Followers Tersayang

Kek buah bakar

Assalamualaikum..
Tetiba teringin nak makan kek buah bila nampak buah-buahan campuran yang masih belum terusik. Rancangan nak buat biskut cornflakes kismis tapi sayangnya kesibukan melanda, maka tak sempat buat. Entry sebelum ni saya ada kongsikan resepi kek buah klik sini ya. Okey kek buah ni lain sikit sebab ada rasa rempah gitu, jadi makan tak rasa muak dek bau telur tu.. Jom lihat resepi, saya guna resepi dari Cikmanggis..

RESEPI: KEK BUAH VERSI BAKAR
SUMBER : MAMA KITCHEN- MAKCIK MANGGIS
Bahan-bahan:
A

2 cawan tepung gandum(.Ayak)
1 tsp baking powder.(Ayak)
1 tsap serbuk soda bikarbonat.(ayak)
3/4 cawan butter.
1 cawan gula perang. - saya guna 3/4 cawan saja
3 biji telur.
1/2 cawan gula pasir-jadikan gula hangus.

B

Bahan-bahan di gaul bersama.

1 3/4 cawan buah-buahan kering campuran.
1/2 cawan kismis.
1/2 cawan kismis hitam.
1/2 cawan badam flakes.
1 tsp serbuk rempah kek.
1/2 tsp garam.
1/2 cawan madu.
2 tbsp jus sunquick.
2 tbsp jus lemon. - saya skip
1 tsp esen vanilla.

Cara-caranya:
  1. Gaulkan bahan-bahan B hingga rata dan ketepikan.
  2. Pukul butter dan gula perang hingga gebu.
  3. Masukkan telur satu persatu sambil di pukul sehingga kembang.
  4. Masukkan bahan-bahan yang di gaul tadi dan gaul hingga sebati.
  5. Masak gula pasir sehingga jadi gula hangus dan tuang kan ke dalam adunan kek dan gaul cepat-cepat sehingga sebati.
  6. Sapu butter pada loyang dan alas dengan 3 helai kertas minyakdibahagian bawahnya.
  7. Alas keliling loyang bahagian dalam dengan kertas minyak. dan balut bahagian luar loyang dengan 2 lapisan kertas minyak. Ikat dengan dawai kemas-kemas .Tujuannya agar kek tak cepat hangus.
  8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 1/2 jam.
  9. Setelah kek masak biarkan sejuk atas redai dawai.Kemudian simpan dalam peti sejuk. Potongkan keesokannya. Dengan cara ini kek bertambah moist.
 Alhamdulilah menjadi, suka tengok buah-buahan campuran tu bertabur cantik.. Selamat mencuba ^_^

13 comments:

Normi Nieza said...

sdapnya..:)

Aya Zuki said...

sedapnyaaaa.tengah lapar huhu

Amanda Suria said...

untung sapa yang jari jemari ada magic buat kuih ni kan...

Mardiah Diana said...

Salam singgah sini dik...sedapnya kek buah bakar...

ninie said...

thank you sudi kongsi resepi. Moga dimurahkan rezeki awak selalu. Satu soalan... kalau fruit kek bakar mcm ni berapa lama boleh tahan?

aizamia3 said...

Terima kasih share resepi.. ;)

Hafiza AizZawa said...

kalau masuk blog dila nie lapar dibuatnye.. hehe..

namy yul said...

bukan mudah nak buat kek buah nie, tahniah pada yg rajin =)

Asha Lya said...

Cntik teksturnya tu dilla. Msti sdp nyum nyum

Asha Lya said...

Cntik teksturnya tu dilla. Msti sdp nyum nyum

ajuya said...

nak easa skit bolehh

Zizie Zack said...

saya kalau makan kek buah ni pun, tetap cicah air.. hehehe

Lieya Von Jay said...

sedap nya KEK .... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain