Followers Tersayang

Mee hoon goreng #menu petang..

Assalamualaikum.
Petang-petang macam ni rasa lapar pula, orang lain menu petang makan kuih atau minum teh.. saya pula makan mee hoon hehe.. takpa sekali-sekala tak salah kan. Resepi ni senang saja, campak-campak ja bahan yang korang suka.. saya letak telur dalam mee ni, kalau korang nak letak ayam, udang atau daging pun boleh ja. Okey jom semak resepi simple ni..
RESEPI : MEE HOON GORENG
Bahan-bahan:
1 bungkus mee hoon - celur dan toskan
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu makan cili giling
2 ulas bawang putih - tumbuk
1 ulas bawang merah -tumbuk
2 biji telur
Sayur kobis -hiris
Garam
Serbuk lada sulah
Serbuk pati ayam
sedikit air
Minyak
Cara-cara :
  1. Pukul telur dengan sedikit garam, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah, panaskan kuali dan goreng jadikan telur dadar, bila dah sejuk potong nipis-nipis dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk sehingga naik bau, kemudian masukkan cili giling, sos tomato dan sos cili. Kacau sehingga cili masak. 
  3. Tuangkan sedikit air supaya bahan tumisan tadi tak hangus. Tambahkan serbuk lada sulah, garam, serbuk pati ayam dan mee hoon. Kacau dan masukkan sayur kobis, akhir sekali taburkan telur dadar tadi ke atas mee.. Hidangkan panas-panas selamat mencuba ^_^.

12 comments:

Weena said...

sedapnya bihun goreng.... :)

mirza syazwina said...

dapnye kak dila^_^

Bbwana adienia said...

salam dila..

sedapnya mihun goreng tu..lapar la tengok..

Affy Afiqah said...

nampak sedap...rasa lapar pulak T_T

dila, ika nak jemput dila join GA ika ni, harap dila sudi laa ye join :)
http://haneulafiqah.blogspot.com/2014/04/grand-opening-giveaway-by-haneulafiqah.html

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak suka makan bihun goreng.. mesti sedap dila masak.. :D

Cik Itah@RRP said...

nice sharing :)
ford for you dear :)

Cik Puan said...

lama sudah x makan bihun sos macam ne..selalu nya bihun goreng kicap jak..

Akeyla Azmi said...

heee. qila bekpes ni tadii :D hehehe

Liniey Nor said...

Assalam.

If belum join GA Liniey n Nad, jemput join ea. Ada 2 top refferal.

If dah join boleh terus promote GA ni utk berpeluang menang top refferal.

Dan..
90+ pemenang by Random.org dicari :)
Antara hadiah:
>> Buku Cerita Ahmad Ammar
>> Naked 2 Eye Shadow
>> Inner Neck Magic Berdagu
>> Inai Homemade
>> 5.11 Tactical Belt

http://www.linieynor.com/2014/03/sweet-giveaway-by-misz-nadea-liniey-nor_14.html

(Memandangkan follower widget tak ok lagi dan ada sesetengah yang dapat follow dan ada juga yang tidak dapat follow langsung walaupun sudah menggunakan tutorial, kami bersetuju untuk menetapkan syarat follow blog ini sebagai syarat tidak wajib.Kalau dapat follow, teruskan dan kalau tak dapat follow takpe.Dimaafkan tapi dengan syarat haruslah jujur)

Hafiza AizZawa said...

best nie kalau buat jamuan kat opis, mkn bihun...

Anis Shafeera said...

aiyookk dila..pagi2 bukak blog awak dear..tengok pulak gamba bihun goreng ni...hamaiiiigucci...otomatik perot jadi lapar.hihiihihi..nak pegi cari nowww...

Anis Shafeera said...

aiyookk dila..pagi2 bukak blog awak dear..tengok pulak gamba bihun goreng ni...hamaiiiigucci...otomatik perot jadi lapar.hihiihihi..nak pegi cari nowww...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain