Followers Tersayang

Kek Pelangi

Assalamualaikum.
Hii.
Selamat Tahun Baru Cina.meriah sana-sini bunyi mercun.hari ni saya nak kongsikan resepi kek,iaitu kek pelangi.resepi ni saya ambil dari Kurniaanmu.saya tertarik tengok kek pelangi beliau yang cantik.percubaan pertama membuat kek tak menjadi..saya guna resepi lain,tak ingat pula dari mana.kek agak keras,kering dan bantat..agaknya kurang minyak kot.Alhamdulilah percubaan kedua menjadi.
*kek tak menjadi *
Resepi Kek Pelangi 
Bahan-bahan: 
  • 250 gm mentega (saya guna majerin pelangi)
  • 220 gm tepung kek(saya guna tepung blue key)*
  • 1 s/k serbuk penaik* (bahan * diayak)
  • 200 gm gula kastor 
  • 4 biji telur gred A
  • 5 s/b air susu (saya guna susu cair)
  • sedikit pewarna hijau,kuning dan merah


Cara-caranya:
  1. Griskan acuan dan panaskan oven 180c.
  2. Pukul mentega/majerin bersama gula dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji-sebiji.pukul hingga sebati.
  4. Masukkan tepung berselang seli dengan susu dan esen vanila.kacau menggunakan sudu dengan kaedah kaup balik.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan.
  6. Sendukkan adunan kuning di tengah acuan,kemudian adunan hijau di atas kuning.akhir sekali adunan merah di atas hijau.buat sehingga habis.
  7. Bakar selama 1 jam.
  8. Sejukkan kek sebelum dipotong.





*Alhamdulilah menjadi walaupun tak cantik*
Selamat mencuba.
Good Luck!!  
Assalamualaikum..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain