Followers Tersayang

Bun cheese

Assalamualaikum.
Petang korang.. dah minum petang? Tetiba hari ni rajin pula nak meroti maklum lah dah lama tak buat roti, lagi pun nak habiskan baki yis dan cheese hari tu takut nanti yis tu rosak pula. Untuk doh saya guna resepi roti naik dari Mat Gebu, tapi saya buat setengah adunan dan uli guna tangan ja. Jom semak resepi.. ^_^
Cicah roti keju dengan minuman panas petang-petang macam ni memang sedap.
RESEPI : ROTI NAIK 
SUMBER : TIFFIN BIRU
Bahan-bahan :
400 g tepung roti
100 g tepung Hong Kong (mat guna tepung gandum je)
250 ml air
50 g susu tepung
3/4 camca teh bread improver (yg ni resipi asal tak letak)
180 g gula perang (brown sugar) Mat guna 120 g gula halus
100 g mentega
11 g yeast segera
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning (tak letak sebab habis stok)
*Parutan keju cheedar - saya tambah


Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat-bulatkan doh dan biar 45 minit atau naik. KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan tadi ke dalam Breadmaker dan pilih setting untuk "doh". Tekan on dan tunggu hingga siap.
  2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat-bulatkan doh dan susun dalam tin yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 1 jam atau hingga naik. *Taburkan parutan cheese atas bun.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 190C selama 15 - 20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.
Selamat mencuba ^_^.



8 comments:

Bbwana adienia said...

bestnya makan roti homemade..gebu roti tu..

Hafiza AizZawa said...

gebunya roti.. npk sedap bebenor..

Lieya Von Jay said...

ini roti kegemaran kiter ni dila . sedapp nya

Sally Samsaiman said...

nampak sedap sangat!!! :D

Rose Azadir said...

Assalamualaikum, saya blogwalking kat sini, jemput datang ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com. Saya follow sini n kalau sudi follow la saya balik yer...

Cik Itah@RRP said...

salam. nampak sedap la

Cik Puan said...

fevret cik....xda into ka dalam ne dila?

sinuha said...

Hi, You've been tag on my Liebster Award!
Let's Join :)
http://sinuhadentist.blogspot.com/2014/05/liebster-award.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain