Followers Tersayang

DIY #Veil kahwin

Assalamualaikum..
Kali ni saya nak kongsikan cara buat veil sendiri khas buat bakal-bakal pengantin yang ada masa terluang atau nak jimat bajet. Veil ni simple saja tak sarat sangat dengan manik, okey jom mulakan..
 Mula-mula potong kain sifon berbentuk halfmoon, panjang atau lebar ikut suka yang kita mahu. Lepas tu jahit tepi halus disekeliling tudung.

 Potong dan susun lace mengikut kreatitivi masing-masing. Kemudian bolehlah mula jahit manik, jahit cantik-cantik ya. Dah siap, jahitkan lace tadi pada tudung.. kalau nak jahit lace kat tudung dahulu baru jahit manik pun boleh tapi nampak tak berapa kemas pula, sebab benang sana-sini.
 ini lah hasil diy veil yang dah siap
Veil ni saya pakai masa majlis berbedak, baju, veil dan bunga tangan semua hasil diy sendiri. Perasan tak baju peplum tu, tu baju raya tahun lalu yang tak jadi pakai, so saya ganti lace tu dan penuhkan dengan perincian manik.. memang berat, sebab tu lah veil tu sengaja saya buat simple kalau tak susah nanti hehe.. Untuk tutorial bunga tangan tu boleh klik sini. Okey till then..
Terima kasih sudi baca ^_^

5 comments:

PeRdU cINta said...

Cantik..puas hati bila pakai hasil air tangan sendiri..

Asha Lya said...

Lya pun kawin ari tu buat veil sndiri. Blh hias cntik2 jimat lgi hhehe..cntik veil dilla

ieyra h. said...

CANTIKNYAAA. Very talented! Teringin jugak nak DIY veil, baju kahwin etc tapi tak berani haha sebab tak berbakat langsung bab2 jahit ni

ieyra h. | blog

hidayu ayumie said...

wow semuanya diy sendiri
suke suke suke
nanti adik nak tunang leh amek ni sbg cth
cantikk

Mardiah Diana said...

salam singgah petang dik...Cantik dan kreatif....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain