Followers Tersayang

Review product : Moogoo cream untuk ezcema

Assalamualaikum..
Saya menghidapi ezcema bermula dua tahun yang lalu sehinggalah sekarang.. boleh baca kat sini, sini.  Dah dua kali inject.. lepas makan ubat baik beberapa minggu.. tapi bila kena habuk atau tersalah makan mulalah gatal-gatal, garu punya garu luka lepas tu berair dan yang lebih buruk bila mula bernanah. Suami dan keluarga pun risau sebab penyakit ni. Bapa mertua ada cadangan nak bawa berubat cara kampung, tapi belum berkesempatan lagi.. tengoklah nanti macam mana. Saya ada join satu group kat fb yang berkaitan tentang azcema ni, di sana lah saya belajar sedikit sebanyak tentang azcema ni. Rata-rata cakap tak boleh suka hati guna krim dari hospital atau yang dibeli kat farmasi sebelum kaji kandungannya sebab dikhuatiri mengandungi steroid yang berbahaya terutama kepada bayi. Dalam hati terfikir patutlah dah cuba banyak krim, tapi hampa baik sekejap lepas tu timbul semula. penyelesaian yang terbaik cari krim yang bebas daripada steroid, paraffin, pewangi dan bahan kimia lain yang berbahaya.
Ni lah eczema yang dah melarat daripada tapak kaki ke ibu jari, kalau nak masak pun kena pakai sarung tangan plastik. Hari tu masa pegawai bank nak scan cop jari pun tak dapat.. malu bila orang nampak kulit kering begini. Bila dah kering dan mengelupas akan gatal. bila garu sampai luka, senang kuman masuk.. jadi penyelesaiannya kena lembabkan kulit.
  Ada ahli group yang mengesyorkan produk MOOGOO, berdasarkan testimoni mereka sendiri. Akhirnya beli juga benda ni setelah beberapa kali tak jadi ambil hehe.. Beli kat Watson, kebetulan tinggal sebotol ja lagi. Harga rm50.++

kandungan krim Moogoo, yang penting bahan semulajadi dan bebas paraffin
 tekstur krim ni warna putih, tak cair dan tak pekat sangat.. tak ada pewangi, tapi macam ada bau susu sikit
 mudah meresap bila disapu kat kulit dan berminyak sedikit. Biasanya saya sapu sebelah malam sebelum tidur tapi kadang-kadang terskip hehe..
Alhamdulilah setelah 2 minggu guna krim Moogoo ni ada perubahan, kulit yang kering dan mengelupas mula lembut, malah gatal-gatal pun berkurangan. Banyak lagi jenis produk keluaran Moogoo ni selain krim ni, boleh cari kat farmasi atau Watson yang berhampiran. bagi yang ada masalah macam saya bolehlah cuba produk Moogoo.
okey till then.
Terima kasih sudi baca ^_^.

5 comments:

PeRdU cINta said...

Alhamdulillah syukur..kalau serasi...istiqhomah..

rubiah kadir said...

rm50?? boleh tahan gak ek harganya.. bdk boleh pakai ke sis

ieyra h. said...

Tak jumpa pulak cream ni dekat my nearest Watsons :/ Sy guna jugak cream for ezcema, tapi nak tukar sebab ada paraffin. :/

ieyra h. | blog

hidayu ayumie said...

ehh tak pernah tau pon..
nnt kene try jugak ni

Dilaella Ella said...

@rubiah kadir budak2 pun boleh pakai..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain