Followers Tersayang

Roti Telur Berkeju

Assalamualaikum.
Selamat pagi korang sudah sarapan? Kalau belum jom buat roti telur untuk sarapan, satu menu yang sangat mudah dan cepat disediakan, budak sekolah rendah pun tahu buat roti telur ni. Saya guna roti buatan sendiri, ada baki beberapa keping semalam, plan nak buat puding roti tapi susu cair pula tak ada..last-last jadilah roti telur hehe.. Okey jom tengok resepi.
RESEPI : ROTI TELUR BERKEJU
Bahan-bahan :
3 keping roti
2 biji telur
Keju cheddar secukupnya
1 biji bawang merah - hiris nipis
Daun kucai/bawang - potong
Garam
Serbuk lada hitam 
Minyak
Cara-cara :
Pukul telur bersama bawang, daun kucai, garam dan serbuk lada hitam. Panaskan minyak dalam kuali atau non-stick pan. Celupkan roti pada telur tadi, kemudian masukkan dalam pan. Pastikan guna api yang perlahan supaya roti tak hangus. Terbalikkan roti dan letakkan keju di atas, kemudian terbalikkan sekali lagi. Angkat dan boleh lah hidangkan, sedap dimakan panas-panas selamat mencuba ^_^.

14 comments:

Awan Samudera said...

Wahhhh sedapnye! menarik ni. nanti nk try buat. ;)

NinaAz said...

bestnya sarapan dia. nina mamam milo ngn oat :)

Mime MF said...

taruk cheese byk2 confirm sgt sedap ni...^^

Invisible Me said...

Sedapnyaaa..

Ayue Idris said...

amboi sdapnyeeeeee..terliur tgk nih!

Aniq Bukhary said...

Saya makan roti kosong jak sarapan pg td.. :(

SecretOfShaila said...

wahhhh..macam menarik, boleh try nie..

Cik Puan said...

kalau petang2 ada orang masakkan buat cik macam ne kan best...tentu bahagia sangat dunia cik..haha

Gee Lion said...

kalau saya, suka taruk bawang banyak2.. sebab suka makan bawang.. heeeee.. >.<

Akeyla Azmi said...

aaaaaaaaaaaaaaa
T_T
kenapa kak dila buat benda yg lama dah qila takmakan?
how could u :(

Akeyla Azmi said...

heeee xD nyum nyum nakkkkkkkkkkkkk

Norhasniza Khalid said...

sedapnya resepi ini..

mirza syazwina said...

buat sarapan menarik ni >_<

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

akak pernah buat yang kosong je.. boleh cuba resipi dila lepas ini.. sedap tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain