Followers Tersayang

Tips bersihkan solekan tebal

Assalamualaikum..
 Hasil carian imej untuk make up
Wanita dan mekap memang tak dapat dipisahkan, even just pakai eyeliner or tepek bedak pun dah kira mekap juga kan. Saya pun memang minat bab mekap-mekap ni, selalu adik-adik lah yang jadi mangsa kena conteng muka, nasib baik diorang suka. Dah pakai mekap mesti lah kena cuci, terutama nak solat ataupun sebelum tidur. Setakat cuci dengan pencuci muka rasanya tak cukup bersih lagi, sebab ada mekap yang jenis waterproof kena cuci guna mekap remover. Okey saya nak tunjukkan step by step cara saya cuci solekan terutama sekali solekan yang tebal pada wajah..

1. Cuci tangan
- Pertama sekali kena cuci tangan dengan sabun buang kotoran dan bakteria baru lah muka terjamin bersih.
2. Make up remover untuk solekan waterproof
- Ambil kapas dan titikan meke up remover, saya guna simplysiti punya yang ni kena goncang dulu baru boleh guna. Bersih kan sisa eye shadow atau maskara kat mata secara lembut jangan kasar sangat eh hehe.. Kalau sisa maskara masih ada bersihkan guna putik kapas dan make up remover.
3. Tisu basah
- Tisu basah ni guna untuk bersihkan foundation, bedak ka blusher dan sebagainya. Bersihkan secara lembut, jangan lupa bahagian bibir tu.
4. Oil cleansing
- Oil cleansing make up remover ni kita guna macam pencuci muka, gosokkan ke wajah secara bulatan dan lembut, setakat guna tisu basah belum bersih lagi tau.. mana tahu sisa foundation tu tersumbat kat liang pori, jadi bintik hitam kang susah.
5. Pencuci muka
- Takkan nak biarkan muka berminyak dengan oil cleansing tadi kan hihi, so kena cuci muka dengan pencuci muka. Tak kisahlah apa jenama pencuci muka korang. .Kalau nak lebih bersih lagi guna pore cleanser, saya guna jenama olay ja.. bilas muka dengan air suam.
6. Toner
- Lepas dah cuci muka dan lap dengan tuala bersih. Titikkan toner ke kapas dan dab dab ke muka, ini supaya liang pori muka lebih bersih.
7. Cuci dengan air sejuk
- Lepas pakai toner, cuci sekali lagi dengan air sejuk atau air ais, bagi liang pori tu tertutup. Dah siap lap muka dan boleh lah pakai skin care korang, macam serum, essence, pelembab dan sebagainya.
Ada segelintir wanita yang takut nak pakai mekap sebab nanti naik jerawat lah, bintik hitam lah.. tak akan jadi semua tu kalau kita pilih mekap yang selamat atau berkualiti, dan yang paling penting cuci dengan bersih. Harap dengan sedikit tips di atas dapat membantu, maaf kalau ada tersalah sebab saya ni bukannya pandai sangat bab-bab macam ni.. till then..
Terima kasih sudi baca ^_^.

5 comments:

ieyra h. said...

Sy paling suka makeup remover jenama Bifesta & Simple! :D Toner jarang pakai sebab malas haha.

ieyra h. | blog

Lieya Von Jay said...

saya suker guna tisu basah ^_^

Asha Lya said...

Good tips tpi sy memg jrg sekali brmekap, paling pun guna foundation dgn bedak ja.tpi memg wajib juga d brsihkn

Adriannasyaz said...

Assalammualaikum dilla..lama x snggah sini..tq atas tips ni ya ^_^

Mardiah Diana said...

salam singgah sini dik...akak selalu guna pencuci wajah jak untuk bersihkan makeup...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain