Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi puding roti marble.mesti ramai yang tahu buat puding ni kan.bahan yang digunakan sikit jerr nak menyediakannya pun senang.puding ni sedap di makan sejuk-sejuk.resepi ni saya ambil dari HaSue.
Bahan-bahan:
- 4 keping roti
- 2 biji telur
- 170 ml susu cair
- 10 gm serbuk agar-agar @ sepeket
- 1/2 cwn gula- boleh kurangkan
- 2 sudu besar butter@majerin (cairkan)
- 3 1/2 cwn air=hana guna cwn biasa 230 ml
- 2 sudu serbuk koko @ coklat emulco
Cara-caranya:
- Didihkan 3 cwn air,serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
- Blend roti,telur,susu pekat,susu cair dan balance air tadi (1/2).kemudian masukkan dalam periuk agar-agar yang sudah didih tadi.
- Masukkan butter/majerin dan kacau rata sampai mendidih lagi.matikan api.
- Ambil satu senduk warna putih@plain dan tuang di tengah-tengah loyang.kemudian ambil satu senduk warna coklat tuang ke atas warna putih@plain tadi.biarkan puding gerak sendiri ke tepi.tak payah ratakan atau kacau.ulang sehingga habis.ketika proses melapis@me'marble'kan hendaklah di lakukan dengan cepat kerana puding ni mudah sejuk@membeku.
- Dah siap bolehlah di simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya sejam.
- Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing-masing dan bagi yang kurang gemar berlemak,kurangkan sukatan susu pekat.
simple jerr resepi ni kan ..bolehlah cuba.
Selamat mencuba.
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment