Followers Tersayang

Murtabak maggi untuk sarapan

Assalamualaikum.
Pagi korang.. dah sarapan? Mestilah sudah dah nak dekat tengah hari pun kan.. Pagi ni saya buat murtabak maggi untuk sarapan, resepi yang sangat mudah dan cepat disediakan. 
2 bungkus maggi dapat 5 keping murtabak memang kenyang, makan kongsi dengan adik. Mesti ramai yang tahu nak buat kan, takpa saya nak share juga resepi ni kot ada yang nak cuba kan hehe..
RESEPI : MURTABAK MAGGI
Bahan-bahan :
2 bungkus maggi kari
4 biji telur
4 batang sosej - potong dadu dan dicelur
1 labu bawang besar - potong dadu
Bawang merah - tumbuk
Bawang putih -tumbuk
Daun bawang - cincang
Serbuk lada hitam
sedikit rempah kari daging
Minyak
Cara-cara :
  1. Asingkan maggi dengan perencah, celur maggi tos dan sejukkan. 
  2. Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali minyak dalam satu mangkuk besar lepas tu gaulkan sehingga sebati. 
  3. Sediakan kuali non stick, panaskan minyak kemudian tuangkan bahan tadi, agak-agak ya jangan tuang semua nanti lambat masak pula. 
  4. Guna api yang sederhana, bila bahagian bawah dan masak terbalikkan sekejap dan angkat. Murtabak ni sedap dimakan panas-panas. Selamat mencuba.. ^_^


18 comments:

Hafiza AizZawa said...

mage pun boleh jd murtabak.. npk sedap dan senang jer nk buat..

Asha Lya said...

ada tadi sarapan ala kadar je hihi

Nini Hanini said...

aaaAAA!!!
mesti sodap nih,nak try jugak,tapi maggi dengan sosej takde,adehh T-T

Nanie said...

cam best je... mcm nak try je... hehe. Bookmark sikit entry ni!

Cik Itah@RRP said...

salam. nice sharing dear :)
sy tag anda dekat sini : http://ramaramapendek.blogspot.com/2014/05/the-liebster-award-by-isya-purple.html

PeRdU cINta said...

Ermmm sedapnya..

Naniey Jemiey said...

kalau malas masak naniey mmg suka buat murtabak megi ni..hiii

Shafikhadilla Napiah said...

awat rata-rata yang cik ulat masuk semua nye post makanann nie.uihhhh sedap!

Ibnu Ramli said...

dulu pernah cuba buat maggi goreng tapi last-last jadi macam murtabak.. hebat betul skill masakan

Cik Puan said...

ok....noted..mau cuba ne nt..

Afasz said...

tq resipe. nampak senang sgt. nnti nk try la . kalau jd leh update kat blog. hehe

salam singgah dr http://afasz.blogspot.com

follow sini, kalau sudi follow sy k
tq

Izzati Amira said...

haritu tgok resipi ni kt blog Cik Epal.. terus buat.. hee, dah lame dah. sedap.. kan kan

mirza syazwina said...

murtabak maggi!
sedap2..hehee
last makan masa form 5 kot kak dila..hahaa
kak dila ^_^
nanti email alamat kat miza,nak bagi hadiah yang banyak komen sebelum ni..hehee

syazwina_mirza@yahoo.com

Ismail N said...

Wah! kreatif sungguh resepi ni. Plus, saya pun suka makan meggie dan murtabak. Boleh cuba nanti..

Anizz Annisa said...

wah..dah lame tak makan nie... slalu beli je mase kat hostel.. nie baru tau resepi..nak buat la nanti..hihi...

Aniq Bukhary said...

First time dengar murtabak maggi... Nampak macam senang jak buat... in shaa Allah ada masa nti try. :)

SecretOfShaila said...

roomate shaila suke buat dulu..hihihi..leh buat nie..☺☺

Liza Licha said...

nak buat lah sabtu nih.. hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain