Followers Tersayang

Pau Gebu (water roux)

Assalamualaikum.
Hii.
Kali ini saya nak kongsikan resepi pau yang lembut dan gebu.tetiba rajin pula nak mengepau sebab tergoda pau dari kak Sally Rashid yang sangat menyelerakan dan gebu hehe..Alhamdulilah pau menjadi walaupun tak segebu pau beliau.pau ni sangat lembut tau,jom sama-sama kita try..
Bahan-bahan:
  • 500 gm tepung pau (low protien flour)
  • 3 sudu besaar shortening (lemak sayur)
  • 3 sudu besar gula
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 4 sudu besar water roux
  • inti sesuka hati

Resepi water roux
  • 25 gm tepung gandum
  • 125ml air
cara-cara nak buat water roux:
-masukkan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan menggunakan api yang perlahan.angkat dan sejukkan sebelum di gunakan.
Cara-caranya:
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli sehingga tidak melekat pada tangan (nak guna BM pun boleh)pastikan doh elastik.kemudian perap dalam 40 minit atau satu jam.tumbuk-tumbukkan  doh keluarkan angin.
  2. Bahagikan doh pada beberapa bebola kecil dan masukkan 2 sudu inti dan tutup kemas.buat sampai habis.
  3. Lapik pau dengan baking sheet atau daun pisang dan biarkan pau naik dua kali ganda lebih kurang 1 jam.
  4. Panaskan pengukus dan pastikan air betul-betul mendidih.kukus pau dengan api yang sederhana,tak perlu api yang terlalu besar selama lebih kurang 7 hingga 8 minit sahaja bergantung pada saiz pau.

selamat mencuba..
Terima kasih sudi baca :)
Assalamualaikum..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain