Followers Tersayang

Produk Review : Aloe Vera + Vitamin E Mask by Scheming

Assalamualaikum.
Lama tak buat entry tentang produk review kan, sebab saya dah jarang beli produk baru hehe.. Puasa hari tu ada masuk kat Watson, konon nak beli pencuci muka dan pelembab saja tapi terbeli lebih pula yang tak ada dalam list barang hehe.. Wanita kalau dah masuk satu kedai kecantikan memang tak sah kalau tak belek-belek barang kecantikan lain kan.
Terbeli pula mask ni -_-'.
Masa puasa kita kurang minum air kan jadi kulit pun akan rasa kering, pelembab lah penyelamat kulit kita.. Tulis kat situ mask ni dapat melembabkan kulit, terus exited nak beli hehe. Mask ni dari Taiwan, mengandungi vitamin E dan aloe vera yang sangat bagus untuk kulit.
Selepas cuci muka, pisahkan mask daripada plastik kemudian letakkan kat muka.
Biarkan selama 20-30 minit kemudian tanggalkan. Lebihan essence mask ni boleh dap-dapkan ke kulit muka, lepas tu boleh lah dibilas.
Hasil review :
  • Lepas pakai mask ni kulit rasa sejuk dan tak kering dah..
  • Kulit jadi lembut.. suka ^^
  • Mask ni kalau lepas pakai tak cuci, tak akan rasa panas macam mask yang lain.
  • Bau lembut
Bolehlah cuba mask ni harga dalam rm 5.++ gitu..
Terima kasih sudi baca ^^.

7 comments:

Norhasniza Khalid said...

rajin dear awak bermask.. patutle lawa.. hihi

tiey smilez said...

Wah cam best kan pakai :)
Boleh cuba jugak ni.

My recent post : Dapat Surat Interview Kerja

ainil fazieda said...

wow ! macam best jaaa :P kita pon nak try jugak lah . mana tahu boleh jd cmtik mcm awak :) Hiks !

Anne Nurain said...

sy suka beli mask tapi bila nak pakai tu susah ckit, kdg2 xda masa.. hehe..
comel peneman tido tu.. hehehe..

Kathy R'bain said...

Rajin sis jg kecantikan..

Nurfatin Liyana said...

Fatin pulak kalau masuk shopping mall, pantang nampak Watsons atau Guardian, mesti akan masuk. suka tengok barang-barang kecantikan ni :) comel kucing yg teman tidur tu .. hehe :D

Sya Mimie said...

Blh la cari nti.. :)
Ehhh.. Comelnya kucing yng landing tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain