Followers Tersayang

Kuih Lenggang @ Ketayap

Assalamualaikum.
Hii.
Resepi kali ini ialah kuih lenggang ataupun orang biasa panggil kuih ketayap.kat tempat saya panggil kuih lenggang.agaknya nama kuih ni diambil sempena cara memasaknya kot hehe.resepi nii sangat simple dan mudah disediakan.pada yang tercari-cari  kuih apa yang nak dibuat juadah minum petang,bolehlah buat kuih ni..resepi kredit to Amie's Little Kitchen.
 Bahan-bahan:
Untuk intinya,
  • 2 cwn kelapa parut - buang kulit dan airnya
  • 150 gm gula melaka -larutkan dengan 60 ml air
  • gula pasir secukupnya
  • secubit garam
  • daun pandan disimpul
Cara-cara:
masukkan kesemua bahan ke dalam kuali dan masak dengan api yang sederhana.kacau hingga melekit dan sebati.

Untuk kulitnya,
  • 2 cwn tepung gandum
  • 400ml susu segar (saya guna air biasa)
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 3 sudu minyak
  • beberapa titik pewarna hijau
Cara -cara:
  1. masukkan tepung ke dalam mangkuk,tuangkan air @ susu segar
  2. masukkan secubit garam,telur dan beberapa titik pewarna hijau.
  3. kacau sehingga sebati atau pun untuk lebih mudah blendkan dengan pengisar.
  4. panaskan kuali (guna kuali non-stick),letak sedikit minyak dan tuangkan satu sudu adunan ke dalam kuali dan layang-layangkan kuali supaya menjadi bulat.
  5. biarkan masak 1-2 minit dengan api yang perlahan.jangan masak terlalu lama nanti akan mempengaruhi warna kulit kuih.
  6. angkat dan terus bubuh inti.lipat kedua-dua belah tepi dan gulung.

*Kuih lenggang @ ketayap*
selamat mencuba.
Assalamualaikum.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Copyright To Dila Ella | Designed By Kathy R'bain