkan, maka che mat alas dengan kertas. Tak perlu disapu dengan mentega). Ketepikan.
  2. Dalam periuk kecil, cairkan mentega dengan api kecil hingga mendidih. Matikan api, kemudian masukkan tepung kek, kacau pantas hingga sebati. Tuang susu dan kacau dengan whishk hingga sebati. Masukkan kuning telur dan esen vanilla, kacau hingga rata dan licin. Ketepikan.
  3. Gaulkan gula kastor dan tepung jagung hingga rata. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan bancuhan tepung jagung dan gula sedikit demi sedikit hingga habis. Putar putih telur hingga kental. Ketepikan.
  4. Ceduk 1/3 bahagian putih telur dengan spatula dan gaulkan dengan adunan kuning telur, gunakan kaedah kaup balik hingga sebati. Masukkan baki putih telur, dan gaul hingga sebati. Tuang dalam tin dan masukkan ke dalam oven, di rak bawah.
  5. Bakar selama 25 minit pada suhu 140C, kemudian naikkan suhu pada 170C dan bakar lagi selama 25 minit atau hingga masak. Kemudian keluarkan kek, dan terbalikkan atas redai, biar kek sejuk sepenuhnya dalam keadaan terbalik sebelum anda keluarkan dari tin. Potong dan boleh hidangkan..
Selamat mencuba ^_^.

6 comments:

Akeyla Azmi said...

qila suka sponge cake!!! <3
lagi lagi pandan flav hehehe.
Kak dila, buat yg kek pandan tu boleh tak? :D Hihi. Pastu ada mcm creamy thing atas dia tu huhu. Alaa yg jual dekat kings bagai tu hehehe

Cik Puan said...

Wahhhhh...dap nyaaaa....mcm cheese cake pun ada...

Sally Samsaiman said...

awatnya la nmpk sedap sangat! -___-

Affy Afiqah said...

lapar terus huuuuuuu

Hafiza AizZawa said...

npk lembut mcm span betul..

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

gebunya dila buat.. sedap tu.. :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain