Assalamualaikum.
Hari ni mood berDIY pula, saya nak kongsikan cara mudah nak ubahsuai kotak terbuang jadi tempat simpan barang. Banyak kotak kat rumah tu yang timbul mood rajin berDIY, rimas pula tengok sana-sini kotak hehe. Bahan-bahan yang di perlukan sangat lah mudah didapati..(eh macam main masak-masak pula ).
Antara bahan yang diperlukan.. Okey jom mulakan..
Ukur besar mana kotak yang korang nak kemudian potong dan cantum. Saya buat ala-ala laci dua tingkat, supaya dapat simpan banyak barang.
Lepas siap cantum, bolehlah cantikkan dengan kertas pembalut. Kemudian kemaskan dengan gam plastik pada keseluruhan kotak, ini untuk bagi kotak kita tu tahan jadi kalau kena air atau kotoran senang nak bersihkan.
Peneman merangkap pengacau projek DIY, sibuk ja mau masuk dalam kotak..
Ini pula untuk bahagian laci, ikut kreativiti masing-masing ya.
Dah siap pun boleh lah susun barang-barang korang.. Mudah bukan? Selamat mencuba ^_^.
9 comments:
Kreatifnya. Kalau ada kerajinan nanti saya buat jugak. Mesti best nie.
Hye, Esgesee menawarkan harga yang berpatutan terutamanya kepada pembeli borong, peniaga pakaian mahupun agent dropship
http://angellovesoldier.blogspot.com/2014/10/esgesee-korean-fashion-online.html
Memg mudah kreatifla dilla..eii kucing tu nyebok hheee
serius cantik..awak memang kreatif..tapi yang paling comel miau2 yang menyorok dalam almari tu..ahaks.. :D
Saya pun permah buat,tgk utube,jadi kotak blh pakai ag.
ehhh comel la :D tapi kuat ke kotak tu? ke sekadar letak barang-barang ringan je?
hahaha. bagus betul idea ni.
kretifnya comeyy gitu
wahhh senang je. tak payah nak bazir beli yang mahal punya kann.
Wahh kreatifnye...boleh cube nie...
Thanx for sharing...
Kt umah pon ase byk sgt kotak2 yg tgu mase nk buang
Post a Comment