Assalamualaikum.
Hari ni saya nak kongsikan resepi daging rusa salai, rasa daging segar dan yang disalai ada perbezaan sedikit. Daging salai kalau disimpan dalam peti sejuk lebih tahan lama berbanding daging segar.
Daging salai ni saya campurkan dengan lada putih, kalau kat Semenanjung panggil apa ya? Lada putih ni tak lah pedas sangat berbanding cili api, jadi kanak-kanak pun tak ada masalah kalau nak cuba makan. Lada ni ada dibuat serunding juga tau campur ikan bilis dengan bunga kantan.. raya hari tu ada makan kat sebuah rumah, fuhh memang sedap.. Okey jom semak resepi, saya masak main campak-campak sukatan ikut suka ja..
RESEPI : DAGING RUSA SALAI DENGAN LADA PUTIH
Bahan-bahan:
1 mangkuk daging rusa salai - rebus seketika dan potong nipis
Beberapa tangkai lada putih - belah dua (saya buang bahagian biji)
Hirisan mangga muda
1 labu bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - cincang halus
1 ulas bawang merah - cincang halus
Hirisan daun bawang
Sos tiram
Gula
Serbuk perasa
Minyak
Cara-cara :
Panaskan minyak, kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang dicincang hingga terbit bau. Masukkan daging rusa dan biarkan seketika hingga daging empuk. Kemudian masukkan lada putih, sos tiram dan bahan perasa, garam tak guna sebab sos tiram ni dah rasa masin. Akhir sekali masukkan bawang besar dan mangga, kacau seketika kemudian taburkan hirisan daun bawang. Angkat dan hidangkan.
Selamat mencuba ^_^.
*auto publish
7 comments:
daging kerbau pernah experience makan... daging rusa so far tau tapi belum pernah rasa or tergerak nak rasa...
Tiey xpernah makan daging rusa lagi. Anyway nampak cam sedap. Boleh cuba ni :)
Singgah dan menabung kat OldTown :)
Jemput singgah My recent post : Buat Ic Baru!
tak pernah lagi muni rasa daging rusa ni . ramai cakap sedap . dekat tempat muni nak jumpak daging rusa pun try raya je la nampak orang jual dekat tepi2 jalan . kalao tak raya memang jarang jumpak ha :)
salam. wuuu..daging rusa?? sedap tu..
rusaa.. kalau payau pnh lah. hehe.. ke sama saja? thanks 4 sharing ^^
wah..sedap payau ni...suka sangat²..
Msti sdap ni kn..
Post a Comment