Followers Tersayang

Sambal sotong sedap

Assalamualaikum.
Lamanya tak update blog, semangat berblog makin kurang tambah-tambah lagi idea tak mari hmm.. apa pun saya nak ucap terima kasih pada yang masih sudi lawat blog ni walaupun tak ada entry baru. Hari ni saya nak share resepi sambal sotong, masak campak-campak ja.. sebenarnya ikut resepi tapi kuantiti bahan tu main agak-agak ikut selera sendiri hehe. Sambal ni sedap dimakan dengan nasi lemak, kalau nak resepi tengok dibawah.

RESEPI : SAMBAL SOTONG
SUMBER : YATIE MEMORIES

Bahan-bahan :
1 kg sotong (dibersihkan dan toskan)
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
2 biji bawang merah *
1/2 inci belacan  * 
2 sudu besar air asam jawa
1 cawan cili kisar
1 sudu besar kicap jalen manis
1/2 labu bawang besar (dimayang)
garam dan gula - secukup rasa
1 /2 cawan minyak untuk menumis
Cara-cara :
1. Rebus sotong separuh masak dan toskan.
2. Kisar bahan-bahan bertanda *.
3. Panaskan minyak didalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar dan cili kisar hingga wangi dan pecah minyak.
4. Masukkan kicap, garam, gula dan sedikit air. Kacau rata-rata.
5. Masukkan sotong, bawang besar yg di mayang dan jus air asam jawa. Gaulkan sebati.
6. Perasakan, sekiranya dah cukup rasa masam, manis dan masinnya, tutupkan api.
7. Setelah siap, angkat dan bolehlah dihidangkan. 
Selamat mencuba ^_^.

12 comments:

Asha Lya said...

salam dilla..ya lama tak nampak kat cne..mudah mesti sedap..lya nak cuba la nnt buat

Hafiza AizZawa said...

amboi.. sedapnya sambal sotong.. merah menyala lagi...

Affy Afiqah said...

sedapnya dilla......lapar dah haa..dah laa tak breakfast....

Izzati Amira said...

serius ar!! kita mmg kaki sambal!! ahhhhhh dapnyeee

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

misz sheyla said...

dah lame tak menyantap smbal sotong...nmpak entry ni balik ni boleh beli sotong masak..huhu

adrianna syaz said...

Nampk mcm sedap je ni.hehe..hi dilla..lama x snggh sini :)

Mar Mansor said...

sedap..sambal sotong memang favourite nih

Lieya Von Jay said...

sedap ni dila. tetiba ja rasa lapo :)

Cik Itah@RRP said...

salam. waa..nampak sedapp!

nana kimie said...

haish terliur tengok......^^

Weena said...

sedapnya sambal sotong...suker... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain