Followers Tersayang

Jahit baju nikah sendiri

Assalamualaikum..
Antara perkara penting untuk bakal pengantin ialah baju kahwin.. Pening tau kalau tak fikirkan awal-awal tentang ni.. Bagi yang memilih untuk sewa baju pengantin tu kenalah book awal-awal kalau tak orang lain yang dapat, untuk yang jahit sendiri pula kena beli awal-awal kain dan hantar ke kedai jahit kalau last minit manalah tukang jahit tu sempat siapkan.. hal ni lah yang terjadi pada saya hmm..jangan ikut ya adik-adik. Mulanya rancang nak hantar ke kedai jahit untuk baju nikah dan sanding. Baju sanding dah settle dengan kawan 2 bulan sebelumnya. Baju nikah pula jadi masalah, bayangkan hantar kain kurang sebulan daripada tarikh nikah, manalah tukang jahit tu sempat siapkan.. kalau siap pun seminggu dari tarikh nikah, mana nak pasang manik lagi fuhh! masalah.. masalah..
Nak tak nak jalan penyelesaiannya terpaksa jahit sendiri, punyalah gigih mengoogle design, cari pattern kain, cara jahit dan sebagainya.. akhirnya jumpa design yang memikat hati ini cewah.. ala-ala princess sikit.
Mula lah projek menjahit.. sebelum potong kain buat pola dulu. kain yang saya pilih sifon 8 meter, lining kain satin 4 meter dan lace 2 meter.

proses menjahit
 peneman sepanjang projek jahit-menjahit, suka betul dia tidur atas kain
dress dah siap, nampak kosong ja kan.. projek seterusnya mencantikkan dress
dah siap projek baju, barulah jahit lace dan manik
 jahit manik simple-simple ja
 bahagian lengan ada zip sorok
 dress yang dah siap sepenuhnya
 suka dress yang ada kembang-kembang macam ni
veil pun buat sendiri, agak berat veil ni hehe.. Memang berbaloi jahit sendiri, dapat jimatkan perbelanjaan sikit..
Terima kasih sudi baca ^_^

20 comments:

Mardiah Diana said...

salam singgah sini dik...cantiknya baju nikah tu..suka akak tengok...berkenaan pula...hihi

Asha Lya said...

Cntik baju dilla buat, best kn dpt buat baju sndiri

mirza syazwina said...

ya Allah..lawa nya kak dielaaa... :)

Puan Wawa said...

wahhh, untungnya pandai jahit...

PeRdU cINta said...

Cantik..

Nelly Sapri said...

cantik la dilla...pandai awk jahit..ada ambil tempahan x?
awk ada IG x?

Eka Tikah said...

cantiknyaaa. kalau boleh buat sendiri, buat sendiri senang. hehe. boleh ikut citerasa sendiri.

Dilaella Ella said...

@Mardiah Diana hehe terima kasih kak Diana :)

Dilaella Ella said...

@Asha Lya betul tu Lya, puas hati dpt jahit sendiri :)

Dilaella Ella said...

@mirza syazwina tq Mirza hehe

Dilaella Ella said...

@Puan Wawa Alhamdulilah terima kasih :)

Dilaella Ella said...

@PeRdU cINta tq :)

Dilaella Ella said...

@Nelly Sapri tq..kalau ikut betul, belum berani nak ambil tempahan, utk pakai sendiri bolehlah hehe

Dilaella Ella said...

@Eka Tikah tq,betul tu, puas hati bila jahit sendiri kan..

aeinna Musa said...

untung pandai jahit;))

NuSaNa NoSa 91 said...

subhanallah, cantiknya.. pandai dila jahit.. rajin plak tu.. bolehlah belajar ngan dila pasni kan? heeeee~ ^_^

Cik Kyra said...

Wah... ada bakatlah...terbaiklah ni! Nak tgk gambar full dress bila pakai ni.. cantik je nampak ni..

aizamia3 said...

Memang jimat banyak.. ;) lagi puas hati kalau pandai jahit sendiri.

Akmal said...

Cantik rekaan baju ni.. Good work

Anis Farhana said...

Cantiknyaaaaaa saya pun dalam byk2 design sangatlah berkenan design baju macam ni!!! Tq for this post 😍

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain